::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Monday, January 30, 2012

langkah tercipta

Bismillah...

Kali ni saja aku nak post pasai lagu ni. Sepa? Saja syok2. Boleh trima dak?
Sebab aku suka lagu dia..oh, di samping itu,kalau ada sapa2 nak bg hadiah coklat boleh jugak.
Orang kata coklat boleh hilangkan tekanan. Tapi nak DARK CHOCOLATE ya...
Tak mau DURIAN CHOCOLATE...hahaha

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
 ------------------------------------------------------------------
1.berbaik sangka dengan Allah
2.segala yang terjadi dalam pengetahuan DIA
3.ingat, di setiap kesusahan ada kemudahan
4.masih ada masa^_^ 

Sunday, January 29, 2012

memberi biar bererti

Bismillah...

Thank you for simply being there..
On a cloudy day, on a sunny day..
----------------------------------------------------------------
Rindu. Siries. Dah lama tak main lagu ni. Tiba-tiba hari ini. Oke. Full stop. Teringat. Hari itu, detik itu.
Hati ini pernah terluka. Ya. Ulang sekali lagi. Terluka dengan insan yang kucuba untuk menggelarnya sahabat.

Orang kata, erti hidup pada memberi. Oh. Aku pun percaya itu. Tapi, kadang-kadang pernah terasa seolah-olah ianya satu mitos. Kenapa? Sebab terlalu banyak memberi sampai terasa seperti dipijak orang lain. Tidak diterima apa yang diberi. Juga tak mendapat apa yang diharapkan.

Salahkah aku untuk mengharap?
-----------------------------------------------------------------
Thank you for sharing your joice and pain with me...
For showing me that i'm so special...
That my contribution count to our friendship...
-----------------------------------------------------------------
Aku pernah cuba. Untuk menghulurkan tanganku. Memegang erat tangan sahabatku. Tika mereka dalam kesedihan. Tapi ianya tak semudah yang aku sangkakan. Akhirnya aku kembali terluka. Aku fikir mereka memerlukan aku. Ya, seperti dalam kebanyakan mitos tentang ukhwah. Hambar. Sungguh. Terasa seperti langsung tidak diperlukan malah menyusahkan. Huluran tanganku tidak dihiraukan. Jikalau beginilah, tidak perlu lagi untuk aku bersusah payah torgocoh-gocoh memberi huluran tangan. Hujungnya, terluka sendiri.
-----------------------------------------------------------------
I have grown as a person...
And i hope you have too...
-----------------------------------------------------------------
Mengharap. Aku pun manusia biasa. Pernah merasai kejatuhan. Kesedihan. Lumrah. Tapi, salahkah aku untuk mengharapkan adanya insan yang digelar sahabat berada di sisi? Atau itu hanya satu mimpi. Oke. Jadi, jangan salahkan aku jika aku kata ukhwah itu sekali lagi mitos semata. Kerana itu yang aku dapat. Aku dah puas mencuba. Memberi. Tapi tidak diterima. Mengharap. Tetapi tidak berbalas.
----------------------------------------------------------------
Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
----------------------------------------------------------------
Oke. Sebak. Sudah. Biarkan aku sendiri. Aku ulang, tinggalkan aku sendiri.
----------------------------------------------------------------
I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
--------------------------------------------------------------
Teresak-esak. Sebab, betapa jauh pun ingin aku larikan diri, menyendiri dari kalian, tapi hati aku tak mampu berdusta. Aku sayang kalian. Tetapi kenapa. Salah siapa. Lagi aku ingin lari, lagi hati ini kuat mengatakan untuk kembali. Aku tak boleh. Aku tak boleh hidup sendiri. Aku yang memerlukan kalian. Oh, salah siapa?
-------------------------------------------------------------
Never ever say goodbye to yesterday...
Cause yesterday was so special and wonderful...
And i hope tomorrow will be better...
Thank you for everything...
------------------------------------------------------------
Aku sedar. Aku lah yang seharusnya berubah. Mengubah persepsi. Memberi bukan dengan matlamat untuk menerima balasan. Ya, aku sedar itu. Akhirnya. Memberi dengan penuh keikhlasan. Tanpa mengharapkan balasan. Ketenangan hati yang aku rasa. Biar nampak seperti tidak diterima. Kerana apa? Kerana kini aku mula mengerti. Ukhwah seharusnya dari kedua-dua pihak. Kini aku mengerti, tidak semua orang serupa. Ada yang jika menghadapi masalah, lebih suka untuk bersendiri seketika. Dan ada yang memerlukan bahu untuk bersandar. Ya, sifat semua berbeza. Jika aku yang memerlukan mereka, seharusnya aku yang pergi mencari. Bukan hanya menunggu. Jika mereka memerlukan masa untuk bersendiri, maka itu yang perlu aku beri. Erti hidup pada memberi. Memberi yang sepatutnya. Bukannya memberi apa yang aku rasa mereka perlu. Sebetulnya memberi apa yang mereka perlu.

Matang. Dalam ukhwah juga perlu. Yang tak perlu, melayan perasaan-perasaan yang dicipta sendiri. Oke. Dapat. Semangat baru untuk berukhwah. Moga berhasil kerana Allah. Aku mencintai sahabat-sahabatku kerana Allah yang suruh. Aku berbuat baik kerana Allah yang suruh. Noktah. Ini pendirianku. Erti hidup pada memberi. Memberi biar yang beerti. Dan aku kembali percaya, ukhwah bukan mitos semata.
----------------------------------------------------------
Thank you for simply being there...
On a cloudy day, on a sunny day...
Thank you for sharing your joice and pain with me...
For showing me that i'm so special...
That my contribution count to our friendship...
I have grown as a person...
And i hope you have too...
-------------------------------------------------------
"Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa hati ini telah bersatu,bernanung di bawah cintaMu.Maka kuatkanlah ikatannya, moga kekal hingga ke syurga"
 
Nasyid : Thank You
Munsyid : Mirwana 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::