::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Showing posts with label thaqafah. Show all posts
Showing posts with label thaqafah. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

jom jadi hamba^_^

Bismillah...

Katakan la kan..ditakdirkan..tiba-tiba ja lepas baca baris yang aku tulis ni..tiba-tiba ja nyawa ditarik. Hoh, tak tergambar kot. Allah.. oh, aku masih belum bersedia untuk mati. Sebab banyak benda lagi aku tak buat untuk jadi bekalan. Dan ditanyakan.. UNTUK APA KAMU HIDUP??? Ngee..nak jawab ape..


oh..saya sangat semangat nak tau..hehe..^^,
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab. Tapi...ada tujuannya..oho..aku tahu..kita dah belajar dalam PAI kat sekolah menengah kan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.[ad-zariyat : 56]
1. Ya, untuk beribadah kepada ALLAH semata-mata. Huh, xkan nak solat je xbenti..oh tidak..jangan berfikiran begitu =]..tak semestinya ibadah tu solat je kan..
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [al-baqarah : 30]
2.Untuk jadi khalifah di muka bumi ni. Oho, memang Allah memilih manusia untuk jadi penjaga bumi ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-an'am : 165]
3.Untuk memakmurkan bumi ni dengan PERATURAN-PERATURAN ALLAH. Bukan merosakkan.
oh...tolonggg..
Jangan bimbang..sebab Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat. Oh, kita pasti mati dan akan hidup di dunia akhirat yang kekal abadi.
---------------------------------------------------------------------------------------

Jadi..berbalik kepada ibadah ye. Macam mane nak sentiasa beribadah? Bukan hanya di atas tikar sejadah..??
cmne tuh..??
# ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. 

#Ibadah dari segi bahasa : patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.


#Dari segi istilah agama Islam : tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

#Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.

#Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan, dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak, ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia.
waa..betulke..?ni semangat ni..lagi3..

#Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah ibadah.

#Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.

#Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.


#Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha’ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.
oke..paham!! [^_^]
#Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.
----------------------------------------------------------------------------------------

Hoohoo....macam senang je kan rupanya nak beribadah ni..Jom beribadah jom!!! Hee..sedia bekalan awal-awal..=]
oke..sy nk ibadah dh ni..tidur dulu..moga lps ni ada kekuatan untuk buat ibadah lain pd Allah..=)
----------------------------------------------------------------------------------------------
By the way, jaga aurat jugak IBADAH. Jadi, jom jaga aurat jom!!! Stokin comel yang baby punya tu pun orait wat..kan..kan..kan..asalkan pakai..jom3...dah alang-alang tu..jom tengok kempen aurat kat blog Mr.AnOnymOUs jom!!!! Sangat KIUT!!!



Wednesday, June 1, 2011

Ma'rifatullah

Bismillah...
mencari diri di daerah itu...
Kalimah Syahadah yang pertama ini adalah kalimah tauhid. Demikianlah yang dapat kita simpulkan apabila kita mengucapkan:
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله

Kerana padanya terdapat penafian iaitu (لاََّ إِلَهَ) dan isbat (إِلاَّ الله). Iaitu :

1. menafikan segala bentuk tuhan yang layak disembah [nafi]

2. dan diabdikan diri kepadanya dan mengakui secara sabit dan tetap bahawa ALLAH sahajalah TUHAN yang layak disembah. [isbat]

Secara kesimpulannya, makna pengakuan kita pada syahadah yang pertama ini adalah pengakuan pada kalimah tauhid iaitu kita mengakui keesaan ALLAH S.W.T dengan menolak segala unsur-unsur yang mensyirikkan-NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Termasuk dalam pengertian syahadah yang pertama ini ialah kita beriman kepada ALLAH dan mentauhidkan-NYA pada tiga bahagian tauhid sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama , iaitu:

1.Tauhid Rububiyyah


Pengakuan bahawa ALLAH adalah Tuhan bagi sekalian alam –Dialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkannya.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "..Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."  
Surah al-A'raf: 54

2.Tauhid Uluhiyyah 

Pengakuan dan kepatuhan bahawa ALLAH sahaja yang layak disembah dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepadaNya semata-mata.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” -
Surah al-Bayyinah: 5 

3.Tauhid Asma' wa Sifaat
Pengakuan dan keimanan kepada Nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH yang Tinggi dan Mulia dan mensucikanNya daripada segala sifat-sifat kekurangan.
Firman Allah:

 
Maksudnya: "Dan ALLAH mempunyai Nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut Nama-nama itu, .." - 
Surah al-'Araf: 180
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kewajipan Kita Terhadap Tauhid

# Setelah kita mengucapkan dan mengakui kebenaran kalimah tauhid ini, kita bertanggungjawab untuk memikul dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya.
 
1.Kita tidak akan mencari tuhan selain ALLAH.
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?"
Surah al-An'am: 164

2.Kita tidak akan mengambil selain ALLAH sebagai Pelindung
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pelindung-pelindung dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari ALLAH dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali."
Surah Ali 'Imran: 28
 
3.Kita tidak akan berhukum dengan selain hukum-hakam dari ALLAH.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "Sebenarnya hukum itu hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Surah Yusuf: 40
--------------------------------------------------------------------------------------------------
# Jalan yang lurus hanyalah ISLAM.
And, [moreover], this is My path, which is straight, so follow it; and do not follow [other] ways, for you will be separated from His way. This has He instructed you that you may become righteous. [al-an'am : 153]
 # Cara untuk mengembalikan kesatuan hanyalah kembali kepada Islam dengan melaksanakannya secara menyeluruh.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[al-baqarah : 208]
# Adalah WAJIB untuk memperjuangkan aqidah Islam. Menegakkan Islam itu wajib maka perjuangan itu wajib. Maka berada dalam organisasi Islam itu juga adalah WAJIB.
 
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
 # Sirah : Mus'ab bin Umair [tekan sini untuk baca]

# Mengapa sanggup berkorban : kerana AQIDAH yang SEJAHTERA
 
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).[muhammad : 19]

# Tidak cukup hanya dengan mengucap kalimah syahadah dan berpuas hati setakat itu sahaja. Kena faham dan tegakkan apa tuntutan kalimah syahadah.

# Bila mengucap kalimah syahadah ada beban yang tergalas. Kena MATI dengannya. Bila dah tanggung kena jawab. Baru jadi TANGGUNGJAWAB.

-WA-
rujukan di sini
 
YA ALLAH, tetapkan hatiku pada jalanMu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::