::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Sunday, April 17, 2011

dari hati ke hati

Bismillah...

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabatku graduan persijilan DARUL QURAN..
Juga sahabat-sahabat yang telah khatam menghafal al-Quran..
Tak dilupakan sahabat-sahabat yang sentiasa mencintai al-Quran..

Takdir telah menentukan kita sebagai pendokong, pemelihara, dan penghafaz al-Quran. Walaupun sebelum ini tidak pernah yerlintas di fikiran kita untuk menjadi seorang hafiz. Pada saat ini juga kita mempersoalkan kenapa kita memilih bidang ini sedangkan kita tidak mampu menanggungnya. Adakalanya kita memberontak untuk menamatkan bidang ini. Semuanya bertitik tolak dari satu kesedaran bahawa betapa besarnya ancaman ALLAH kepada mereka yang melupakan dan tidak mengamalkan al-Quran.

Sebenarnya kita tidak mampu untuk menguasai 30 juzu' dan beramal dengan ajaran yang terkandung di dalamnya tanpa izinNya. Apabila mengenangkan semua ini, kita hampir patah semangat. Namun, berbekalkan sedikit keimanan yang ALLAH titipkan buat kita, semangat kita bisa teguh kembali kerana kita beriman dengan qada' dan qadar ALLAH. Kita juga yakin dengan firman ALLAH.

al-baqarah : 286
ALLAH tidak pernah berdusta dengan kalamNya. Jadi, kita adalah orang-orang pilihan ALLAH yang mampu. Oleh itu, kita harus susuli pula kalam ALLAH itu dengan ayat :
ar-ra'd : 11
Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah diri kita, kita sendirilah yang menentukannya agar termasuk dalam golongan orang-orang yang mampu memelihara al-Quran. Hisablah diri. Apakah cukup hanya dengan 4 jam berhadapan dengan al-Quran dapat melepaskan diri dari dosa? Andainya masa tersebut digunakan untuk jihad fisabilillah, alhamdulillah. Tetapi bagaimana jika ia digunakan dengan sia-sia? Fikirlah dan mohonlah dari ALLAH. Namun sekiranya kita sudah bermujahadah sebaliknya masih belum diizinkanNya, mudah-mudahan ALLAH tidak mengazab kita. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Once menghafal al-Quran, forever huffazul Quran.

Ya ALLAH, tetapkan kakiku pada jalanMu ini.

Monday, April 11, 2011

Emosi

Bismillah...

Em,saya nak kongsi benda ni lama dah. Tapi terbeku dalam otak. Jadi mungkin dah basi. Tapi ape pun..
---------------------------------------------------------------------------------------------
y mn bg efek lbh bsr? senyum ke masam?
EMOSI
Sinonim? Sudah tentu. Perempuan. Standard? Kawal? Praktikal. Bagaimanakah? RASIONAL. Apakah?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi :
[Program]
PM : kamu-kamu diWAJIBkan untuk menolong unit sekian jika mempunyai kelapangan masa. kerana unit sekian mempunyai shortage.

masalah [muslimat] :
A : kamu (ahli unit sekian) punya pasallah. disebabkan kamu kami semua terpaksa turun untuk buat kerja yang bukan kerja kami. kamu tak bertimbang rasakah?
------------------------------------------------------------------------------------------
ahli unit sekian : (sambil menangis) Tak payah lah kita mintak tolong sapa-sapa pun. Lagi susah. Ingat kami ni nak sangat ke kamu tolong?

ahli unit sekian II : ala..buat dono je. Ape susah. Tak yah layan.

ahli unit sekian : kamu cakap senang la!!!!

[maka banjir pun berlaku di situ]
-------------------------------------------------------------------------------------------

Faham cerita saya kat atas tu?
Pernah terjadi situasi sebegini? Well, apa yang saya nak tekankan di sini. Emosi. Kerana emosi terjadi pertelingkahan. Yang akhirnya membuahkan ketidakseronokan dalam bergerak kerja. Bermasam muka. Bengkak dalam hati. Akhirnya...kerja terbantut. Tak pasal-pasal kena sentuh dalam meeting gabungan. Tidakkah rasa agak memalukan bagi pihak muslimat?

Bukankah lebih baik jika masing-masing berlapang dada. Ya, berlapang dada. Susah? Sudah tentu!
Ji ka si A faham mengapa PM menurunkan arahan sedemikian dan berlapang dada maka dia pun tidak akan berkata sedemikian pada sahabatnya. Lagipun arahan yang dikeluarkan 'jika ada kelapangan masa'. Jadi kalau merasakan tidak mempunyai masa diam-diam sudah lah. Tak perlu susah-susah menunjukkan respon negatif.

Dan ahli unit sekian..jika si A nampaknya tak boleh mengawal emosi. Maka, kita lah yang perlu mengawal emosi. Berlapang dada. Mungkin si A sudah terlalu letih sampai dia mengeluarkan kata-kata macam tu. Bersangka baik. Dia letih sangat tu. Biarkan lah dia. Tak perlu sampai kita pulak yang beremosi. Akibatnya, dua-dua dalam kondisi yang tertekan akibat? Dari mulut sendiri. Berpunca? Ya, dari diri yang tidak boleh mengawal emosi dan berlapang dada.

Jika masing-masing berlapang dada, insyaallah kerja akan terasa lebih harmoni dan bersemangat. Kerana selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada. Dari berlapang dada barulah membuahkan kesamaan dan yang paling tinggi adalah ithar.

Cubalah untuk berfikiran RASIONAL. Jangan terlalu mengikut perasaan naluri hati. Ya, biasalah..perempuan..Begitukah? Tidak. Kerana fenomena itu kita sendiri yang menciptanya. Kita mampu untuk mengubahnya jika kita mahu. Sekarang bukan lagi masa untuk muslimat melayan perasaan segala bagai. Tapi mengasah minda untuk berfikir lebih matang ke hadapan. Maka, ubahlah persepsi anda. Ubahlah diri anda.

Jom belajar berlapang dada. Jom belajar mengawal emosi.^_^

Friday, April 8, 2011

Majlis Ummah Berselawat Road Tour 2011 - KEDAH

Bismillah...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan yang mengatur segala kejadian dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad penghulu segala nabi dan rasul yang membawa rahmat ke atas sekalian ummah seluruh alam.

Alhamdulillah, tanggal 4 Mac 2011 (Jumaat) lepas bertempat di Dewan Seri Mentalun, kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Kedah telah diadakan Majlis Pelancaran Ummah Berselawat Road Tour 2011 dalam menyemai semangat cinta dan mahabbah kepada Rasulullah SAW di kalangan ummat di Malaysia khasnya di negeri Kedah.

takwim sepanjang tahun
Sehubungan itu, beberapa lokasi telah dirancang sebagai tempat perlaksanaan majlis tersebut sepanjang tahun 2011 insyaAllah semoga berjalan lancar. InsyaAllah sebagai kemuncak Ummah Berselawat Road Tour tersebut, pihak sekretariat akan membawa Habib Umar al-Hafiz yang akan diadakan di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah.

jawatankuasa
Semoga majlis-majlis ini mendapat sambutan masyarakat Malaysia dan sumbangan kewangan amat diperlukan bagi menampung perbelanjaan sepanjang program tersebut. Bersama-sama kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan dalam memudahkan terlaksananya majlis-majlis ini.


BERSAMA MEMBINA MAHABBAH RASULULLAH SAW
MERAIH RAHMAT DAN REDHA ALLAH SWT
maklumat lanjut boleh didapati di sini >> ummahberselawat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::