::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

kekuatan lelaki

Bismillah...
lata bayu, baling

Lama x update..banyak ja idea..tp xdan..[alasan.heh]..

kata nak sambung pasai kekuatan perempuan kan. tapi tak jadi la. nak buat pasai kekuatan lelaki pulak. hehe. sebab ada orang request. lalala.

Oke,dah2..

Seminggu cuti ni..buat jaulah utagha..geng2 utagha kuantan..geng dari IMIU waktu cfs dulu..sampai lani berkekalan..sebenanq nya ni kali kedua..hat fes dah buat taun lepaih..bes tak tau nak habaq lagumana..ukhwah sungguh terasa..bukan hanya dengan sahabat2 tapi jugak dengan keluarga sahabat..

Ehm,apa kaitan dengan lelaki kan? Aha, ni nak habaq mai. Jaulah kali ni,laki 3 org ja..ppuan 6 orang..tapi nak katanya..even laki siket, tapi mampu untuk menggerakkan jaulah utagha..hebat x? bejalan dari penang naik smpy ayq itam turun pendang sampai ke baling..

Ucapan penghargaan buat syahir yusup..yang jadi kepala..rasanya klu ppuan y sikit laki ramai xjadi qeja btoi dak.. tapi kalau laki siket ppuan ramai xpa..sebab laki memang adalah ketua..dan mempunya sifat kepimpinan secara semula jadi..[ataupun x..heh]..

Allah berfirman dalam al-Quran :

Maksudnya : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..............." (an-nisa' : 34)
Tapi kalau nak ikut laki hat boleh jd pemimpin ni...sama ja la dak dgn org2 len org putih pa nuh,tapi apa y membezakan depa ialah keimanan. Keimanan kepada Allah dan ketaqwaan. takguna jugak kalau hanya pandai pimpin kat dunia tp xpandai pimpin untuk ke jalan akhirat. Zaman lani susah dh nak cari laki mcm ni..

Jadi seruan kepada lelaki d luar sana, jagalah diri anda dan keluarga anda dari azab api neraka.

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-tahrim : 6)
Jadilah lelaki berguna bukan hanya mnjaga di dunia tpi jugak menjaga untuk akhirat. Para nabi dan Rasul terdiri daripada kaum lelaki, jugak para ulama' pewaris nabi dari lelaki. Sama-sama tingkatkan keimanan untuk bekalan hari kemudian. =)

*moga jaulah kali ini mendapat keberkatan dan redha dari Tuhan buat bekalan perjuangan membawa risalahMu di dunia akhir zaman. Attribute to : Qamarul Iqmal

Thursday, May 3, 2012

kekuatan perempuan 1.0

Bismillah...

Sedikit intro :
*baru-baru ni BERSIH 3.0. aku sebagai mahasiswa, dari kaca mata pandangan aku, memang patut pun. selagi tak terlaksana tuntutan tu. susah sangat ke. nanti masa2 depan kita grad kita yang nak lead hidup dalam negara ni. kalau setakat tunggu boleh tunggu la.
*mahasiswa tolong paham isu. jangan jadi bodoh jugak. kalau tak sia-sia la internet maju bagai tapi xboleh nak pike depan.
*aku tak kata aku sokong semua yang mahasiswa buat. ada je yang buat ikut kepala sendiri adab nye tolak tepi. tapi bukanla semuanya teruk sebab yang betul tu betul jugak la! the main point is the issue yang diperjuangkan. tu aku setuju, cuma mungkin dari segi caranya sahaja.
*oh,aku dah boleh ngundi tahun ni

Oke, let's go back to the ship.erk..

lately bulatan gembira aku..aku rasa macam maken matang di situ..dari segi tajuk2 yang makin lama terasa makin kearah keibuan..jeng3..

MADRASATUL UMM
*maksudnya dari segi bahasa sekolah ibu. tapi macam plek je kan. so lebih tepatnya didikan untuk menjadi ibu.
*kenapa aku rasa tajuk / point / isu ni penting bagi geng2 hawa nih?
*sebab :
    -dari perempuan berkembangnya generasi
    -bila mendidik seorang perempuan dengan baik, perempuan yang baik itu insyaallah boleh dan akan melahirkan lebih ramai lagi generasi yang baik selepas itu.
    -contoh wanita hebat dalam lipatan sejarah : maryam, fatimah, asiah, khadijah...
    -didikan seorang ibu sebernya bermula sebelum berkahwin lagi.paham maksud saya?
    -seorang ibu adalah pendidik, pendidikan orang yang hebat bermula dari perempuan iaitu ibu
    -ibu umpama satu madrasah (pusat didikan), bila sediakan ibu yang benar-benar hebat akan melahirkan pahlawan-pahlawan pejuang.
   -bentuk diri kita dari sekarang untuk jadi ibu kepada pejuang-pejuang

Jadi perempuan-perempuan, jom pandang jauh sket oke. jangan pike kawen je syok. berjiwa besar pleasee (untuk saya terutamanya). kawen sebagai wasilah untuk Allah.melahirkan pejuang2 yang akan menegakkan islam menyambung mata-mata rantai perjuangan rasulullah..(wow..huhu..tengah cuba jugak ni..)..jadi dari sekarang ka kena shape our attitude, change our altitude..

ade kisah sbnanye yang mnybbkan saya rasa tersentuh. tapi nanti2 lah saya share..dalam versi 2.0 =)

p/s : cmne dgn cabaran buku kita?

Saturday, November 12, 2011

Yakinlah

Bismillah...
Life's like a flute.
It may have several Holes and Emptiness,
But if we work on it, the same Holes and Emptiness produce Magical Melodies.

Sedang aku bersantai-santai di ruang makan, ibuku datang lalu mengambil tempat di hadapanku.

  "Kak Long, macam mane? Nak teruskan medik ke tak?"

  "Entah la ibu. Kak Long rase macam kak long tak mampu buat je. Dengan keadaan kesihatan kak long yang macam ni. Selalu sakit. Kak long takut kak long xdapat nak habiskan study"

  "Insyaallah boleh. Kak long jangan cepat mengalah. Study tu biar betul-betul. Susun masa elok-elok. Bila waktu tidur bila waktu study. Jangan tidur lambat. Tapi bangun awal. Kita yang sakit ni tak boleh ikut macam jadual orang lain. Mungkin orang lain cukup tidur 3 jam. Tapi kita mungkin kena 4 atau 5 jam. Jadi, kena rancang jadual elok-elok. Bagi kena dengan kita."

   "Tapi ibu, kalau dah waktu study pun macam ni..macam mana nak tahan dengan kerja nanti. Lagila tak boleh nak tidur lama-lama. Kerja kadang-kadang 24 jam. Kak long bukan takut tak boleh nak bawak study je. Kak long takut waktu kerja nanti."

   "Kak long....doktor tu kan cita-cita kak long dari kecik lagi. Ibu suruh jadi pensyarah kak long tak minat. Jadi ibu sokong cita-cita kak long ni. Dah tu, takkan baru separuh jalan dah nak mengalah? Ibu percaya kak long boleh. Kak long tahu, ibu dulu pun xyakin dengan diri sendiri. Dengan sekelip mata, ibu Allah tarik kesihatan ibu. Bukan sebab besar pun. Hanya jatuh terhempap dada. Tapi lepas tu, ibu dah tak kuat nak buat kerja-kerja berat. Asyik pucat. Tak sihat. Sampaikan ibu pernah kata yang ibu tak nak kawen. Sebab ibu rasa ibu tak mampu untuk mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak. Disebabkan kesakitan ibu ni. Tapi apa yang berlaku..dengan izin Allah ibu kawen jugak. Dan alhamdulillah dapat membesarkan anak-anak ibu. Macam hari tu, ibu memandu 5 jam tanpa henti. Kalau nak ikutkan kesihatan ibu ni, mesti la tak mampu. Tapi sebab apa ibu boleh buat semua tu..sebab semangat. Kita kena kuat semangat.

Kalau tengok orang yang cacat,..macam mana mereka boleh berjaya? Bukan sebab faktor kesihatan mereka berjaya tapi sebab faktor SEMANGAT. Bagi orang yang sakit macam kita ni, hanya faktor SEMANGAT yang boleh menguatkan kita. Kita tak sama macam orang lain. Jadi, kak long jangan putus asa. Ibu percaya kak long boleh."

   "Terima kasih ibu."

Petang yang kurasakan panjang. Selepas perbualan dengan ibu, aku mula memikirkan kembali..segala apa yang ibu katakan. Aku, bukan seorang yang mudah mengalah. Aku yakin itu. Jadi aku kena KUAT.

----------------------------------------------------------------------------------------

Rekaan semata. Tiada kena-mengena dengan penulis. Yang baik ambik yang kurang tambahkan. Selamat beramal! ^_^

Ya ALLAH, berikanlah aku secebis dari semangat pejuang-pejuangMu untuk aku berjuang di medan ilmu ini.

Friday, August 5, 2011

Ukhwah RETORIKA

Bismillah...

Em,mungkin ada antara anda yang dah pernah baca cerpen saya ni. Oho, saya hanya menerbitkannya semula. Sebab saya suka cerpen ni. [masuk lif tekan sendiri kan.huh]. Nak buat cerpen baru tengah mengalami blockhead. Neway, enjoy it. Dan apa-apa manfaat bolehlah diambil pengajaran. Yang kurang sama-sama topupkan.
----------------------------------------------------------------------------------
banyak nya bajuuuu
Waa..banyaknya baju yang belum dibasuh. Huh, petang ni ada mesyuarat. Malam ni ada program ringkas. Esok nak kena keluar buat kerja di luar. Aarrgghh..tensyennya macam ni.

Selalu saja begini. Bukanlah aku mengharapkan sangat orang terlebih mengambil berat. Tapi, mana perginya yang katanya ukhwah?? Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan idea yang berdegar-degar.

"Kita mesti menolong sahabat-sahabat kita. Sayang sahabat-sahabat seperti mereka adik-beradik kita. Tolong tanpa diminta. Itulah kekuatan ukhwah."

Aarrgghh..aku sudah jemu dengan mainan ayat-ayat begini. Semua ini hanyalah tipu semata-mata. Adakah ukhwah sehingga orang sanggup membasuh baju kita?

Di setiap program tarbiyah yang aku jalani, sering saja disebut.."ukhwah! ukhwah! ukhwah!". Tapi, aku rasa ukhwah ni hanya retorik semata-mata. Hanya disebut berdentum-dentum ketika ada perjumpaan. Dikupas ber'ela-ela' ketika dalam usrah. Dibentang pelbagai cara untuk meningkatkan ukhwah. tapi apa yang aku nampak hanyalah omokan kebohongan.

Sedang aku termangu sendiri di ruang perpustakaan sambil menyaiapkan kerja yang masih belum selesai, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar menandakan mesej yang baru masuk. Apabila sudah membaca mesej itu hatiku tersentak. Mesej tu datangnya dari salah seorang sahabatku bertanyakan tentang kain baju yang belum dibasuh. Katanya dia mahu menolong untuk membasuh baju-baju tersebut.

Aku menjadi seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Kerana terkejut aku terlupa untuk membalas mesej tersebut dan setelah selesai kerjaku aku pun bergegas pulang ke asrama. Masuk bilik tidak kelihatan lagi raga bajuku yang tidak berbasuh.

Aku pergi menjenguk dalam bilik basuh dan ternyata sahabatku itu sedang membasuh pakainku dengan tangannya. Aku menjadi terharu. Hatiku tersentuh. Sejak itu, pandanganku terhadap ukhwah berubah. Ukhwah ini bukanlah hanya untuk hebat diperkatakan. Tetapi adalah satu benda yang abstrak untuk dipratikkan. Andai tidak, ukhwah hanyalah satu retorika yang tiada sudahnya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Tidak beriman antara kamu selagi sahabatnya tidak dikasihi sebagaiman dia mengasihi dirinya."

Apabila ukhwah itu dipraktikkan baru terasa segala kemanisan yang selalu kita dengarkan. Masalah akan terasa ringan, segala kerja akan terasa mudah. Namun, untuk mempratikkannya bukan mudah. Apatah lagi untuk menjadi sehebat ukhwah kaum muhajirin dan ansar. Ukhwah itu sebenarnya indah andai kita pandai menghargai nilai sebuah ukhwah.

Ya Allah, kuatkanlah ikatan antara kami ya Allah.

Monday, August 1, 2011

live - life

Bismillah...
sy suka kucing sangat-sangat.huhu
Saya pernah membicarakan bab ini sebelum ini. Tapi secara ringkas. Kali ni nak berkongsi serba sedikit yang saya dapat dari talaqqi dengan Ustaz Haji Mutalib Maarof dari pondok Lanai waktu KOKUM di INSANIAH hari tu. Again, in points only =]

  • fitrah manusia mencari siapa pencipta
  • beza kita dengan orang agama lain : percayakan Allah dan mengesakan Allah
  • orang agama lain percayakan Allah tapi mensyirikkanNya
  • diturunkan al-Quran untuk mengenal Allah dan alam sebagai alamat
  • segala yang ada pada tubuh badan kita tak dak sapa yang boleh buat kecuali Allah
  • ikan di laut Allah bela bertan-tan boleh tapi manusia nak bela ikan sekoq pon belum tentu mampu
  • muka kita ada satu ni ja dalam dunia ni. bayangkan betapa bernilainya kita. kan kalau benda ada satu ja maksudnya sangat bernilai + spesel
  • tengok balik surah at-tin
Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? [95 : 1-8]
  • semua ada rezki masing-masing
  • sebab apa nak kenai Tuhan? sebab nak ucap terima kasih [bersyukur]
  • quran : petunjuk bagi manusia
  • untuk bersyukur : timbulnya hukum feqah
  • asas untuk beribadat : nak bersyukur kepada Allah
  • syahadah : tuntutan mesti kena buat
  • kita sentiasa dok dalam rahmat Allah tapi kenapa masih ada sujud syukur?
    • bersyukur : terima kasih kerana menjadikan kita sebagai khalifah : ibadah biasa
    • jiwa yang bersyukur : sujud syukur : kerana peroleh nikmat yang mendadak
  • fitrah asas kepada syahadah : aqidah
  • tujuan berkahwin : melahirkan anak-anak yang sujud kepada Allah : menyambung bersyukur kepada Allah
  • Allah ajar semua perkara [ISLAM]
  • apa sahaja ibadah yang menggunakan anggota ketuanya ialah SOLAT
  • ibadah yang meninggalkan ketuanya ialah PUASA
  • ibadah yang jenis guna harta  ketuanya ialah ZAKAT
  • aqidah? syahadah?
    • kepercayaan, pegangan dalam hati
    • yakin - kena ada yakin
  • Jika orang Islam faham betul-betul apa yang ada dlaam ibadah : mengajar untuk berjaya : akan menjadi umat yang terbaik
  • Kena tentukan / spesifikkan apa yang nak buat : ta'yin
    • nak jadi doktor - doktor apa? doktor jantung - ta'yin
    • bila dah spesifik baru boleh tumpu. kalau sekadar niat tak jadi apa pon
    • ibadah mengajar kita untuk MENENTUKAN secara spesifik - niat ibadah kena spesifik
  • Ibadah mesti tertib tapi kita tak kembangkan dalam kehidupan
  • kena yakin dengan Allah 100%
  • YAKIN modal untuk berjaya
  • Islam itu yakin
  • Walaupun ada duit beratus ribu tapi tak dak yakin tetap tak boleh buat
  • Nak bawak qeta [kereta] pon kena yakin
  • Bagaimana mengharapkan kejayaan di akhirat kalau tiada yakin???
Wallahu'alam~
Moga secebis pesanan ini dapat kita ambik ihtimam [perhatian] dan cuba untuk aplikasi dalam kehidupan walaupun sedikit. Bersama menuju ke daerah yang baru.

Allahummarzuqnal istiqamah ya Allah~

Wednesday, July 13, 2011

semangat baru

Bismillah...

Alhamdulillah, masih sempat untuk bersua dengan Syaaban. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan. Allahu Allah..

Kesalahan. Ya, semua orang melakukannya. Termasuk aku. Sebab? Aku hanya manusia biasa. Yang tak bisa lari dari itu. Setelah itu? Cuba untuk bangun kembali. Menongkat bumi dengan secebis kekuatan. Hanya mengharap pada Yang Memberi Segala Kekuatan. Bukan mudah. Sudah tentu. Down? Lumrah.

Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Amanah yang tak tertunai. Kata-kata yang tak terbuat. Hanya mampu beretorika. Hampeh praktikalnya. Seolah-olah tiada guna. Terasa diri mengkhianati kepercayaan. Lemah dan kerdilnya diri ini. Seperti tidak mampu lagi untuk melangkah. Hanya mahu menjadi insan biasa. Yang hanya menunggu percaturan orang lain. Biarlah hanya menjadi bidak catur yang paling belakang. Kerana aku telah serik dengan kesalahan lalu. Terlalu ego yakin diri. Konon paling baik bisa melakukan semua. Ya ALLAH hinanya diri ini.

Tapi, aku percaya percaturan ALLAH itu maha hebat tiada tandingannya. Batu-batu kecil di jalanan hanyalah perkara biasa. Akanku jadikan batu-batu itu sebagai batu loncatan bukan batu sekatan untukku melangkah lebih jauh. Bergerak maju ke hadapan mengatasi segala kesilapan lalu. Manusia itu tidak akan belajar jika tiadanya kesilapan. Dari kesilapan-kesilapanku itu aku yakin dengan izinNya bisa menjadikan aku lebih baik dari apa yang aku ada. Aku harus bangun. Bangun! Kerana Islam tidak memerlukan orang yang lemah. Perjuangan Islam tidak menungguku. Biar yang berlalu menjadi kesan guru terbaik buatku.

Juga sahabat, aku memerlukan pertolonganmu. Sentiasa memberi sokongan padaku. Dalam waktu aku melakukan kesilapan mahupun tidak. Kerana aku percaya ukhwah itu merupakan satu elemen penting dalam perjuangan ini. Maafkan segala kesilapan lalu antara kita. Yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan tauladan. Kerna aku perlukan kamu. Walau aku terkadang melukakan hatimu. Doaku moga ukhwah yang terbina atas dasar aqidah ini kekal hingga ke syurga. Moga kita dapat berpimpinan tangan bukan sahaja atas dunia mengharungi cubaanNya malahan juga ke syurga.

Memandang hari hadapan dengan sinar yang baru. Mewarnai hati yang berbunga dengan semangat luarbiasa. ALLAHUAKBAR!!

~Tingkatkan ukhwah~
----------------------------------------------------------------------------------------
kat bawah ni saya letakkan skali lirik lagu yang saya sangat minat. tapi maksudnya saja lah. sebab lagunya dalam bahasa jepun.^_^


Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
 
That's right, breathe in a silent breath
Look to the vast sky, jump in
Take a break once in a while when it rains
Let the wind take the destination
All the regrets you carry
Can't let these scars go to waste
Carve an emblem into your arm, lets go  as long as we love
That's right,  from here on is the Show Time
 
Ah Like the past that lives in this fading polaroid picture 
Just like the days we hung out
We searched for a place so we can sit in the sun
We fought every day like this  The one step you gotta take for your desire
A real fight for yourself  Let's sing this song forever in this place
 
Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
 
Morning dawn tells you the beginning  Between the borders of dream and reality
What's Say until the day my voice dies away
keep on truckin' Another Day
All aboard ready to go  Develop a single road yeah
Soon flowers bloom along the way  And will spread its wing toward the future
Reality burdens real heavy but go for the top  Like a No Culture
A monkey can only be a monkey Oh
One can only be himself Yo
Before you worry about tomorrow with your head down
Be what you wanna be today
Rebirth,  today's a fine day  I've got nothing to worry for
 
Reality leans heavy on me
And it's torturing me 
Nothing comes easy
I know that well enough
 
Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
With all the regrets I've gone through
I'll be a person with taste
Even turn sadness into a wind
Keep on going strong, and it'll all be good
 
That's right, breathe in a silent breath
Look to the vast sky, jump in
Take a break once in a while when it rains
Let the wind take the destination
All the regrets you carry
Can't let these scars go to waste
Carve an emblem into your arm, lets go  as long as we love
That's right,  from here on is the Show Time
 
[naruto 4th ending song : ALIVE] 

Sunday, July 3, 2011

Kaedah memupuk ukhwah

Bismillah...
mcm kenai ja gmbq ni..huhu..
Alhamdulillah...masih lagi mampu menari atas papan kekunci..setelah sekian lama terkunci di alam sendiri..

Ukhwah sesuatu yang praktikal.
Bagaimana mungkin untuk dimanifestasikan ukhwah itu..bergantung pada empunya diri.
Hanya tindakan yang mampu menunjukkan nilainya.
Bukan hanya dengan retorik kata-kata.

Ni antara kaedah yang boleh diamalkan untuk memupuk ukhwah. Bagaimana pun hanya diri sendiri yang merasai. Yang mampu untuk menterjemahkan nya..moga bermanfaat.

  • nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu
  • berdoa untuk sahabat-sahabat
  • mesti ada sentuhan [same gender only OK!]
  • bermanis muka apabila bertemu
  • ceria dengan kawan
  • mengenali apa yang disukai dan apa yang tak
  • memahami kawan
  • menghormati
  • menghargai
  • menerima seadanya
  • memaafkan
  • bersangka baik
  • bersama
  • berinteraksi
  • bersama berduka
  • memberi dan menerima
Mengapa BERUKHWAH?
.arahan Allah
.suruhan nabi
.fitrah insan

KESANNYA??
.ilmu yang bermanfaat
.aqidah
.ibadah
.akhlak
.istiqamah melakukan perintah Allah
.gerak kerja teratur

Ya ALLAH, kuatkanlah ikatannya ya ALLAH.

Wednesday, June 22, 2011

TAUJIHAT untuk belia

Bismillah...

[nak uplod video.tp line slow motion.maka xdapat.so silalah pergi sendiri=)..di sini >> semarak perjuangan]

Saya berpegang kepada ini :

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
 (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Antara beberapa isi taujihat dari Ustaz Ahmad bin Yahya Kedah yang sempat saya coretkan :

1) Kita adalah ASET AGAMA (harta agama)
  • Harta kepada agama, negeri, tanah air, masyarakat, keluarga dsb.
2) Cara nak jaga HARTA ini (kita)
  • Mesti diberi ilmu yang lengkap - fardhu ain (syariat), aqidah, akhlak
3) Jangan hanya pandai baca buku tapi tak endah langsung hal sekeliling

4) Bila sudah ada maklumat mengenai dunia luar, kita mesti dan WAJIB jadi penyelamat untuk agama.

5) Pemimpin ialah seorang yang sentiasa menjaga solatnya!!

"Ya Allah, aku adalah harta agamaMu ya Allah, tambahkanlah ilmu padaku agar aku boleh manfaatkannya, berikanlah padaku kekuatan agar aku mampu untuk menjadi penyelamat kepada agamaMu"

Tuesday, June 21, 2011

ukhwah itu


---------------------------------------------------------------------------------------------Bismillah...

Bulan berganti bulan, hari berganti hari, namun hari yg ku lalui sunyi tanpa teman rapat disisi. Terkenang sahabat2 tercinta tika bersendiri. Hmm, ape yg dieorg tgh bt agk nye ek..??

Namun hakikat ukhuwwah bukanlah bersama sahabat senantiasa, walhal mendoakan sahabat juga adalah salah satu dari tuntutan ukhuwwah. Itulah hak sahabat keatas sahabat yang lain.

Imam Al-Banna menyarankan kita supaya mendoakan sahabat dengan Wirid Ar-rabithah dimana jika dihayati maknanya amat mendalam untuk diadaptasikan.

Aali - Imran : 26 - 27
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26)

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau menyetahui bahawa hati2 ini telah sepakat utk mengasihiMu, bertemu utk mentaatiMu bersatu utk dakwahMu, berjanji utk menolong syariatMu. Ya Allah eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati2 ini dgn cahayaMu yg tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadapMu juga dengan tawakal kepadaMu. Hidupkanlah hati2 ini dengan makrifatMu dan matikanlah dia dalam syahid demi memperjuangkan jalanMu, sesungguhnya Emgkaulah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong. Ya Allah kabulkanlah permintaan ini."

Hmm, rse mcm familiar la doa2 ni, kt mne ek..?? Haa dalam ma'thurat laa, hehe kesimpulamnya jom la kita baca ma'thurat hari-hari pagi dan petang semoga doa yg kita mohon ini mendapat tempat disisi-Nya dan diqabulkannya. Ameen.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Btw, ni jugak salah satu cara utk beribadat, ianya ibadat sunat, ibadat yg amat disarankan utk diperbanyakkan, walhal yg ibadat wajib nak x nak mmg kne bt da..hee..renungkan

Ya ALLAH, kekalkanlah kami dalam cintaMu.

Tuesday, June 7, 2011

Basikal dan aku..

Bismillah...
digital mukmin punya..adeyh..i want d camera badly!
Nak mengarut kejap...
Biasela, tangan dah kejang...
Banyak dosa mungkin...
Tringat kat orang jauh banyak sangat kot...
Cuba untuk kurangkan...
Buat-buat sebok..?
TRY..
Tapi, apa salahnya?
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak lagi waktu kita fes time blaja naik basikal..?? Waaha..bes kan..n_n.. Waktu tu umur baru mencecah 5 tahun. Semangat sungguh nak blaja naik. Sebab jiran yang dajah dua tu dah naik basikal. Walaupun basikal ada tayar tiga, tapi apa aku peduli kan. Basikal, basikal jugak.

Mula-mula naik memang kena orang tuntun. Kalau tak alamatnya tungging la atas tar tu. Bila dah orang tolak dan boleh gerak sendiri, stereng [handle basikal] pulak asyik je melelong. Almaklumlah, tak pandai nak kawal stereng lagi. Terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Tapi, usaha jugak. Teruskan jugak. Sampai berjaya kawal stereng tu jadi stret. Dan semua ni mana boleh buat sendiri kan. Kena ada orang tolong. Bila time stereng tu naik syeikh, orang lain la yang tolong pegang kot belakang supaya tak terbalik. Bila tayar terhentak batu kecil, jadi gelong ala-ala nak terbalik, orang lain akan tolong pegang basikal tu supaya keep stable. Hoho..seronok kan..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata hidup ni, sterengnya kita yang pegang. Bila kita rasa dah termelencong skit ke arah lain, maka kita jugaklah yang kena kontrol balik stereng tu. Pegang kejap-kejap. Supaya boleh stret balik. Pegang brek tangan kalau dah laju sangat. Kadang-kadang tu terbuat silap umpama terlanggar batu-batu kecil, tayar pun jadi gelong, bawak pun terhuyung-hayang. Tapi, still brek kita yang pegang. Handle pun kita yang pegang. Jadi, kitalah yang kena kontrol bagi elok balik.

Susah jugak kan. Sebab tu kena ada kawan tolong. Or you can name it sahabat, adik-beradik, whatever you wish. Kena ada orang jugak untuk tolong pegang dari belakang. Untuk tahan dari terus jatuh tersungkur. Sebab kalau dah jatuh tersungkur..sakitkan. Sampai kadang-kadang rasa macam dah tak mampu nak bangun balik.

Baru belajar naik basikal - baru belajar erti hidup - zaman yang baru - umur mencecah 20an - bukan senang. Kena ada kawan seiring, yang sudi memimpin. Bukan menghukum. Andai tersalah arah, menjadi penunjuk jalan. Bukan tuan hakim yang menjatuhkan hukuman. Bukan juga radio buruk yang suka menyebarkan berita. Kerana tersalah itu lumrah dalam belajar erti hidup. Mana mungkin lurus aja jalannya. Jadi pendengar yang setia? Oh, itu juga perlu. Dan menasihati. Tapi secara lembut. Kerana usia ini terlalu sensitif nalurinya. Umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat, tepung tak selerak.

Bukan mudah. Kena berjiwa besar. Bukan pandang yang bersalah sebagai pesalah. Tapi pandang sebagai orang yang perlu didekati dan diselami. Ya, tujuannya sama. Untuk membawa kepada jalan yang benar. Tapi cara itu yang berbeza. Oh, dan aku..aku pun sama. Baru belajar naik basikal jugak. Dan pernah melelong. Stert balik. Melelong balik. Stret balik. Jadi, jangan marah aku. Aku tahu bila masa aku tersalah. Aku cuma perlu kekuatan. Oh, aku tak tahu la orang lain bagaimana. Mungkin mereka tak serapuh aku.

Ubah pendekatan. Matlamat yang sama. Mungkin lebih diterima.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Oh, sungguh, aku rindukan kalian orang jauh. 
sahabat-sahabat maahadku yang aku cuba untuk buang jauh dari memori.
adik-beradik usrah DQ yang aku cuba melarikan diri.
sahabat-sahabat UIA yang aku sengaja tak kontek kalian.
dia yang entah bila tahun akan berjumpa.
oke, aku juga manusia.
maafkan aku


Ya ALLAH, ampunkan aku andai ada tuturku yang dusta tanpa aku sedari.

Monday, May 16, 2011

hidup..seperti kitar air..

Bismillah...
by : xeroff, location : cfspj
Kehidupan di dunia..hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah tanaman akhirat.
 
al-kahfi : 45

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Kahfi : 45]


EXAMINATION


Examination..kalau tibanya waktu exam..

Makan pun jadi tak ikut waktu..megi pun megi lah..exam punye pasal..
Tidur pun aci-aci dua tiga jam cukup la..exam punye pasal..
Segala macam game..online..tolak tepi..exam punye pasal..
Muka pun dah macam zombie tak ingat dunia..exam punye pasal..
Sembang pun benda-benda ilmiah setiap mase..exam punye pasal..
Ibadah pun berganda-ganda...exam punye pasal..
Jalan mane pun buku di tangan...exam punye pasal..


Bile tiba hari exam..dua tak pun tiga jam aje dalam dewan. Tapi, usaha yang dibuat gile bersungguh-sungguh. Untuk ape? Untuk berjaye dalam exam yang dua / tiga jam cume.


LIFE


Kehidupan di dunia ni..ibaratnye seperti persediaan. Persediaan untuk menghadapi exam di akhirat. Tapi bersungguhkah aku? Allah bagi mase setiap orang berbeza. Untuk melakukan persediaan untuk menghadapi examination akhirat yang Maha Dahsyat. Maha Telus. Sikit pun tak dilupa untuk marks. Dan mungkin sahaja esok sudah tamat waktu untuk kita berusaha itu? Siapa tahu. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan seharian seolah-olah kuiz dan tutorial yang bakal dipersembahkan. Online presentation mungkin?


Tapi, bersungguhkah aku untuk menghadapinya? Cukupkah bekalanku? Sepenuh dayakah aku berusaha? Allah...


"how could I be so engaged with this dunia..Ighfirli ya Rabbi.."


"the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

Friday, May 6, 2011

Maaf

Bismillah...
kesatlah air matamu...
 "Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai"

Huh, keluhan berat dilepaskan. Membawa bersama resahan hati yang bersarang. Mutiara jernih sudah mula bergenang. Hangat. Dan menyakitkan. Meski bukan pada zahir fizikal. Tapi sakitnya hanya Allah yang tahu. MAAF. Ya, satu perkataan yang ringkas. Tapi berat. Berat untukku memberi. Ia bukan semudah yang disangka. Bila hati sudah hancur sebegini. Aku - juga manusia biasa. Punya hati dan rasa.

Mungkin MAAF mudah untuk diberi secara lisan. Kerana apa? Kerana lisan bisa sahaja berdusta. Tapi hati? Mana mungkin hati ini berdusta. Meski mulut memberi maaf tidak semestinya hati. Apakah ini?? Adakah ini dendam?? Allah..ampunkan aku. Terkadang ya, hati ini mengaku memberi maaf seiringnya dengan lisan. Tapi, ingatan ini masih tidak luput dengan kesalahan itu. Adakah ini juga dendam? Allahu Allah...
___________________________________________________________________

       Adakalnya kita merasa kesalahan itu bukan datang dari pihak kita. Namun, kita hendaklah berlapang dada dan bersedia memaafkan. Kita sebagai manusia biasa tidak akan terlepas daripada melakukan silap sama ada secara sedar ataupun tidak.

      Sikap suka memberi maaf tidak akan wujud selagi  tidak ada rasa bersalah dalam diri atau masih ingin menyalahkan orang lain. Ada orang boleh memberi maaf namun hatinya masih marah apabila mengenangkan kesalahan yang dilakukan orang terhadap dirinya.

       Apa yang penting di sini ialah ketidakpuasan hati jangan ditunjukkan melalui sikap. Sebaik-baiknya kita hendaklah memberi maaf dengan hati yang redha. Lupaka segala kesilapan mereka. Semua ini memerlukan MUJAHADAH yang kuat dan berterusan.

       Beruntunglah orang yang suka memberi maaf. Di dunia lagi sudah memperoleh ketenangan hati sementara di akhirat mendapat ketengan yang kekal abadi. Oleh itu, pandanglah setiap perselisihan sebagai perkara yang kecil, supaya kita dapat menguasai dan menyelesaikannya.

       Fikirkanlah bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Matlamat kita yang sebenar ialah semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Saling memberi maaf adalah perbuatan yang mulia. Berilah maaf tulus dari hati. Bukan hanya sekadar RETORIK di mulut. Kelak membawa bekas dalam hati.

Tidak akan hina seseorang yang gemar memberi maaf malah dia akan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah.

p/s : berlapang dadalah dalam persahabatan. sabar dan berilah maaf dari lubuk hati yang dalam. kerana orang yang berukhwah kerana aqidah kepada Allah sahaja yang akan mengenali sahabatnya di akhirat kelak.

Ya ALLAH, kurniakan aku sabar supaya aku bisa mengharungi ujianMu ini.

Wednesday, May 4, 2011

Sabar

Bismillah...
bersama menuju ke daerah SABAR
Lama menyepi..
.ingin mencari ruang diri..
.ingin mempunyai waktu untuk diri sendiri..
SUDAH. ITU HANYA ALASAN.
.kerana apa?
.kerana tanggungjawab dai'e itu tidak pernah berhenti..
________________________________________________________________________

al-baqarah : 153
Ya, sabar..
Sabar itu bagaimanakah..?
Sabar itu bisa diukurkah..?
Sekadar apakah sabar itu perlu..?
Adakah aku seorang yang sabar..?
_______________________________________________________________________

       Menjaga hubungan hati dengan ALLAH ternyata adalah sangat penting. Dan bukan semudah memetik jari. Sekiranya ujian yang Allah timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan Allah. Setuju? Gambarkan bagaimana? Sudah tentu Allah murka.

       Katakanlah kita berdoa kepada ALLAH agar diberi nikmat sahaja. Jika kita diberi nikmat sahaja adakah kita mampu bersyukur setiap saat? Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan bahawa apabila bertambahnya rezeki, kita akan melipatgandakan kebajikan? Kita akan menambah sembahyang sunat, khidmat kepada orang ramai, menambahkan sifat pemurah dan sebagainya.

       Adakah kita mampu melakukan sedemikian? Jika tidak mampu, terimalah apa yang ALLAH timpakan kepada kita dengan SABAR dan REDHA. Jangan membangkang kerana Allah bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tidak memahami.

       Sebagai contoh, waktu anak-anak bermain di tepi jalan ketika kereta lalu-lalang, kita merasa bimbang dan memanggilnya pulang. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, "Tidak ada otak ibu ayah aku ini, sakit telinga aku dipiatnya."

      Tetapi sekiranya anak itu faham nescaya dia akan berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkannya daripada musibah. Mana yang lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tetapi anak tersebut tidak memahami didikan ibu bapanya, lalu dia menjadi marah. Padahal dia cuma dijentik dan dipiat telinga.

      Begitu juga jika Allah tidak memberikan kesusahan dan ujian kepada kita, apakah yang akan berlaku? Oleh itu, Allah menguji kita dengan kesusahan untuk melepaskan kita daripada penderitaan yang besar di akhirat. Tetapi, jika kita faham seperti fahamnya anak terhadap tindakan ibubapa, sudah tentu kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

al-baqarah : 155-157
Sungguh, untuk bersabar atas setiap ujian itu bukan mudah. Mari sama-sama kita menuju ke daerah SABAR.

P/S : Bersabarlah dalam persahabatan kerana di hujungnya terdapat manisnya ukhwah yang didasari iman. Sahabat hanya pinjaman. Buat bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan.

Sunday, April 17, 2011

dari hati ke hati

Bismillah...

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabatku graduan persijilan DARUL QURAN..
Juga sahabat-sahabat yang telah khatam menghafal al-Quran..
Tak dilupakan sahabat-sahabat yang sentiasa mencintai al-Quran..

Takdir telah menentukan kita sebagai pendokong, pemelihara, dan penghafaz al-Quran. Walaupun sebelum ini tidak pernah yerlintas di fikiran kita untuk menjadi seorang hafiz. Pada saat ini juga kita mempersoalkan kenapa kita memilih bidang ini sedangkan kita tidak mampu menanggungnya. Adakalanya kita memberontak untuk menamatkan bidang ini. Semuanya bertitik tolak dari satu kesedaran bahawa betapa besarnya ancaman ALLAH kepada mereka yang melupakan dan tidak mengamalkan al-Quran.

Sebenarnya kita tidak mampu untuk menguasai 30 juzu' dan beramal dengan ajaran yang terkandung di dalamnya tanpa izinNya. Apabila mengenangkan semua ini, kita hampir patah semangat. Namun, berbekalkan sedikit keimanan yang ALLAH titipkan buat kita, semangat kita bisa teguh kembali kerana kita beriman dengan qada' dan qadar ALLAH. Kita juga yakin dengan firman ALLAH.

al-baqarah : 286
ALLAH tidak pernah berdusta dengan kalamNya. Jadi, kita adalah orang-orang pilihan ALLAH yang mampu. Oleh itu, kita harus susuli pula kalam ALLAH itu dengan ayat :
ar-ra'd : 11
Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah diri kita, kita sendirilah yang menentukannya agar termasuk dalam golongan orang-orang yang mampu memelihara al-Quran. Hisablah diri. Apakah cukup hanya dengan 4 jam berhadapan dengan al-Quran dapat melepaskan diri dari dosa? Andainya masa tersebut digunakan untuk jihad fisabilillah, alhamdulillah. Tetapi bagaimana jika ia digunakan dengan sia-sia? Fikirlah dan mohonlah dari ALLAH. Namun sekiranya kita sudah bermujahadah sebaliknya masih belum diizinkanNya, mudah-mudahan ALLAH tidak mengazab kita. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Once menghafal al-Quran, forever huffazul Quran.

Ya ALLAH, tetapkan kakiku pada jalanMu ini.

Wednesday, April 6, 2011

leg + fish = kaki pancing??

Bismillah..

Hoho..rasa x layak pulak untuk tulis entry kali ni. Tapi xpalah..aku nak share jugak dengan korang. Orang kata apa yang dikata akan lebih melekat buat diri yang berkata berbanding pendengar. Jadi aku berharap dengan ini kesannya lebih berkali ganda buat aku sendiri.


*maaf,gaya penulisan kali ni agak santai basah. Aku akan cuba untuk buat post yang pendek. Tapi kalau panjang jugak..err..salah aku la sebab tak pandai nak olah ayat.
phewit
Kaki Pancing
Tengok gambar atas tu..lawa tuh..siries..bukan sebab joran tu..tp sebab gambar tu..oh,aku lupa bagitau..aku suka fotografi walaupun aku ni jahil bab-bab tu..[dan aku pon xdela minat pon mancing nih.heh]

Neway, sapa kaki pancing angkat kening!! Haha..Em, apa yang aku nak kata kat sini, kalau dah nama kaki pancing tu..maksudnya mesti minat gila dengan mancing. Sanggup melangut berjam-jam dok tunggu pancing mengena walaupun seekor. Walhal, boleh ja pon kot kalau pegi pasar. Dapat ikan lagi banyak. Berkilo-kilo pon boleh. Sekejap ja. Haha..Hebat tak analogi aku?

Tapi sebab apa sanggup bersusah untuk memancing jugak?? YES!! Sebab MINAT yang MENDALAM. Jadi akan put full-heart into it. Kalau yang dah berkeluarga, sanggup tinggal sebab nak pegi memancing. [mak aku la kata..betol ke?kalau ye,reject lah macam ni..eh,gurau je]

Tapi cuba kata kalau yang tak minat tu, belum pun sampai 5 minit sumpah seranah berbakul dah. Muka kelat tak cukup perisa. 
--------------------------------------------------------------------------------
KOREAN
Woaha..cerita-cerita Korea ni memang orang kata cukup sinonim la dengan PEREMPUAN. Ye ke?? Oke, aku anti-Korean drama. Tapi majoriti nya begitulah. Sanggup besengkang mata qiam movie. Haha..perabeh air mata dok teriak setiap kali tengok..wusho..tapi takpa. Sebab apa? YES!! MINAT!!

Bagi yang tak minat [macam aku], baru start tengok 5 minit dah menyumpah segala bagai rasa macam nak muntah.
----------------------------------------------------------------------------------
Okela. Dahla segala bagai analogi yang kurang bijak yang aku bagi ni. Aku rasa korang dapat dah kot point nya.

Em, contohlah kan korang pegi keje..[contoh lagi..ish3..oke..las2]..tapi korang rase malas gile gaban nak pegi. Sebab nya? Tak keterlaluan kot kalau aku kate korang tak brape minat dengan keje korang.

Sebab ape? Katela keje yang korang buat tu memang korang minat tahap habis punye, konfem pegi keje setiap hari semangat je kan.
----------------------------------------------------------------------------------
Oke,tu kalau keje yang..em..standard punye keje la kan. Ape-ape jela. Macam mane pulak kalau keje-keje Islam????

Kadang-kadang kite rase macam semangat gile kan nak buat. Maksudnye? YES!! Kita SUKA + MINAT + FAHAM. So rase seronok je.

Tapi, bila kita jadi malas........tarik muka kalah galah..buat kejap-kejap..maksudnye..??err..keje-keje Islam ni aku tak spesifik kepada program aje. Kita syumulkan. Termasuk segala jenis ibadat + STUDY + baca buku ilmiah,haraki + segala bagai korang bagi la contoh sendiri.

Adakah keterlaluan kalau aku kata..kita sebenarnya belum cukup cinta kepada ISLAM itu sendiri..belum cukup cinta kepada Yang Maha Mencipta Cinta..Jika benar kita cinta..maka kita takkan lagi bermalas-malasan..mencipta alasan. Sebagai mana cintanya Rabiatul Adawiyah kepada Penciptanya. Oh TIDAK. Maafkan aku..bukan 'kita'..sepatutnya 'aku'. Ya, sebab aku tujukan peringatan ni buat aku.

ALLAH...aku zalim dengan diriku sendiri. Sesungguhnya akulah yang memerlukanMu. Tapi perbuatanku tidak menggambarkan seperti itu.
---------------------------------------------------------------------------------


TRIBUTE buat sahabat-sahabat seperjuanganku dari DARUL QURAN

Adakah benar cinta kita kepada Al-Quran??
Jika benar mengapa masih ada alasan untuk i'adah??
Sedangkan kecintaan untuk duniawi sanggup kita penuhi..
Tapi untuk Al-Quran..kita memerlukan pelbagai alasan..
Cintakah itu..oh...
Jika i'adah terasa seperti hanya tanggungjawab sebagai hamalatul quran..
Maka terbuktilah cinta kita pada Quran belum cukup tinggi..
Kerna jika cinta kita begitu jitu kepada al-quran tak memerlukan sebarang alasan untuk i'adah..sebab dah menjadi sebati dalam jiwa..
Akan terasa satu kekosongan yang dalam jika tidak dilakukan..

Ya ALLAH..Kau ampunilah dosaku ya ALLAH..jika Kau tidak mengampunkan dosaku nescaya aku tergolong dari kalangan yang rugi.

Thursday, March 31, 2011

benarkah iman kita

Bismillah...
meratib padaMu
Kita sebagai manusia juga khalifah yang diciptakan atas muka bumi ini sentiasanya layak untuk diuji. Kerna apa? Kerna dengan ujian lah dapat mengukur sejauh manakah benarnya iman kita. Kita sebagai orang yang dimuliakan dengan Islam sangatlah beruntung. Sebabnye banyak masalah hati boleh disetelkan dengan keimanan yang mengakar teguh dalam jiwa setiap insan.

Jika apa yang kita mintak, dapat, maknanya Allah sayangkan kita. Tapi, jika apa yang kita mintak, tak dapat, maknanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia akan berikan pada waktu yang sesuai. Maksudnya Allah tetap sayangkan kita. Mungkin juga Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mintak. Lagi-lagi lah Allah sayangkan kita.

Nah, terbukti bukan. Dengan keimanan setel masalah hati + mental. Segalanya kita tahu ada sandaran. So, dari hati yang bermuram durja insyaallah akan terasa sinar kekuatan + kelapangan. Hasil daripada? Ya, KEIMANAN..

Dalam keadaan tertekan, pasangan suami isteri akan sama-sama menjadi kekuatan kepada pasangannya. Saling memberi tazkirah meningkatkan keimanan. Contoh situasi : [mcm dh ade pengalaman..haha]
---------------------------------------------------------------------------------------------------
isteri : abang, macam mane ni. kita dah berusaha sehabis baik dah ni. tapi perniagaan kita tak jugak menguntungkan.
suami : takpe. kita dah berusaha. tapi Allah jugak Maha Pemberi Rezeki. kita usaha lagi. mungkin Allah mahu tengok kita usaha lebih sikit.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
suami : saya risau la. segala macam ubat dah saya cuba. segala macam pakar dah saya jumpa. tapi nampaknya sakit saya ni tak jugak nak menunjukkan pengurangan.

isteri : takpe, kita hanya berusaha. tapi Allah jugak Maha Penyembuh. "wa huwa yashfeen". Kita kuatkan lagi usaha kita. mungkin masih ada kelompangan di mana-mana.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Kan setel. Anda setuju dengan saya ataupun tidak? Maka dengan keimanan lah dapat menjaga kewarasan akal kita. Takdela nak berlaku suicide ke ape. Sebab segalanya dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui. Bukti kebenaran iman. Tanda hidup berTuhan.

Maka, benarkah iman kita selama ini? Hayati kah kita dengan segala nama-nama Allah yang jua merupakan sifat-sifatnya? Hanya sekadar menghafalnya masih belum cukup. Adakah memberi impak kepada kita dalam kehidupan seharian..ALLAH...

Ratiblah nama TuhanMu, sepenuh hati sesyahdu irama sehingga menggetarkan jiwa serta hati yang mengalunkannya..Ya Latif..Ya Latif..tidak perlu untuk menggunakan suara yang kuat namun tak mampu untuk menyentuh hati. 

Cukuplah sekadar mencapai telinga menusuk sanubari yang selama ini terleka. Pada waktu sepertiga malam itu....

Ya ALLAH, dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Kau ampunkanlah ya Allah.

Wednesday, March 30, 2011

sentuhlah hati itu

Bismillah...
kasih sayang itu pelbagai erti
 Fudhalah bin Umar menghampiri baginda sollahu 'alaihi wasalam ketika baginda sedang bertawaf dengan niat untuk membunuh baginda . Percayalah , hati Fudhalah sudah penuh perasan yg benci dan tekad yang tinggi untuk meneruskan misinya iaitu membunuh Baginda. Namun , niat yg kotor terpadam tatkala hatinya(dada) disentuh lembut oleh tangan yang mulia Baginda sollahu 'alaihi wasalam. Setelah tangan baginda diangkat dari dadanya, ternyata perasaan Mahabbah yang tinggi mula bersarang di hati yang tadi sarat penuh kebencian.

Oh sahabat, betapa ramai diluar sana punya jiwa yang gelisah dan resah seperti Fudhalah, maka kita yang menyakini menerus tugas Baginda Sollahu 'alaihi wasalam , sentuhlah hati mereka dengan kelembutan ahklakmu, kerana mereka juga punya hati. Sentuhlah hati mereka dengan seutuh keikhlasan kerana Allah, itulah kunci seorang da'i kerana kita tidak akan pernah tahu bila saatnya Sang Pencinta itu mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati mereka. Hal yang selebihnya serahkan saja kepada Pemilik hati. Moga ketemu hidayah dariNYa. Amin ya Rabb.

Ya Allah, sentuhlah hatiku dan sahabat2 seperjuanganku dengan kebesaranMu.

Sahabat2, sentuhlah hati mereka jangan kasari... 

Wednesday, March 23, 2011

kita tidak serupa

Bismillah...
Naruto tengah tensyen..kawaaii desu-nee

Pernah merasa stress yang melampau? Pernah merasa down yang menyengat? Jika ya, maka terbuktilah bahawa anda adalah seorang MANUSIA. Hehe..

Alhamdulillah, kita diciptakan Allah pelbagai. Variasi. Setiap insan tidak mempunyai kebolehan yang sama. [Kalau sama robot la gamaknye kot]. Maka dengan itu, setiap dari kita diletakkan pada posisi yang berbeza. Cukup dengan sekadar kemampuan hambaNya. Sungguh kata-kata Allah itu Maha Benar. Allah takkan memberatkan hambaNya kecuali sekadar yang hambaNya mampu [2:286].

Mungkin kadang-kadang kita tensyen. Jom kita terjah beberapa fenomena di kampus. Jeng3..muahaha..

Bayangkan anda seorang yang selalu bizi, terlibat dengan pelbagai jenis meeting segala bagai, memegang society itu dan ini, dua jawatan dalam satu masa..woaha..tiba-tiba bila anda balik ke bilik pada sebelah malam nya, penat letih selepas habis meeting yang 'dahsyat', anda mendapati rumet anda sedang melayan movie sambil begelak ketawa makan mee sedap sorang-sorang. Ataupun sedang studi dengan khusyuknya. Apakah yang anda bakal rasa agak-agaknya??

Well, bagi saya manusia biasa ni..kadang-kadang opkos hati akan terusik. JELES. Besnya dia. Takde sibuk-sibuk. Boleh fokus studi habis-habisan, skor kuiz, ada masa untuk main-main. T_T...[ajak aku main skali pulak tu]..Aku...????

So, seperti yang saya nyatakan KITA TIDAK SERUPA. Bagaimana kah? Apakata kita positifkan minda kita. Mesti ada hikmah yang tersirat. Mungkin jika dia di tempat kita, dia tak mampu nak menanggung ujian seperti mana kita. Mungkin jika dia bizi seperti kita, akademiknya akan lebih terabai dari kita. Mungkin jika dia di tempat kita, dia akan menjadi pesakit Tanjung Rambutan. Hee..

Kadang-kadang kita rasa dia tak faham tugas kita. Mungkin sebab kefahaman yang ada padanya hanyalah sekadar itu. Maka bersyukurlah kita diberi kefahaman yang lebih sedikit. Maka kitalah yang sepatutnya cuba untuk memahami dia kerana kita punya kefahaman mungkin lebih sedikit daripadanya. Masa ni lah nak aplikasi konsep SABAR. Nak sangat praktikal. Ambik hang.

Jom terbalikkan kondisi. Mungkin jika kita tak diberi tanggungjawab sebegini kita tak kan mengenal erti sabar, takkan tahu menghargai masa, takde pengalaman stress menggila. [Stress syiok woo] So, bila kita dah ada pengalaman, masa akan datang..insyaALLAH kita akan able to handle it with care.

Mungkin jugak kalau kita punya banyak masa lapang, kita akan makin lalai dari Allah. Mungkin jugak akademik kita yang disangka akan melonjak, rupanya jatuh lebih merudum dari yang sebelumnya. Insyaallah setiap yang terjadi, yang disusun dan direncanakan.. ada HIKMAHNYA..[^_^]..

Oke, macam mana pulak..dah la pegang jawatan segala macam, dan siries akademik jatuh tejunam macam graf poligon mencacak turun ke bawah..? Apakata kita positifkan minda jugak. Hehe. Muhasabah diri kita. Bagaimana kita handle masa yang kita ada. Bagaimana dengan hubungan kita denganNya. Cukupkah usaha kita? Padat kah tawakkal kita? Aplikasikah konsep tawazun yang kita belajar?

Mungkin Allah mahu menguji kita agar tidak mudah berputus asa. Mungkin Allah mahu mendengar rintihan kita memohon padaNya. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Tak begitu? Maka, ambiklah pengajaran dari setiap yang berlaku serta tanamkan azam dan tekad untuk berusaha serta bangun kembali dengan semangat yang baru. Dan Allah jugak tahu yang kita mampu untuk menghadapi ujian itu. Mungkin kita diuji pada masa sekarang, orang lain diuji pada masa yang lain. SO, teruskan berusaha dan lakukan yang terbaik walau di mana kita berada.

Kadang-kadang mungkin keluarga kita tak memahami kita. Dan tak mustahil kita akan dikondem oleh keluarga kita. Disekat segala macam. Dimarah dan sebagainya. Kita ambik yang positif. Tu tandanya keluarga kita sayangkan kita dan cuma mahu yang terbaik buat diri kita. Maka, kita berusahalah. Jadikan itu sebagai batu semangat untuk kita terus melangkah.

Teringat suatu ketika, saya pon pernah agak down. Sebab dikondem adik sendiri. Huhu. Perit kot. Tapi, alhamdulillah..seorang sahabat telah mengetuk pintu hatiku, "tu tandanya dia sayang kan kakak dia la tu". Bila pike-pike balik, take it from the positive side, well..dats rite. So i shouldnt be sad but i ought to move and do better. So, dia telah menyebarkan sinarnya pada saya, maka saya juga ingin menyebarkan sinar itu pada anda. Apapun, semuanya dari ALLAH jua...maka SENYUMlah..[^^,]


*Kepada sesape yang terasa dia pernah berkata begitu pada saya, terima kasih!!! Hee..

Ya ALLAH, ampunkan aku atas kelalaianku.

Monday, March 21, 2011

kau dan aku - saling memerlukan

Bismillah...
by : qatrunnada

Em, saje je nak share lukisan ni. Drew by my sister. She's in form 4 rite now. Well, as my comment of this pic, i would say that this pic is gorgeous. But, i would never say this to her. Oh my. Remembered how I criticized her drawing years ago. Times when i tought her drawing. She really improves these past years. And now she can beats her sister already..^_^ . Even that she has great passion on drawing, but she wants to further her studies in ICT. Haha. Just very like me indeed.

Well then, every each of us has their own ability. Given by Allah. It's only the matter on how we use it. And the most crucial part is on how we appreciate the abilities which have been given.

Kemahiran setiap orang tidak sama. Maka sebab itulah kita saling memerlukan. Lengkap melengkapi. Sebagai contoh, ada yang berkemahiran dalam bercakap di hadapan. Ada yang berkemahiran dalam bidang teknologi. Maka dua-dua adalah penting. Tak perlu untuk merasa rendah diri bagi yang hanya pandai dalam bidang teknologi dan tak perlu untuk merasa bangga diri bagi yang pandai untuk bercakap di hadapan. Kerana dua-dua posisi adalah penting tapi dari posisi yang berbeza.

[3 : 139]
Ambil contoh. Antara penceramah dan tukang buat poster. Jika tanpa tukang buat poster, maka bagaimana mahu menyebarkan mengenai ceramah. Tanpa ceramah, tak de la poster nye. Jadi kedua-dua nya adalah penting dalam menyebarkan kalimah tauhid ni. Sama-sama berganding bahu. Tukang buat poster menggunakan kemahirannya dengan menyebarkan maklumat mengenai ceramah. Penceramah menyampaikan melalui lisan kepada orang ramai. Saling bergantungan bukan. Yang dinilai adalah kesungguhan dan keikhlasan biarpun nampak kecil tugasnya.


*Teringat waktu awal-awal masuk CFS, semua orang tanye, kenape amek kos Medik?? Kenape tak amek AED?? Ade jugak yang tanye. Kenape tak amek ICT?? Well, biarlah rahsia....... [dan ade jugak yang kate, muka aku ni tak sesuai medik. budak medik sopan2. muka aku ni muka budak engine. well2..haha]

Ya ALLAH, golongkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Sunday, March 20, 2011

letak bawah tapak kaki, oke?

Bismillah...
munirah seperti di atas

merenung sendirian..
mindaku jauh menerawang..
fikiranku ligat berputar..
apakah ertinya yang sebenar..
-------------------------------------------------------------------------------------------
[program]
dia : hah, kau! kau ni susah dengar cakap orang kan?!

aku : [terkesima.hanya mampu menunduk]

dia : aku tanya jawab la..!!!!!!!!kenape la kau ni ego sangat??!

aku : [dalam hati : ya, memang aku ego. aku mengaku itu..habis macam mana?argh!]

dia : ego kau tu, kau pijak-pijak dia. pijak bawah tapak kaki kau tu! faham? dalam gerak kerja, EGO LETAK BAWAH SEKALI! pijak-pijak bawah kaki sampai lumat!

aku : saya tak faham!

dia : fikir rational. jangan ingat kita je yang betul itu ini. sampai tak ambil pandangan orang lain. tak nak mengalah. ego!! jadi, letakkan perasaan ego tak nak mengalah tu bawah sekali. pandang lebih luas, pike maslahah yang lebih besar!
---------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 1]
kamu : cube la bawak berenti main tu..

aku : ala, saya main dengan sape je..no hal pon..

kamu : ye la..tapi..

aku : yela..[dalam hati : ape yang aku buat ni tak salah pun. dengan perempuan jugak. ape kecoh]
--------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 2[
kamu : haish, dah-dah la tu main

aku : err..huhu..main dengan sape je pon..kot..
--------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 3]
kamu : suka-suki je main macam tu. cuba pike ape perasaan orang lain?!

aku : oh..hm..[dalam hati : mungkinkah aku tersilap membuat pertimbangan selama ini?]
--------------------------------------------------------------------------------------
terkesima yang panjang..
ya, ego itu masih kuat melekat..
walaupun tidak nampak pada zahirnya..
tidak terlihat pada luarannya..
tapi pada hatinya..
secara dalamannya..
membunuh hati secara halus..

minda kembali mencerna..
mungkin apa yang diperkatakan orang..
ada betulnya..ada baiknya..
walaupun ternyata kita juga tiada salahnya..
tapi berubah kepada lebih baik..
ternyata lebih bermakna..

penangan ego..
menerima, mengikut, mencuba..
bukan bermakna menundukkan diri kepada orang lain..
tetapi mencari maslahah yang lebih tinggi nilainya..
moga ada berkatnya..
kita sebagai hamba..
perlukan momentum untuk berubah..
tanpa teguran..hancur binasalah..

Ya ALLAH, kami memohon kekuatan dariMu supaya dapat kami runtuhkan ego kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::