kesatlah air matamu... |
"Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai"
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai"
Huh, keluhan berat dilepaskan. Membawa bersama resahan hati yang bersarang. Mutiara jernih sudah mula bergenang. Hangat. Dan menyakitkan. Meski bukan pada zahir fizikal. Tapi sakitnya hanya Allah yang tahu. MAAF. Ya, satu perkataan yang ringkas. Tapi berat. Berat untukku memberi. Ia bukan semudah yang disangka. Bila hati sudah hancur sebegini. Aku - juga manusia biasa. Punya hati dan rasa.
Mungkin MAAF mudah untuk diberi secara lisan. Kerana apa? Kerana lisan bisa sahaja berdusta. Tapi hati? Mana mungkin hati ini berdusta. Meski mulut memberi maaf tidak semestinya hati. Apakah ini?? Adakah ini dendam?? Allah..ampunkan aku. Terkadang ya, hati ini mengaku memberi maaf seiringnya dengan lisan. Tapi, ingatan ini masih tidak luput dengan kesalahan itu. Adakah ini juga dendam? Allahu Allah...
___________________________________________________________________
Adakalnya kita merasa kesalahan itu bukan datang dari pihak kita. Namun, kita hendaklah berlapang dada dan bersedia memaafkan. Kita sebagai manusia biasa tidak akan terlepas daripada melakukan silap sama ada secara sedar ataupun tidak.
Sikap suka memberi maaf tidak akan wujud selagi tidak ada rasa bersalah dalam diri atau masih ingin menyalahkan orang lain. Ada orang boleh memberi maaf namun hatinya masih marah apabila mengenangkan kesalahan yang dilakukan orang terhadap dirinya.
Apa yang penting di sini ialah ketidakpuasan hati jangan ditunjukkan melalui sikap. Sebaik-baiknya kita hendaklah memberi maaf dengan hati yang redha. Lupaka segala kesilapan mereka. Semua ini memerlukan MUJAHADAH yang kuat dan berterusan.
Beruntunglah orang yang suka memberi maaf. Di dunia lagi sudah memperoleh ketenangan hati sementara di akhirat mendapat ketengan yang kekal abadi. Oleh itu, pandanglah setiap perselisihan sebagai perkara yang kecil, supaya kita dapat menguasai dan menyelesaikannya.
Fikirkanlah bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Matlamat kita yang sebenar ialah semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Saling memberi maaf adalah perbuatan yang mulia. Berilah maaf tulus dari hati. Bukan hanya sekadar RETORIK di mulut. Kelak membawa bekas dalam hati.
Tidak akan hina seseorang yang gemar memberi maaf malah dia akan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah.
p/s : berlapang dadalah dalam persahabatan. sabar dan berilah maaf dari lubuk hati yang dalam. kerana orang yang berukhwah kerana aqidah kepada Allah sahaja yang akan mengenali sahabatnya di akhirat kelak.
Ya ALLAH, kurniakan aku sabar supaya aku bisa mengharungi ujianMu ini.
No comments:
Post a Comment