::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Tuesday, June 7, 2011

Basikal dan aku..

Bismillah...
digital mukmin punya..adeyh..i want d camera badly!
Nak mengarut kejap...
Biasela, tangan dah kejang...
Banyak dosa mungkin...
Tringat kat orang jauh banyak sangat kot...
Cuba untuk kurangkan...
Buat-buat sebok..?
TRY..
Tapi, apa salahnya?
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak lagi waktu kita fes time blaja naik basikal..?? Waaha..bes kan..n_n.. Waktu tu umur baru mencecah 5 tahun. Semangat sungguh nak blaja naik. Sebab jiran yang dajah dua tu dah naik basikal. Walaupun basikal ada tayar tiga, tapi apa aku peduli kan. Basikal, basikal jugak.

Mula-mula naik memang kena orang tuntun. Kalau tak alamatnya tungging la atas tar tu. Bila dah orang tolak dan boleh gerak sendiri, stereng [handle basikal] pulak asyik je melelong. Almaklumlah, tak pandai nak kawal stereng lagi. Terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Tapi, usaha jugak. Teruskan jugak. Sampai berjaya kawal stereng tu jadi stret. Dan semua ni mana boleh buat sendiri kan. Kena ada orang tolong. Bila time stereng tu naik syeikh, orang lain la yang tolong pegang kot belakang supaya tak terbalik. Bila tayar terhentak batu kecil, jadi gelong ala-ala nak terbalik, orang lain akan tolong pegang basikal tu supaya keep stable. Hoho..seronok kan..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata hidup ni, sterengnya kita yang pegang. Bila kita rasa dah termelencong skit ke arah lain, maka kita jugaklah yang kena kontrol balik stereng tu. Pegang kejap-kejap. Supaya boleh stret balik. Pegang brek tangan kalau dah laju sangat. Kadang-kadang tu terbuat silap umpama terlanggar batu-batu kecil, tayar pun jadi gelong, bawak pun terhuyung-hayang. Tapi, still brek kita yang pegang. Handle pun kita yang pegang. Jadi, kitalah yang kena kontrol bagi elok balik.

Susah jugak kan. Sebab tu kena ada kawan tolong. Or you can name it sahabat, adik-beradik, whatever you wish. Kena ada orang jugak untuk tolong pegang dari belakang. Untuk tahan dari terus jatuh tersungkur. Sebab kalau dah jatuh tersungkur..sakitkan. Sampai kadang-kadang rasa macam dah tak mampu nak bangun balik.

Baru belajar naik basikal - baru belajar erti hidup - zaman yang baru - umur mencecah 20an - bukan senang. Kena ada kawan seiring, yang sudi memimpin. Bukan menghukum. Andai tersalah arah, menjadi penunjuk jalan. Bukan tuan hakim yang menjatuhkan hukuman. Bukan juga radio buruk yang suka menyebarkan berita. Kerana tersalah itu lumrah dalam belajar erti hidup. Mana mungkin lurus aja jalannya. Jadi pendengar yang setia? Oh, itu juga perlu. Dan menasihati. Tapi secara lembut. Kerana usia ini terlalu sensitif nalurinya. Umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat, tepung tak selerak.

Bukan mudah. Kena berjiwa besar. Bukan pandang yang bersalah sebagai pesalah. Tapi pandang sebagai orang yang perlu didekati dan diselami. Ya, tujuannya sama. Untuk membawa kepada jalan yang benar. Tapi cara itu yang berbeza. Oh, dan aku..aku pun sama. Baru belajar naik basikal jugak. Dan pernah melelong. Stert balik. Melelong balik. Stret balik. Jadi, jangan marah aku. Aku tahu bila masa aku tersalah. Aku cuma perlu kekuatan. Oh, aku tak tahu la orang lain bagaimana. Mungkin mereka tak serapuh aku.

Ubah pendekatan. Matlamat yang sama. Mungkin lebih diterima.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Oh, sungguh, aku rindukan kalian orang jauh. 
sahabat-sahabat maahadku yang aku cuba untuk buang jauh dari memori.
adik-beradik usrah DQ yang aku cuba melarikan diri.
sahabat-sahabat UIA yang aku sengaja tak kontek kalian.
dia yang entah bila tahun akan berjumpa.
oke, aku juga manusia.
maafkan aku


Ya ALLAH, ampunkan aku andai ada tuturku yang dusta tanpa aku sedari.

Friday, June 3, 2011

Ighfirli ya Rabbi..

 

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekelian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, dari segala dosa. 

Ya Allah ya Tuhanku tambahkanlah ilmu yang manfaat kepadaku.
Dan terimalah amalanku.

Yang memberi rezki yang luas.
Dan terimalah taubatku taubat nasuha.

Dan ini rahsia seruanku (doaku padaMu).
Dan aku berharap moga dipermudahkan.
Aku adalah seorang hamba yang fakir.
Sesungguhnya kami fakir dan memerlukan.

Dan cukupkanlah aku dengan ilmu-Mu ya Rabbi.
Dengan soalan dan pilihanku.

Ya Tuhanku yang menguasai diriku.
Engakau Maha Mengetahui bagaimana hamba-Mu ini.
IGHFIRLANA YA RABBANA...

Wednesday, June 1, 2011

Ma'rifatullah

Bismillah...
mencari diri di daerah itu...
Kalimah Syahadah yang pertama ini adalah kalimah tauhid. Demikianlah yang dapat kita simpulkan apabila kita mengucapkan:
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله

Kerana padanya terdapat penafian iaitu (لاََّ إِلَهَ) dan isbat (إِلاَّ الله). Iaitu :

1. menafikan segala bentuk tuhan yang layak disembah [nafi]

2. dan diabdikan diri kepadanya dan mengakui secara sabit dan tetap bahawa ALLAH sahajalah TUHAN yang layak disembah. [isbat]

Secara kesimpulannya, makna pengakuan kita pada syahadah yang pertama ini adalah pengakuan pada kalimah tauhid iaitu kita mengakui keesaan ALLAH S.W.T dengan menolak segala unsur-unsur yang mensyirikkan-NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Termasuk dalam pengertian syahadah yang pertama ini ialah kita beriman kepada ALLAH dan mentauhidkan-NYA pada tiga bahagian tauhid sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama , iaitu:

1.Tauhid Rububiyyah


Pengakuan bahawa ALLAH adalah Tuhan bagi sekalian alam –Dialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkannya.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "..Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."  
Surah al-A'raf: 54

2.Tauhid Uluhiyyah 

Pengakuan dan kepatuhan bahawa ALLAH sahaja yang layak disembah dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepadaNya semata-mata.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” -
Surah al-Bayyinah: 5 

3.Tauhid Asma' wa Sifaat
Pengakuan dan keimanan kepada Nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH yang Tinggi dan Mulia dan mensucikanNya daripada segala sifat-sifat kekurangan.
Firman Allah:

 
Maksudnya: "Dan ALLAH mempunyai Nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut Nama-nama itu, .." - 
Surah al-'Araf: 180
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kewajipan Kita Terhadap Tauhid

# Setelah kita mengucapkan dan mengakui kebenaran kalimah tauhid ini, kita bertanggungjawab untuk memikul dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya.
 
1.Kita tidak akan mencari tuhan selain ALLAH.
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?"
Surah al-An'am: 164

2.Kita tidak akan mengambil selain ALLAH sebagai Pelindung
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pelindung-pelindung dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari ALLAH dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali."
Surah Ali 'Imran: 28
 
3.Kita tidak akan berhukum dengan selain hukum-hakam dari ALLAH.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "Sebenarnya hukum itu hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Surah Yusuf: 40
--------------------------------------------------------------------------------------------------
# Jalan yang lurus hanyalah ISLAM.
And, [moreover], this is My path, which is straight, so follow it; and do not follow [other] ways, for you will be separated from His way. This has He instructed you that you may become righteous. [al-an'am : 153]
 # Cara untuk mengembalikan kesatuan hanyalah kembali kepada Islam dengan melaksanakannya secara menyeluruh.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[al-baqarah : 208]
# Adalah WAJIB untuk memperjuangkan aqidah Islam. Menegakkan Islam itu wajib maka perjuangan itu wajib. Maka berada dalam organisasi Islam itu juga adalah WAJIB.
 
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
 # Sirah : Mus'ab bin Umair [tekan sini untuk baca]

# Mengapa sanggup berkorban : kerana AQIDAH yang SEJAHTERA
 
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).[muhammad : 19]

# Tidak cukup hanya dengan mengucap kalimah syahadah dan berpuas hati setakat itu sahaja. Kena faham dan tegakkan apa tuntutan kalimah syahadah.

# Bila mengucap kalimah syahadah ada beban yang tergalas. Kena MATI dengannya. Bila dah tanggung kena jawab. Baru jadi TANGGUNGJAWAB.

-WA-
rujukan di sini
 
YA ALLAH, tetapkan hatiku pada jalanMu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::