::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Monday, December 19, 2011

Lihat dengan mata hati

Bismillah...
Isu ni patut dipandang serius oleh semua umat Islam. Letak ke tepi dulu soal politik, yang pasti kita bersatu hati menentang puak2 yang jelas2 menghina hukum Allah. Hebat sangatkah undang2 negara kita sampaikan undang Allah dihina? Tak percaya, tengoklah video ni. 
Dalam sembang rakyat ni, ada disebut, "kalau guna hukum hudud pun, tak jadi apenye, lagi teruk jadinya". Masya Allah. Teruk tahap apa mereka ini smpai dihinanya hukum Allah? Ingat! Allah ada tegaskan dalam surah Al Maidah 3 kali dalam ayat 44, 45 dan 46. "Siapa yang tak berhukum dengan hukuman yang diturunkan Allah, kafirlah dia/ zalimlah dia/ fasiqlah dia" 
Salah satu sebab yang boleh membawa murtad ialah dengan perkataan. Contohnya, apabila kata-kata tersebut menolak hukum-hakam Islam atau menghina apa-apa ajaran Islam. Apa peranan kita sebagai anak muda Islam bila melihat agama Allah dihina sebegini rupa? Andainya Saidina Umar dan Khalid Al Walid  hidup lagi sewaktu ini, pasti mereka akan bunuh orang yang biadab ni sepertimana Musailamah al Kazzab dan kuncu-kuncunya dibunuh dalam perang Yamamah.
Tambahan pula, dalam video sembang rakyat ni, pelakon2 nya bukan orang yang ahli dalam ilmu agama, pelakon perempuannya tak tutup aurat dan juga pelakon non Muslim yang membincangkan hukum Allah ni secara salah. Jangan lupa,  Rasulullah pernah bersabda: ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.'' Tak payah la nak bercakap tentang hukum hudud Allah kalau hukum Allah suruh tutup aurat pun tak buat!
Filem pendek Oley ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk Lagi Hudud PAS . Antara tuduhannya ialah hudud ni tak adil sebab orang Muslim je yang kena hukum, tapi non Muslim terlepas. Tapi jangan lupa pak cik oii, tak ada siapa pun akan terlepas di hari akhirat nanti. Jangan perlekehkan hukum Tuhan.
Bukalah mata hati untuk menilai yang mana satu baik, yang mana satu buruk. Kita dah besar panjang sekarang, bukan sekadar fikir nikah kawin je. Syeikh Hassan Al Banna pernah berpesan, "Setelah jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyyah, wajib ke atas tiap umat Islam untuk bekerja mengembalikan semula kegemilangan Islam walau di mana penjuru sekalipun".

Apa sumbangan kita pada Islam setakat umur kita hidup hari ini? 
copied from : Najah Solihah
Ya ALLAH, peliharalah Islam di dada-dada kami moga tak menyimpang dari kebenaran yang Haq. 

Saturday, November 12, 2011

Yakinlah

Bismillah...
Life's like a flute.
It may have several Holes and Emptiness,
But if we work on it, the same Holes and Emptiness produce Magical Melodies.

Sedang aku bersantai-santai di ruang makan, ibuku datang lalu mengambil tempat di hadapanku.

  "Kak Long, macam mane? Nak teruskan medik ke tak?"

  "Entah la ibu. Kak Long rase macam kak long tak mampu buat je. Dengan keadaan kesihatan kak long yang macam ni. Selalu sakit. Kak long takut kak long xdapat nak habiskan study"

  "Insyaallah boleh. Kak long jangan cepat mengalah. Study tu biar betul-betul. Susun masa elok-elok. Bila waktu tidur bila waktu study. Jangan tidur lambat. Tapi bangun awal. Kita yang sakit ni tak boleh ikut macam jadual orang lain. Mungkin orang lain cukup tidur 3 jam. Tapi kita mungkin kena 4 atau 5 jam. Jadi, kena rancang jadual elok-elok. Bagi kena dengan kita."

   "Tapi ibu, kalau dah waktu study pun macam ni..macam mana nak tahan dengan kerja nanti. Lagila tak boleh nak tidur lama-lama. Kerja kadang-kadang 24 jam. Kak long bukan takut tak boleh nak bawak study je. Kak long takut waktu kerja nanti."

   "Kak long....doktor tu kan cita-cita kak long dari kecik lagi. Ibu suruh jadi pensyarah kak long tak minat. Jadi ibu sokong cita-cita kak long ni. Dah tu, takkan baru separuh jalan dah nak mengalah? Ibu percaya kak long boleh. Kak long tahu, ibu dulu pun xyakin dengan diri sendiri. Dengan sekelip mata, ibu Allah tarik kesihatan ibu. Bukan sebab besar pun. Hanya jatuh terhempap dada. Tapi lepas tu, ibu dah tak kuat nak buat kerja-kerja berat. Asyik pucat. Tak sihat. Sampaikan ibu pernah kata yang ibu tak nak kawen. Sebab ibu rasa ibu tak mampu untuk mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak. Disebabkan kesakitan ibu ni. Tapi apa yang berlaku..dengan izin Allah ibu kawen jugak. Dan alhamdulillah dapat membesarkan anak-anak ibu. Macam hari tu, ibu memandu 5 jam tanpa henti. Kalau nak ikutkan kesihatan ibu ni, mesti la tak mampu. Tapi sebab apa ibu boleh buat semua tu..sebab semangat. Kita kena kuat semangat.

Kalau tengok orang yang cacat,..macam mana mereka boleh berjaya? Bukan sebab faktor kesihatan mereka berjaya tapi sebab faktor SEMANGAT. Bagi orang yang sakit macam kita ni, hanya faktor SEMANGAT yang boleh menguatkan kita. Kita tak sama macam orang lain. Jadi, kak long jangan putus asa. Ibu percaya kak long boleh."

   "Terima kasih ibu."

Petang yang kurasakan panjang. Selepas perbualan dengan ibu, aku mula memikirkan kembali..segala apa yang ibu katakan. Aku, bukan seorang yang mudah mengalah. Aku yakin itu. Jadi aku kena KUAT.

----------------------------------------------------------------------------------------

Rekaan semata. Tiada kena-mengena dengan penulis. Yang baik ambik yang kurang tambahkan. Selamat beramal! ^_^

Ya ALLAH, berikanlah aku secebis dari semangat pejuang-pejuangMu untuk aku berjuang di medan ilmu ini.

Friday, August 5, 2011

Ukhwah RETORIKA

Bismillah...

Em,mungkin ada antara anda yang dah pernah baca cerpen saya ni. Oho, saya hanya menerbitkannya semula. Sebab saya suka cerpen ni. [masuk lif tekan sendiri kan.huh]. Nak buat cerpen baru tengah mengalami blockhead. Neway, enjoy it. Dan apa-apa manfaat bolehlah diambil pengajaran. Yang kurang sama-sama topupkan.
----------------------------------------------------------------------------------
banyak nya bajuuuu
Waa..banyaknya baju yang belum dibasuh. Huh, petang ni ada mesyuarat. Malam ni ada program ringkas. Esok nak kena keluar buat kerja di luar. Aarrgghh..tensyennya macam ni.

Selalu saja begini. Bukanlah aku mengharapkan sangat orang terlebih mengambil berat. Tapi, mana perginya yang katanya ukhwah?? Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan idea yang berdegar-degar.

"Kita mesti menolong sahabat-sahabat kita. Sayang sahabat-sahabat seperti mereka adik-beradik kita. Tolong tanpa diminta. Itulah kekuatan ukhwah."

Aarrgghh..aku sudah jemu dengan mainan ayat-ayat begini. Semua ini hanyalah tipu semata-mata. Adakah ukhwah sehingga orang sanggup membasuh baju kita?

Di setiap program tarbiyah yang aku jalani, sering saja disebut.."ukhwah! ukhwah! ukhwah!". Tapi, aku rasa ukhwah ni hanya retorik semata-mata. Hanya disebut berdentum-dentum ketika ada perjumpaan. Dikupas ber'ela-ela' ketika dalam usrah. Dibentang pelbagai cara untuk meningkatkan ukhwah. tapi apa yang aku nampak hanyalah omokan kebohongan.

Sedang aku termangu sendiri di ruang perpustakaan sambil menyaiapkan kerja yang masih belum selesai, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar menandakan mesej yang baru masuk. Apabila sudah membaca mesej itu hatiku tersentak. Mesej tu datangnya dari salah seorang sahabatku bertanyakan tentang kain baju yang belum dibasuh. Katanya dia mahu menolong untuk membasuh baju-baju tersebut.

Aku menjadi seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Kerana terkejut aku terlupa untuk membalas mesej tersebut dan setelah selesai kerjaku aku pun bergegas pulang ke asrama. Masuk bilik tidak kelihatan lagi raga bajuku yang tidak berbasuh.

Aku pergi menjenguk dalam bilik basuh dan ternyata sahabatku itu sedang membasuh pakainku dengan tangannya. Aku menjadi terharu. Hatiku tersentuh. Sejak itu, pandanganku terhadap ukhwah berubah. Ukhwah ini bukanlah hanya untuk hebat diperkatakan. Tetapi adalah satu benda yang abstrak untuk dipratikkan. Andai tidak, ukhwah hanyalah satu retorika yang tiada sudahnya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Tidak beriman antara kamu selagi sahabatnya tidak dikasihi sebagaiman dia mengasihi dirinya."

Apabila ukhwah itu dipraktikkan baru terasa segala kemanisan yang selalu kita dengarkan. Masalah akan terasa ringan, segala kerja akan terasa mudah. Namun, untuk mempratikkannya bukan mudah. Apatah lagi untuk menjadi sehebat ukhwah kaum muhajirin dan ansar. Ukhwah itu sebenarnya indah andai kita pandai menghargai nilai sebuah ukhwah.

Ya Allah, kuatkanlah ikatan antara kami ya Allah.

Monday, August 1, 2011

live - life

Bismillah...
sy suka kucing sangat-sangat.huhu
Saya pernah membicarakan bab ini sebelum ini. Tapi secara ringkas. Kali ni nak berkongsi serba sedikit yang saya dapat dari talaqqi dengan Ustaz Haji Mutalib Maarof dari pondok Lanai waktu KOKUM di INSANIAH hari tu. Again, in points only =]

  • fitrah manusia mencari siapa pencipta
  • beza kita dengan orang agama lain : percayakan Allah dan mengesakan Allah
  • orang agama lain percayakan Allah tapi mensyirikkanNya
  • diturunkan al-Quran untuk mengenal Allah dan alam sebagai alamat
  • segala yang ada pada tubuh badan kita tak dak sapa yang boleh buat kecuali Allah
  • ikan di laut Allah bela bertan-tan boleh tapi manusia nak bela ikan sekoq pon belum tentu mampu
  • muka kita ada satu ni ja dalam dunia ni. bayangkan betapa bernilainya kita. kan kalau benda ada satu ja maksudnya sangat bernilai + spesel
  • tengok balik surah at-tin
Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? [95 : 1-8]
  • semua ada rezki masing-masing
  • sebab apa nak kenai Tuhan? sebab nak ucap terima kasih [bersyukur]
  • quran : petunjuk bagi manusia
  • untuk bersyukur : timbulnya hukum feqah
  • asas untuk beribadat : nak bersyukur kepada Allah
  • syahadah : tuntutan mesti kena buat
  • kita sentiasa dok dalam rahmat Allah tapi kenapa masih ada sujud syukur?
    • bersyukur : terima kasih kerana menjadikan kita sebagai khalifah : ibadah biasa
    • jiwa yang bersyukur : sujud syukur : kerana peroleh nikmat yang mendadak
  • fitrah asas kepada syahadah : aqidah
  • tujuan berkahwin : melahirkan anak-anak yang sujud kepada Allah : menyambung bersyukur kepada Allah
  • Allah ajar semua perkara [ISLAM]
  • apa sahaja ibadah yang menggunakan anggota ketuanya ialah SOLAT
  • ibadah yang meninggalkan ketuanya ialah PUASA
  • ibadah yang jenis guna harta  ketuanya ialah ZAKAT
  • aqidah? syahadah?
    • kepercayaan, pegangan dalam hati
    • yakin - kena ada yakin
  • Jika orang Islam faham betul-betul apa yang ada dlaam ibadah : mengajar untuk berjaya : akan menjadi umat yang terbaik
  • Kena tentukan / spesifikkan apa yang nak buat : ta'yin
    • nak jadi doktor - doktor apa? doktor jantung - ta'yin
    • bila dah spesifik baru boleh tumpu. kalau sekadar niat tak jadi apa pon
    • ibadah mengajar kita untuk MENENTUKAN secara spesifik - niat ibadah kena spesifik
  • Ibadah mesti tertib tapi kita tak kembangkan dalam kehidupan
  • kena yakin dengan Allah 100%
  • YAKIN modal untuk berjaya
  • Islam itu yakin
  • Walaupun ada duit beratus ribu tapi tak dak yakin tetap tak boleh buat
  • Nak bawak qeta [kereta] pon kena yakin
  • Bagaimana mengharapkan kejayaan di akhirat kalau tiada yakin???
Wallahu'alam~
Moga secebis pesanan ini dapat kita ambik ihtimam [perhatian] dan cuba untuk aplikasi dalam kehidupan walaupun sedikit. Bersama menuju ke daerah yang baru.

Allahummarzuqnal istiqamah ya Allah~

Monday, July 25, 2011

Peranan Mahasiswa

Bismillah...
berikan kami hak untuk bersuara
Alhamdulillah. Berkesempatan mengikuti forum pada 23 julai lepas bertempat di Pendang Lake Resort bersempena dengan program JOMEGA anjuran PERSADA dengan kerjasama urusetia belia kerajaan negeri Kedah. Bukan sebagai peserta. Sebagai komiti. Tapi ilmunya sama saja kan. Untuk semua sesiapa yang mahu mengambil manfaat.

Tajuk : Peranan Mahasiswa
Panel : Akh Idris Yussoff [mantan presiden GAMIS]
           Ukht Izzatie Aziz [mantan timb presiden SIGMA]
Moderator : Akh Fakhrur Ridzwan Othman [mantan YDP PERKEMAT DQ]

Jika dilihat dari satu sisi..tajuk ni, peranan mahasiswa..mungkin ada antara kita terbayangkan..peranan biasa di kampus. Apa yang perlu dilakukan sehari-hari. Sebagai mahasiswa. Belajar akademik. Terlibat persatuan. Oh NO! Bukan setakat itu kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-kakak-abang.

Tetapi jauh merangkumi sehingga peranan kita sebagai mahasiswa MUSLIM. Yang membezakan kita dari orang lain. Ya, dua kalimah syahadah. Yang membezakan kita. Jadi peranannya juga mestilah luar biasa. Ya tak ya? Hee..jadi ni antara beberapa isi yang sempat saya catatkan [salin dari orang sebenarnya.sori cik,mbk isi^_^]
----------------------------------------------------------------------------------------
  • ilmu semakin share semakin bertambah
  • ujian terhadap nabi yusuf yang paling kuat ialah ketika digoda oleh Zulaikha
  • tarbiyah yang hebat kepada nabi yusuf menjadikan dia seorang yang hebat
  • the more you know the more you behave
  • hidayah perlu dipohon daripada Allah
  • 'Allahumma zidna 'ilma : doa Rasulullah. Sedangkan nabi yang tinggi ilmunya juga memohon doa dari Allah apatah lagi kita ni manusia biasa yang lagi jahil
  • master your field
  • kalau ada orang bagi ilmu, bagi hati kat orang yang bagi tu [belajar sungguh-sungguh]
  • sesuatu ilmu yang menjadikan seseorang itu besar diri, ilmu itu sebenarnya dari syaitan
  • perlu jadi jiwa pendakwah, bukan jiwa penghukum
  • jangan cop orang lain tak baik
  • surah al-Furqan : sifat 'ibadurrahman
  • tanya pada mahkamah hati setiap perbuatan yang dilakukan
  • jadilah mahasiswa seperti air yang mengalir, jangan jadi seperti air yang bertakung (ada ilmu tapi tak sampaikan)
--------------------------------------------------------------------------------------
Ni antaranya lah. Means, peranan kita perlu lebih melebar. Meletakkan Allah dan Islam di hadapan. Bertindak dengan neraca Allah. Mematri perjuangan menterjemahkan Islam dalam setiap pergerakan. Oh. Kalau mahu dihuraikan panjang pulak nanti. Insyaallah boleh dibukak topik lain pulak nanti. Kali ini cukuplah dulu sekadar perkongsian isi yang sempat saya tuliskan.

Ya ALLAH, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam serta ilmu yang tidak bermanfaat.

Wednesday, July 13, 2011

semangat baru

Bismillah...

Alhamdulillah, masih sempat untuk bersua dengan Syaaban. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan. Allahu Allah..

Kesalahan. Ya, semua orang melakukannya. Termasuk aku. Sebab? Aku hanya manusia biasa. Yang tak bisa lari dari itu. Setelah itu? Cuba untuk bangun kembali. Menongkat bumi dengan secebis kekuatan. Hanya mengharap pada Yang Memberi Segala Kekuatan. Bukan mudah. Sudah tentu. Down? Lumrah.

Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Amanah yang tak tertunai. Kata-kata yang tak terbuat. Hanya mampu beretorika. Hampeh praktikalnya. Seolah-olah tiada guna. Terasa diri mengkhianati kepercayaan. Lemah dan kerdilnya diri ini. Seperti tidak mampu lagi untuk melangkah. Hanya mahu menjadi insan biasa. Yang hanya menunggu percaturan orang lain. Biarlah hanya menjadi bidak catur yang paling belakang. Kerana aku telah serik dengan kesalahan lalu. Terlalu ego yakin diri. Konon paling baik bisa melakukan semua. Ya ALLAH hinanya diri ini.

Tapi, aku percaya percaturan ALLAH itu maha hebat tiada tandingannya. Batu-batu kecil di jalanan hanyalah perkara biasa. Akanku jadikan batu-batu itu sebagai batu loncatan bukan batu sekatan untukku melangkah lebih jauh. Bergerak maju ke hadapan mengatasi segala kesilapan lalu. Manusia itu tidak akan belajar jika tiadanya kesilapan. Dari kesilapan-kesilapanku itu aku yakin dengan izinNya bisa menjadikan aku lebih baik dari apa yang aku ada. Aku harus bangun. Bangun! Kerana Islam tidak memerlukan orang yang lemah. Perjuangan Islam tidak menungguku. Biar yang berlalu menjadi kesan guru terbaik buatku.

Juga sahabat, aku memerlukan pertolonganmu. Sentiasa memberi sokongan padaku. Dalam waktu aku melakukan kesilapan mahupun tidak. Kerana aku percaya ukhwah itu merupakan satu elemen penting dalam perjuangan ini. Maafkan segala kesilapan lalu antara kita. Yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan tauladan. Kerna aku perlukan kamu. Walau aku terkadang melukakan hatimu. Doaku moga ukhwah yang terbina atas dasar aqidah ini kekal hingga ke syurga. Moga kita dapat berpimpinan tangan bukan sahaja atas dunia mengharungi cubaanNya malahan juga ke syurga.

Memandang hari hadapan dengan sinar yang baru. Mewarnai hati yang berbunga dengan semangat luarbiasa. ALLAHUAKBAR!!

~Tingkatkan ukhwah~
----------------------------------------------------------------------------------------
kat bawah ni saya letakkan skali lirik lagu yang saya sangat minat. tapi maksudnya saja lah. sebab lagunya dalam bahasa jepun.^_^


Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
 
That's right, breathe in a silent breath
Look to the vast sky, jump in
Take a break once in a while when it rains
Let the wind take the destination
All the regrets you carry
Can't let these scars go to waste
Carve an emblem into your arm, lets go  as long as we love
That's right,  from here on is the Show Time
 
Ah Like the past that lives in this fading polaroid picture 
Just like the days we hung out
We searched for a place so we can sit in the sun
We fought every day like this  The one step you gotta take for your desire
A real fight for yourself  Let's sing this song forever in this place
 
Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
 
Morning dawn tells you the beginning  Between the borders of dream and reality
What's Say until the day my voice dies away
keep on truckin' Another Day
All aboard ready to go  Develop a single road yeah
Soon flowers bloom along the way  And will spread its wing toward the future
Reality burdens real heavy but go for the top  Like a No Culture
A monkey can only be a monkey Oh
One can only be himself Yo
Before you worry about tomorrow with your head down
Be what you wanna be today
Rebirth,  today's a fine day  I've got nothing to worry for
 
Reality leans heavy on me
And it's torturing me 
Nothing comes easy
I know that well enough
 
Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
With all the regrets I've gone through
I'll be a person with taste
Even turn sadness into a wind
Keep on going strong, and it'll all be good
 
That's right, breathe in a silent breath
Look to the vast sky, jump in
Take a break once in a while when it rains
Let the wind take the destination
All the regrets you carry
Can't let these scars go to waste
Carve an emblem into your arm, lets go  as long as we love
That's right,  from here on is the Show Time
 
[naruto 4th ending song : ALIVE] 

Sunday, July 3, 2011

Kaedah memupuk ukhwah

Bismillah...
mcm kenai ja gmbq ni..huhu..
Alhamdulillah...masih lagi mampu menari atas papan kekunci..setelah sekian lama terkunci di alam sendiri..

Ukhwah sesuatu yang praktikal.
Bagaimana mungkin untuk dimanifestasikan ukhwah itu..bergantung pada empunya diri.
Hanya tindakan yang mampu menunjukkan nilainya.
Bukan hanya dengan retorik kata-kata.

Ni antara kaedah yang boleh diamalkan untuk memupuk ukhwah. Bagaimana pun hanya diri sendiri yang merasai. Yang mampu untuk menterjemahkan nya..moga bermanfaat.

  • nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu
  • berdoa untuk sahabat-sahabat
  • mesti ada sentuhan [same gender only OK!]
  • bermanis muka apabila bertemu
  • ceria dengan kawan
  • mengenali apa yang disukai dan apa yang tak
  • memahami kawan
  • menghormati
  • menghargai
  • menerima seadanya
  • memaafkan
  • bersangka baik
  • bersama
  • berinteraksi
  • bersama berduka
  • memberi dan menerima
Mengapa BERUKHWAH?
.arahan Allah
.suruhan nabi
.fitrah insan

KESANNYA??
.ilmu yang bermanfaat
.aqidah
.ibadah
.akhlak
.istiqamah melakukan perintah Allah
.gerak kerja teratur

Ya ALLAH, kuatkanlah ikatannya ya ALLAH.

Wednesday, June 22, 2011

TAUJIHAT untuk belia

Bismillah...

[nak uplod video.tp line slow motion.maka xdapat.so silalah pergi sendiri=)..di sini >> semarak perjuangan]

Saya berpegang kepada ini :

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
 (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Antara beberapa isi taujihat dari Ustaz Ahmad bin Yahya Kedah yang sempat saya coretkan :

1) Kita adalah ASET AGAMA (harta agama)
  • Harta kepada agama, negeri, tanah air, masyarakat, keluarga dsb.
2) Cara nak jaga HARTA ini (kita)
  • Mesti diberi ilmu yang lengkap - fardhu ain (syariat), aqidah, akhlak
3) Jangan hanya pandai baca buku tapi tak endah langsung hal sekeliling

4) Bila sudah ada maklumat mengenai dunia luar, kita mesti dan WAJIB jadi penyelamat untuk agama.

5) Pemimpin ialah seorang yang sentiasa menjaga solatnya!!

"Ya Allah, aku adalah harta agamaMu ya Allah, tambahkanlah ilmu padaku agar aku boleh manfaatkannya, berikanlah padaku kekuatan agar aku mampu untuk menjadi penyelamat kepada agamaMu"

Tuesday, June 21, 2011

ukhwah itu


---------------------------------------------------------------------------------------------Bismillah...

Bulan berganti bulan, hari berganti hari, namun hari yg ku lalui sunyi tanpa teman rapat disisi. Terkenang sahabat2 tercinta tika bersendiri. Hmm, ape yg dieorg tgh bt agk nye ek..??

Namun hakikat ukhuwwah bukanlah bersama sahabat senantiasa, walhal mendoakan sahabat juga adalah salah satu dari tuntutan ukhuwwah. Itulah hak sahabat keatas sahabat yang lain.

Imam Al-Banna menyarankan kita supaya mendoakan sahabat dengan Wirid Ar-rabithah dimana jika dihayati maknanya amat mendalam untuk diadaptasikan.

Aali - Imran : 26 - 27
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26)

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau menyetahui bahawa hati2 ini telah sepakat utk mengasihiMu, bertemu utk mentaatiMu bersatu utk dakwahMu, berjanji utk menolong syariatMu. Ya Allah eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati2 ini dgn cahayaMu yg tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadapMu juga dengan tawakal kepadaMu. Hidupkanlah hati2 ini dengan makrifatMu dan matikanlah dia dalam syahid demi memperjuangkan jalanMu, sesungguhnya Emgkaulah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong. Ya Allah kabulkanlah permintaan ini."

Hmm, rse mcm familiar la doa2 ni, kt mne ek..?? Haa dalam ma'thurat laa, hehe kesimpulamnya jom la kita baca ma'thurat hari-hari pagi dan petang semoga doa yg kita mohon ini mendapat tempat disisi-Nya dan diqabulkannya. Ameen.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Btw, ni jugak salah satu cara utk beribadat, ianya ibadat sunat, ibadat yg amat disarankan utk diperbanyakkan, walhal yg ibadat wajib nak x nak mmg kne bt da..hee..renungkan

Ya ALLAH, kekalkanlah kami dalam cintaMu.

Wednesday, June 8, 2011

jom jadi hamba^_^

Bismillah...

Katakan la kan..ditakdirkan..tiba-tiba ja lepas baca baris yang aku tulis ni..tiba-tiba ja nyawa ditarik. Hoh, tak tergambar kot. Allah.. oh, aku masih belum bersedia untuk mati. Sebab banyak benda lagi aku tak buat untuk jadi bekalan. Dan ditanyakan.. UNTUK APA KAMU HIDUP??? Ngee..nak jawab ape..


oh..saya sangat semangat nak tau..hehe..^^,
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab. Tapi...ada tujuannya..oho..aku tahu..kita dah belajar dalam PAI kat sekolah menengah kan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.[ad-zariyat : 56]
1. Ya, untuk beribadah kepada ALLAH semata-mata. Huh, xkan nak solat je xbenti..oh tidak..jangan berfikiran begitu =]..tak semestinya ibadah tu solat je kan..
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [al-baqarah : 30]
2.Untuk jadi khalifah di muka bumi ni. Oho, memang Allah memilih manusia untuk jadi penjaga bumi ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-an'am : 165]
3.Untuk memakmurkan bumi ni dengan PERATURAN-PERATURAN ALLAH. Bukan merosakkan.
oh...tolonggg..
Jangan bimbang..sebab Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat. Oh, kita pasti mati dan akan hidup di dunia akhirat yang kekal abadi.
---------------------------------------------------------------------------------------

Jadi..berbalik kepada ibadah ye. Macam mane nak sentiasa beribadah? Bukan hanya di atas tikar sejadah..??
cmne tuh..??
# ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. 

#Ibadah dari segi bahasa : patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.


#Dari segi istilah agama Islam : tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

#Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.

#Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan, dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak, ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia.
waa..betulke..?ni semangat ni..lagi3..

#Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah ibadah.

#Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.

#Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.


#Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha’ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.
oke..paham!! [^_^]
#Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.
----------------------------------------------------------------------------------------

Hoohoo....macam senang je kan rupanya nak beribadah ni..Jom beribadah jom!!! Hee..sedia bekalan awal-awal..=]
oke..sy nk ibadah dh ni..tidur dulu..moga lps ni ada kekuatan untuk buat ibadah lain pd Allah..=)
----------------------------------------------------------------------------------------------
By the way, jaga aurat jugak IBADAH. Jadi, jom jaga aurat jom!!! Stokin comel yang baby punya tu pun orait wat..kan..kan..kan..asalkan pakai..jom3...dah alang-alang tu..jom tengok kempen aurat kat blog Mr.AnOnymOUs jom!!!! Sangat KIUT!!!



Tuesday, June 7, 2011

Basikal dan aku..

Bismillah...
digital mukmin punya..adeyh..i want d camera badly!
Nak mengarut kejap...
Biasela, tangan dah kejang...
Banyak dosa mungkin...
Tringat kat orang jauh banyak sangat kot...
Cuba untuk kurangkan...
Buat-buat sebok..?
TRY..
Tapi, apa salahnya?
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak lagi waktu kita fes time blaja naik basikal..?? Waaha..bes kan..n_n.. Waktu tu umur baru mencecah 5 tahun. Semangat sungguh nak blaja naik. Sebab jiran yang dajah dua tu dah naik basikal. Walaupun basikal ada tayar tiga, tapi apa aku peduli kan. Basikal, basikal jugak.

Mula-mula naik memang kena orang tuntun. Kalau tak alamatnya tungging la atas tar tu. Bila dah orang tolak dan boleh gerak sendiri, stereng [handle basikal] pulak asyik je melelong. Almaklumlah, tak pandai nak kawal stereng lagi. Terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Tapi, usaha jugak. Teruskan jugak. Sampai berjaya kawal stereng tu jadi stret. Dan semua ni mana boleh buat sendiri kan. Kena ada orang tolong. Bila time stereng tu naik syeikh, orang lain la yang tolong pegang kot belakang supaya tak terbalik. Bila tayar terhentak batu kecil, jadi gelong ala-ala nak terbalik, orang lain akan tolong pegang basikal tu supaya keep stable. Hoho..seronok kan..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata hidup ni, sterengnya kita yang pegang. Bila kita rasa dah termelencong skit ke arah lain, maka kita jugaklah yang kena kontrol balik stereng tu. Pegang kejap-kejap. Supaya boleh stret balik. Pegang brek tangan kalau dah laju sangat. Kadang-kadang tu terbuat silap umpama terlanggar batu-batu kecil, tayar pun jadi gelong, bawak pun terhuyung-hayang. Tapi, still brek kita yang pegang. Handle pun kita yang pegang. Jadi, kitalah yang kena kontrol bagi elok balik.

Susah jugak kan. Sebab tu kena ada kawan tolong. Or you can name it sahabat, adik-beradik, whatever you wish. Kena ada orang jugak untuk tolong pegang dari belakang. Untuk tahan dari terus jatuh tersungkur. Sebab kalau dah jatuh tersungkur..sakitkan. Sampai kadang-kadang rasa macam dah tak mampu nak bangun balik.

Baru belajar naik basikal - baru belajar erti hidup - zaman yang baru - umur mencecah 20an - bukan senang. Kena ada kawan seiring, yang sudi memimpin. Bukan menghukum. Andai tersalah arah, menjadi penunjuk jalan. Bukan tuan hakim yang menjatuhkan hukuman. Bukan juga radio buruk yang suka menyebarkan berita. Kerana tersalah itu lumrah dalam belajar erti hidup. Mana mungkin lurus aja jalannya. Jadi pendengar yang setia? Oh, itu juga perlu. Dan menasihati. Tapi secara lembut. Kerana usia ini terlalu sensitif nalurinya. Umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat, tepung tak selerak.

Bukan mudah. Kena berjiwa besar. Bukan pandang yang bersalah sebagai pesalah. Tapi pandang sebagai orang yang perlu didekati dan diselami. Ya, tujuannya sama. Untuk membawa kepada jalan yang benar. Tapi cara itu yang berbeza. Oh, dan aku..aku pun sama. Baru belajar naik basikal jugak. Dan pernah melelong. Stert balik. Melelong balik. Stret balik. Jadi, jangan marah aku. Aku tahu bila masa aku tersalah. Aku cuma perlu kekuatan. Oh, aku tak tahu la orang lain bagaimana. Mungkin mereka tak serapuh aku.

Ubah pendekatan. Matlamat yang sama. Mungkin lebih diterima.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Oh, sungguh, aku rindukan kalian orang jauh. 
sahabat-sahabat maahadku yang aku cuba untuk buang jauh dari memori.
adik-beradik usrah DQ yang aku cuba melarikan diri.
sahabat-sahabat UIA yang aku sengaja tak kontek kalian.
dia yang entah bila tahun akan berjumpa.
oke, aku juga manusia.
maafkan aku


Ya ALLAH, ampunkan aku andai ada tuturku yang dusta tanpa aku sedari.

Friday, June 3, 2011

Ighfirli ya Rabbi..

 

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekelian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, dari segala dosa. 

Ya Allah ya Tuhanku tambahkanlah ilmu yang manfaat kepadaku.
Dan terimalah amalanku.

Yang memberi rezki yang luas.
Dan terimalah taubatku taubat nasuha.

Dan ini rahsia seruanku (doaku padaMu).
Dan aku berharap moga dipermudahkan.
Aku adalah seorang hamba yang fakir.
Sesungguhnya kami fakir dan memerlukan.

Dan cukupkanlah aku dengan ilmu-Mu ya Rabbi.
Dengan soalan dan pilihanku.

Ya Tuhanku yang menguasai diriku.
Engakau Maha Mengetahui bagaimana hamba-Mu ini.
IGHFIRLANA YA RABBANA...

Wednesday, June 1, 2011

Ma'rifatullah

Bismillah...
mencari diri di daerah itu...
Kalimah Syahadah yang pertama ini adalah kalimah tauhid. Demikianlah yang dapat kita simpulkan apabila kita mengucapkan:
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله

Kerana padanya terdapat penafian iaitu (لاََّ إِلَهَ) dan isbat (إِلاَّ الله). Iaitu :

1. menafikan segala bentuk tuhan yang layak disembah [nafi]

2. dan diabdikan diri kepadanya dan mengakui secara sabit dan tetap bahawa ALLAH sahajalah TUHAN yang layak disembah. [isbat]

Secara kesimpulannya, makna pengakuan kita pada syahadah yang pertama ini adalah pengakuan pada kalimah tauhid iaitu kita mengakui keesaan ALLAH S.W.T dengan menolak segala unsur-unsur yang mensyirikkan-NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Termasuk dalam pengertian syahadah yang pertama ini ialah kita beriman kepada ALLAH dan mentauhidkan-NYA pada tiga bahagian tauhid sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama , iaitu:

1.Tauhid Rububiyyah


Pengakuan bahawa ALLAH adalah Tuhan bagi sekalian alam –Dialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkannya.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "..Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."  
Surah al-A'raf: 54

2.Tauhid Uluhiyyah 

Pengakuan dan kepatuhan bahawa ALLAH sahaja yang layak disembah dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepadaNya semata-mata.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” -
Surah al-Bayyinah: 5 

3.Tauhid Asma' wa Sifaat
Pengakuan dan keimanan kepada Nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH yang Tinggi dan Mulia dan mensucikanNya daripada segala sifat-sifat kekurangan.
Firman Allah:

 
Maksudnya: "Dan ALLAH mempunyai Nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut Nama-nama itu, .." - 
Surah al-'Araf: 180
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kewajipan Kita Terhadap Tauhid

# Setelah kita mengucapkan dan mengakui kebenaran kalimah tauhid ini, kita bertanggungjawab untuk memikul dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya.
 
1.Kita tidak akan mencari tuhan selain ALLAH.
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?"
Surah al-An'am: 164

2.Kita tidak akan mengambil selain ALLAH sebagai Pelindung
Firman ALLAH S.W.T:
 
Maksudnya: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pelindung-pelindung dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari ALLAH dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali."
Surah Ali 'Imran: 28
 
3.Kita tidak akan berhukum dengan selain hukum-hakam dari ALLAH.
Firman ALLAH Ta'ala:
 
Maksudnya: "Sebenarnya hukum itu hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Surah Yusuf: 40
--------------------------------------------------------------------------------------------------
# Jalan yang lurus hanyalah ISLAM.
And, [moreover], this is My path, which is straight, so follow it; and do not follow [other] ways, for you will be separated from His way. This has He instructed you that you may become righteous. [al-an'am : 153]
 # Cara untuk mengembalikan kesatuan hanyalah kembali kepada Islam dengan melaksanakannya secara menyeluruh.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[al-baqarah : 208]
# Adalah WAJIB untuk memperjuangkan aqidah Islam. Menegakkan Islam itu wajib maka perjuangan itu wajib. Maka berada dalam organisasi Islam itu juga adalah WAJIB.
 
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
 # Sirah : Mus'ab bin Umair [tekan sini untuk baca]

# Mengapa sanggup berkorban : kerana AQIDAH yang SEJAHTERA
 
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).[muhammad : 19]

# Tidak cukup hanya dengan mengucap kalimah syahadah dan berpuas hati setakat itu sahaja. Kena faham dan tegakkan apa tuntutan kalimah syahadah.

# Bila mengucap kalimah syahadah ada beban yang tergalas. Kena MATI dengannya. Bila dah tanggung kena jawab. Baru jadi TANGGUNGJAWAB.

-WA-
rujukan di sini
 
YA ALLAH, tetapkan hatiku pada jalanMu.

Monday, May 16, 2011

hidup..seperti kitar air..

Bismillah...
by : xeroff, location : cfspj
Kehidupan di dunia..hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah tanaman akhirat.
 
al-kahfi : 45

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Kahfi : 45]


EXAMINATION


Examination..kalau tibanya waktu exam..

Makan pun jadi tak ikut waktu..megi pun megi lah..exam punye pasal..
Tidur pun aci-aci dua tiga jam cukup la..exam punye pasal..
Segala macam game..online..tolak tepi..exam punye pasal..
Muka pun dah macam zombie tak ingat dunia..exam punye pasal..
Sembang pun benda-benda ilmiah setiap mase..exam punye pasal..
Ibadah pun berganda-ganda...exam punye pasal..
Jalan mane pun buku di tangan...exam punye pasal..


Bile tiba hari exam..dua tak pun tiga jam aje dalam dewan. Tapi, usaha yang dibuat gile bersungguh-sungguh. Untuk ape? Untuk berjaye dalam exam yang dua / tiga jam cume.


LIFE


Kehidupan di dunia ni..ibaratnye seperti persediaan. Persediaan untuk menghadapi exam di akhirat. Tapi bersungguhkah aku? Allah bagi mase setiap orang berbeza. Untuk melakukan persediaan untuk menghadapi examination akhirat yang Maha Dahsyat. Maha Telus. Sikit pun tak dilupa untuk marks. Dan mungkin sahaja esok sudah tamat waktu untuk kita berusaha itu? Siapa tahu. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan seharian seolah-olah kuiz dan tutorial yang bakal dipersembahkan. Online presentation mungkin?


Tapi, bersungguhkah aku untuk menghadapinya? Cukupkah bekalanku? Sepenuh dayakah aku berusaha? Allah...


"how could I be so engaged with this dunia..Ighfirli ya Rabbi.."


"the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

Sunday, May 8, 2011

Jom jadi wanita solehah

Bismillah..
illustrator : xeroff
Heehee..em, mungkin disebabkan terlalu banyak masa terluang, maka ini yang saya buat nye. Em, kualitinya sangat lah buruk sebenarnye. Disebabkan buat dalam kemalasan. Tona warna pun jadi cam compang camping je. Tibai je tak ikut prosedur. Haha..

[dilukis dan diwarna menggunakan : drawing tablet : genius, ap : cs3]

Jadi, bagaimana ye nak jadi solehah ni? Em, definisi solehah ini abstrak jika mahu dikupas secara terperinci. Tapi cukup lah secara umumnya menjaga segala hak-hak Allah, mentaati ibu bapa selagi belum berkahwin dan berakhlak mulia.

Jika dikupas menjaga hak Allah tu sangat luas ya dak..??? Melaksanakan segala apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarang.

Dan sinonimnya wanita..sifat HAYA'..iaitu malu..mahkotakanlah ia moga kamu diredhai. Ameen...

Friday, May 6, 2011

Maaf

Bismillah...
kesatlah air matamu...
 "Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai"

Huh, keluhan berat dilepaskan. Membawa bersama resahan hati yang bersarang. Mutiara jernih sudah mula bergenang. Hangat. Dan menyakitkan. Meski bukan pada zahir fizikal. Tapi sakitnya hanya Allah yang tahu. MAAF. Ya, satu perkataan yang ringkas. Tapi berat. Berat untukku memberi. Ia bukan semudah yang disangka. Bila hati sudah hancur sebegini. Aku - juga manusia biasa. Punya hati dan rasa.

Mungkin MAAF mudah untuk diberi secara lisan. Kerana apa? Kerana lisan bisa sahaja berdusta. Tapi hati? Mana mungkin hati ini berdusta. Meski mulut memberi maaf tidak semestinya hati. Apakah ini?? Adakah ini dendam?? Allah..ampunkan aku. Terkadang ya, hati ini mengaku memberi maaf seiringnya dengan lisan. Tapi, ingatan ini masih tidak luput dengan kesalahan itu. Adakah ini juga dendam? Allahu Allah...
___________________________________________________________________

       Adakalnya kita merasa kesalahan itu bukan datang dari pihak kita. Namun, kita hendaklah berlapang dada dan bersedia memaafkan. Kita sebagai manusia biasa tidak akan terlepas daripada melakukan silap sama ada secara sedar ataupun tidak.

      Sikap suka memberi maaf tidak akan wujud selagi  tidak ada rasa bersalah dalam diri atau masih ingin menyalahkan orang lain. Ada orang boleh memberi maaf namun hatinya masih marah apabila mengenangkan kesalahan yang dilakukan orang terhadap dirinya.

       Apa yang penting di sini ialah ketidakpuasan hati jangan ditunjukkan melalui sikap. Sebaik-baiknya kita hendaklah memberi maaf dengan hati yang redha. Lupaka segala kesilapan mereka. Semua ini memerlukan MUJAHADAH yang kuat dan berterusan.

       Beruntunglah orang yang suka memberi maaf. Di dunia lagi sudah memperoleh ketenangan hati sementara di akhirat mendapat ketengan yang kekal abadi. Oleh itu, pandanglah setiap perselisihan sebagai perkara yang kecil, supaya kita dapat menguasai dan menyelesaikannya.

       Fikirkanlah bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Matlamat kita yang sebenar ialah semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Saling memberi maaf adalah perbuatan yang mulia. Berilah maaf tulus dari hati. Bukan hanya sekadar RETORIK di mulut. Kelak membawa bekas dalam hati.

Tidak akan hina seseorang yang gemar memberi maaf malah dia akan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah.

p/s : berlapang dadalah dalam persahabatan. sabar dan berilah maaf dari lubuk hati yang dalam. kerana orang yang berukhwah kerana aqidah kepada Allah sahaja yang akan mengenali sahabatnya di akhirat kelak.

Ya ALLAH, kurniakan aku sabar supaya aku bisa mengharungi ujianMu ini.

Wednesday, May 4, 2011

Sabar

Bismillah...
bersama menuju ke daerah SABAR
Lama menyepi..
.ingin mencari ruang diri..
.ingin mempunyai waktu untuk diri sendiri..
SUDAH. ITU HANYA ALASAN.
.kerana apa?
.kerana tanggungjawab dai'e itu tidak pernah berhenti..
________________________________________________________________________

al-baqarah : 153
Ya, sabar..
Sabar itu bagaimanakah..?
Sabar itu bisa diukurkah..?
Sekadar apakah sabar itu perlu..?
Adakah aku seorang yang sabar..?
_______________________________________________________________________

       Menjaga hubungan hati dengan ALLAH ternyata adalah sangat penting. Dan bukan semudah memetik jari. Sekiranya ujian yang Allah timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan Allah. Setuju? Gambarkan bagaimana? Sudah tentu Allah murka.

       Katakanlah kita berdoa kepada ALLAH agar diberi nikmat sahaja. Jika kita diberi nikmat sahaja adakah kita mampu bersyukur setiap saat? Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan bahawa apabila bertambahnya rezeki, kita akan melipatgandakan kebajikan? Kita akan menambah sembahyang sunat, khidmat kepada orang ramai, menambahkan sifat pemurah dan sebagainya.

       Adakah kita mampu melakukan sedemikian? Jika tidak mampu, terimalah apa yang ALLAH timpakan kepada kita dengan SABAR dan REDHA. Jangan membangkang kerana Allah bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tidak memahami.

       Sebagai contoh, waktu anak-anak bermain di tepi jalan ketika kereta lalu-lalang, kita merasa bimbang dan memanggilnya pulang. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, "Tidak ada otak ibu ayah aku ini, sakit telinga aku dipiatnya."

      Tetapi sekiranya anak itu faham nescaya dia akan berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkannya daripada musibah. Mana yang lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tetapi anak tersebut tidak memahami didikan ibu bapanya, lalu dia menjadi marah. Padahal dia cuma dijentik dan dipiat telinga.

      Begitu juga jika Allah tidak memberikan kesusahan dan ujian kepada kita, apakah yang akan berlaku? Oleh itu, Allah menguji kita dengan kesusahan untuk melepaskan kita daripada penderitaan yang besar di akhirat. Tetapi, jika kita faham seperti fahamnya anak terhadap tindakan ibubapa, sudah tentu kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

al-baqarah : 155-157
Sungguh, untuk bersabar atas setiap ujian itu bukan mudah. Mari sama-sama kita menuju ke daerah SABAR.

P/S : Bersabarlah dalam persahabatan kerana di hujungnya terdapat manisnya ukhwah yang didasari iman. Sahabat hanya pinjaman. Buat bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan.

Sunday, April 24, 2011

External Force is Needed [02]

Bismillah...
menulis dengan mata pena
Banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan. Tetapi mestilah mengikut suasana dan situasi. Sama ada tegas, santai, garang, main-main..anda pilih. Hikmah itu berbeza bagi setiap manusia.
--------------------------------------------------------------------------------------
Ada yang boleh terima dengan cara yang tegas. Teguran secara terus.
[[dalam meeting..]]
muslimin : ana cadangkan..bla..bla..mcm mana kalau kita buat bla..bla..
muslimat : (hanya mengangguk)
[[keluar meeting]]
teett2..inbox opened.."kenapa nti diam ja? lain kali baik tak payah buat meeting campur kalau macam ni. macam meeting dengan tunggul! meeting dengan tunggul pun lagi baik dari meeting dengan nti."

bagaimana??haha..konfem si muslimat tu untuk meeting2 yang seterusnya akan berusaha untuk mengeluarkan pendapat. tapi, bukan semua orang boleh terima macam ni. jadi, awas! jangan suka hati ja hentam orang macam ni ya! tengok orang laa..
------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin juga boleh dibuat perang psychology.
Presiden menulis di hadapan sebelum meeting bermula. "Semua wajib bersuara".
Presiden : Semua boleh baca ke apa yang ana tulis ni? Kalau ada yang tak bersuara, kena bagi tazkirah kat depan habis meeting ni.

Em..oke ke macam ni?? Err..tak taula..tapi insyaallah laa..belum cuba belum tau kan..tapi mesti akan usaha untuk cakap jugak. Sebab ape, kalau tak cakap kan dah kene bagi tazkirah kat depan. Anyway, tazkirah kat depan pun good what.. At last semua becakap jugak..kan3...hehe..
-----------------------------------------------------------------------------------
Kenakan kawan kita!!! [sangat seronok kalau buat]
kawan : psst..ko tolong cakap jap..cadangan ni..bla..bla..
kita : ehem..perhatian..kawan saya ada cadangan nak bagitau.

lepas tu kita pun tenung kawan kita. orang lain pun tentu akan tertunggu-tunggu untuk kawan kita cakap. Dalam masa yang sama kita push la skit.."cakap la..cakap la.." Dan push tu bagi semua orang dengar.. jadi kawan kita tu terpaksa la bercakap. Jahat tak??? Tidak kot..untuk kebaikan apa..tapi kalau yang rasa sebaliknya terpulanglah..hikmah itu berbeza bagi setiap individu.
----------------------------------------------------------------------------------

Banyak lagi yang boleh diusahakan. Tapi cukuplah setakat ini yang saya kongsikan. Dan semua di atas adalah pengalaman saya sendiri. Pedih jugak awal-awal.. Tapi alah bisa tegal biasa.. Kita hanya mampu berusaha. Untuk yang terbaik. Bukan hanya untuk diri sendiri sahaja tapi juga sahabat-sahabat kita. Moga sama-sama beroleh manfaat.

----------------------------------------------------------------------------------


*Bagaimana untuk mengeluarkan idea yang bernas???? Jeng3..

ILMU + PENGALAMAN + KEMAHIRAN = idea bernas

Gabungkan ketiga-tiga di atas. Insyaallah anda mampu. Contoh : permasalahan : bagaimana nak menyebarkan maklumat secara pantas dan menyeluruh. Cadangan : Edar risalah [ilmu]..kalau tengok edar risalah ni boleh sampai kepada semua. Dan boleh menggunakan tenaga ahli kita untuk edarkan di setiap asrama macam yang pernah dilakukan sebelum ini [pengalaman]..dan kalau memerlukan seseorang yang boleh urus insyaallah saya / dia / sekian2 boleh menguruskan [kemahiran]..

Sekian sahaja dan selamat beramal!!!

Ya ALLAH, berkatilah kami dalam setiap urusan kami.

Wednesday, April 20, 2011

External Force is Needed [01]

Bismillah...
high force implemented
Pernah dengar external force tak? Eh, melayu nye tekanan luaran. Tipula kalau ada yang tak tahu. Sebab kalau bukan budak BIO pun, masa skolah menengah dalam subjek sains pun mesti ada. Tapi kalau yang tak bape ingat jugak tu, jom kita refresh!

Kalau buat experiment kat lab, terutama skali kimia..term 'external force' adalah term yang sangat sinonim. Fungsinya untuk memperCEPATkan TINDAK BALAS dengan mewujudkan satu laluan yang baru. Kire enzyme tu la external force tu.

Oke, sebelum jalan jauh-jauh..jom kita terjah satu kisah ni. Kisah ni saya bace dari mane entah. Dan saya dah olah sikit-sikit ikut gaya bahasa saya sendiri. Hehe..
--------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah kampung bahagia, suatu hari si raja membuat tawaran. Sesiapa yang berani menyahut cabaran baginda akan dinikahkan dengan puteri baginda. Tapi syaratnye, orang tesebut mestilah menyeberangi sungai yang penuh dengan buaya pada hari yang ditetapkan. Dan puteri baginda ni tersangatlah lawa orang nya.

Tapi, weh..sape sanggup nak korban nyawa demi untuk puteri tu. Seberang sungai rentas buaya. Gile ke mereng. Jadinye tak de lah pemuda yang mencuba. Ramai jugak la yang pegi tepi sungai tu. Tapi semua nya jadi pemerhati setia je. Juri tak bertauliah. Tiba-tiba..jeng3..

Terjunlah seorang pemuda dalam sungai tu. Dan menyeberang dengan pantasnye ke seberang. Lalu sampailah. Maka dapatlah pemuda yang berani itu berkahwin dengan puteri raja tersebut. Elok je pemuda tu dah menyeberang, ramai orang bertanya.."apa yang membuatkan kamu begitu berani menyeberangi sungai ni?"

Maka jawab pemuda, "sebelum saya jawab, sila mengaku..sape yang tolak saye tadi?"
----------------------------------------------------------------------------------------

Oke, tamat. Kesimpulan??? Teet!!! Saya optimis anda boleh buat sendiri. Kan..kan..kan..

Em, berbalik kepada external force tadi. Kali ni, saya hanya nak tekankan external force untuk berubah. Perubahan yang bagaimana? Banyak kot! Sabar-sabar. Hehe..

Sekarang ni..ramai yang mengkedepankan isu muslimat / sisters tak berani untuk bercakap dalam meeting. Dan tak kurang juga pelbagai respons diberikan untuk menjentik kesedaran bagi berubah. Tapi, dari sudut pandang sisi, atas, bawah, kanan..bla..bla..saya, untuk berubah itu memerlukan EXTERNAL FORCE.

Jangan hanya diharapkan kepada empunya badan untuk berubah. Tapi mesti juga ada usaha untuk membantu kita / dia / mereka / kamu berubah. Untuk mempercepatkan RATE of REACTION. Tahu ape sebab muslimat kalau meeting campur terutamanya tak banyak cakap? Ataupun lebih tepat bisu sementara. Mungkinkah secara tiba-tiba peti suaranya kehabisan stok suara? Atau mungkinkah muslimat terbabit tak menggosok gigi lalu takut berbau satu bilik mesyuarat?

Ya, jawapan saya tepat sekali! Sebab muslimat segan + malu + TAKUT bila berhadapan dengan muslimin. Seolah-olah muslimin ni monster pulak kan? Tapi saya optimis. Keadaan akan berubah. Dengan syarat, adanya bantuan external force itu. Tapi ape pun dengan izin Allah jugak. Kita hanya pemudah cara / moderator dan yang seumpamanya. Muslimin mahupun muslimat yang sememangnya petah berbicara amat memainkan peranan penting dalam situasi begini. Perlu pandai kawal suasana. Jadilah external force yang akan trigger insan-insan sekeliling anda. Secara praktikalnya. Boleh cuba dalam meeting nanti. Hehe..

Bagaimana caranya? Em, saya ada beberapa contoh situasi yang mungkin boleh dikongsi..tapi..apakata kita jumpa di post saya yang akan datang..=)

Sunday, April 17, 2011

dari hati ke hati

Bismillah...

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabatku graduan persijilan DARUL QURAN..
Juga sahabat-sahabat yang telah khatam menghafal al-Quran..
Tak dilupakan sahabat-sahabat yang sentiasa mencintai al-Quran..

Takdir telah menentukan kita sebagai pendokong, pemelihara, dan penghafaz al-Quran. Walaupun sebelum ini tidak pernah yerlintas di fikiran kita untuk menjadi seorang hafiz. Pada saat ini juga kita mempersoalkan kenapa kita memilih bidang ini sedangkan kita tidak mampu menanggungnya. Adakalanya kita memberontak untuk menamatkan bidang ini. Semuanya bertitik tolak dari satu kesedaran bahawa betapa besarnya ancaman ALLAH kepada mereka yang melupakan dan tidak mengamalkan al-Quran.

Sebenarnya kita tidak mampu untuk menguasai 30 juzu' dan beramal dengan ajaran yang terkandung di dalamnya tanpa izinNya. Apabila mengenangkan semua ini, kita hampir patah semangat. Namun, berbekalkan sedikit keimanan yang ALLAH titipkan buat kita, semangat kita bisa teguh kembali kerana kita beriman dengan qada' dan qadar ALLAH. Kita juga yakin dengan firman ALLAH.

al-baqarah : 286
ALLAH tidak pernah berdusta dengan kalamNya. Jadi, kita adalah orang-orang pilihan ALLAH yang mampu. Oleh itu, kita harus susuli pula kalam ALLAH itu dengan ayat :
ar-ra'd : 11
Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah diri kita, kita sendirilah yang menentukannya agar termasuk dalam golongan orang-orang yang mampu memelihara al-Quran. Hisablah diri. Apakah cukup hanya dengan 4 jam berhadapan dengan al-Quran dapat melepaskan diri dari dosa? Andainya masa tersebut digunakan untuk jihad fisabilillah, alhamdulillah. Tetapi bagaimana jika ia digunakan dengan sia-sia? Fikirlah dan mohonlah dari ALLAH. Namun sekiranya kita sudah bermujahadah sebaliknya masih belum diizinkanNya, mudah-mudahan ALLAH tidak mengazab kita. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Once menghafal al-Quran, forever huffazul Quran.

Ya ALLAH, tetapkan kakiku pada jalanMu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::