::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Monday, May 16, 2011

hidup..seperti kitar air..

Bismillah...
by : xeroff, location : cfspj
Kehidupan di dunia..hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah tanaman akhirat.
 
al-kahfi : 45

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Kahfi : 45]


EXAMINATION


Examination..kalau tibanya waktu exam..

Makan pun jadi tak ikut waktu..megi pun megi lah..exam punye pasal..
Tidur pun aci-aci dua tiga jam cukup la..exam punye pasal..
Segala macam game..online..tolak tepi..exam punye pasal..
Muka pun dah macam zombie tak ingat dunia..exam punye pasal..
Sembang pun benda-benda ilmiah setiap mase..exam punye pasal..
Ibadah pun berganda-ganda...exam punye pasal..
Jalan mane pun buku di tangan...exam punye pasal..


Bile tiba hari exam..dua tak pun tiga jam aje dalam dewan. Tapi, usaha yang dibuat gile bersungguh-sungguh. Untuk ape? Untuk berjaye dalam exam yang dua / tiga jam cume.


LIFE


Kehidupan di dunia ni..ibaratnye seperti persediaan. Persediaan untuk menghadapi exam di akhirat. Tapi bersungguhkah aku? Allah bagi mase setiap orang berbeza. Untuk melakukan persediaan untuk menghadapi examination akhirat yang Maha Dahsyat. Maha Telus. Sikit pun tak dilupa untuk marks. Dan mungkin sahaja esok sudah tamat waktu untuk kita berusaha itu? Siapa tahu. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan seharian seolah-olah kuiz dan tutorial yang bakal dipersembahkan. Online presentation mungkin?


Tapi, bersungguhkah aku untuk menghadapinya? Cukupkah bekalanku? Sepenuh dayakah aku berusaha? Allah...


"how could I be so engaged with this dunia..Ighfirli ya Rabbi.."


"the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

Sunday, May 8, 2011

Jom jadi wanita solehah

Bismillah..
illustrator : xeroff
Heehee..em, mungkin disebabkan terlalu banyak masa terluang, maka ini yang saya buat nye. Em, kualitinya sangat lah buruk sebenarnye. Disebabkan buat dalam kemalasan. Tona warna pun jadi cam compang camping je. Tibai je tak ikut prosedur. Haha..

[dilukis dan diwarna menggunakan : drawing tablet : genius, ap : cs3]

Jadi, bagaimana ye nak jadi solehah ni? Em, definisi solehah ini abstrak jika mahu dikupas secara terperinci. Tapi cukup lah secara umumnya menjaga segala hak-hak Allah, mentaati ibu bapa selagi belum berkahwin dan berakhlak mulia.

Jika dikupas menjaga hak Allah tu sangat luas ya dak..??? Melaksanakan segala apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarang.

Dan sinonimnya wanita..sifat HAYA'..iaitu malu..mahkotakanlah ia moga kamu diredhai. Ameen...

Friday, May 6, 2011

Maaf

Bismillah...
kesatlah air matamu...
 "Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai"

Huh, keluhan berat dilepaskan. Membawa bersama resahan hati yang bersarang. Mutiara jernih sudah mula bergenang. Hangat. Dan menyakitkan. Meski bukan pada zahir fizikal. Tapi sakitnya hanya Allah yang tahu. MAAF. Ya, satu perkataan yang ringkas. Tapi berat. Berat untukku memberi. Ia bukan semudah yang disangka. Bila hati sudah hancur sebegini. Aku - juga manusia biasa. Punya hati dan rasa.

Mungkin MAAF mudah untuk diberi secara lisan. Kerana apa? Kerana lisan bisa sahaja berdusta. Tapi hati? Mana mungkin hati ini berdusta. Meski mulut memberi maaf tidak semestinya hati. Apakah ini?? Adakah ini dendam?? Allah..ampunkan aku. Terkadang ya, hati ini mengaku memberi maaf seiringnya dengan lisan. Tapi, ingatan ini masih tidak luput dengan kesalahan itu. Adakah ini juga dendam? Allahu Allah...
___________________________________________________________________

       Adakalnya kita merasa kesalahan itu bukan datang dari pihak kita. Namun, kita hendaklah berlapang dada dan bersedia memaafkan. Kita sebagai manusia biasa tidak akan terlepas daripada melakukan silap sama ada secara sedar ataupun tidak.

      Sikap suka memberi maaf tidak akan wujud selagi  tidak ada rasa bersalah dalam diri atau masih ingin menyalahkan orang lain. Ada orang boleh memberi maaf namun hatinya masih marah apabila mengenangkan kesalahan yang dilakukan orang terhadap dirinya.

       Apa yang penting di sini ialah ketidakpuasan hati jangan ditunjukkan melalui sikap. Sebaik-baiknya kita hendaklah memberi maaf dengan hati yang redha. Lupaka segala kesilapan mereka. Semua ini memerlukan MUJAHADAH yang kuat dan berterusan.

       Beruntunglah orang yang suka memberi maaf. Di dunia lagi sudah memperoleh ketenangan hati sementara di akhirat mendapat ketengan yang kekal abadi. Oleh itu, pandanglah setiap perselisihan sebagai perkara yang kecil, supaya kita dapat menguasai dan menyelesaikannya.

       Fikirkanlah bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Matlamat kita yang sebenar ialah semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Saling memberi maaf adalah perbuatan yang mulia. Berilah maaf tulus dari hati. Bukan hanya sekadar RETORIK di mulut. Kelak membawa bekas dalam hati.

Tidak akan hina seseorang yang gemar memberi maaf malah dia akan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah.

p/s : berlapang dadalah dalam persahabatan. sabar dan berilah maaf dari lubuk hati yang dalam. kerana orang yang berukhwah kerana aqidah kepada Allah sahaja yang akan mengenali sahabatnya di akhirat kelak.

Ya ALLAH, kurniakan aku sabar supaya aku bisa mengharungi ujianMu ini.

Wednesday, May 4, 2011

Sabar

Bismillah...
bersama menuju ke daerah SABAR
Lama menyepi..
.ingin mencari ruang diri..
.ingin mempunyai waktu untuk diri sendiri..
SUDAH. ITU HANYA ALASAN.
.kerana apa?
.kerana tanggungjawab dai'e itu tidak pernah berhenti..
________________________________________________________________________

al-baqarah : 153
Ya, sabar..
Sabar itu bagaimanakah..?
Sabar itu bisa diukurkah..?
Sekadar apakah sabar itu perlu..?
Adakah aku seorang yang sabar..?
_______________________________________________________________________

       Menjaga hubungan hati dengan ALLAH ternyata adalah sangat penting. Dan bukan semudah memetik jari. Sekiranya ujian yang Allah timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan Allah. Setuju? Gambarkan bagaimana? Sudah tentu Allah murka.

       Katakanlah kita berdoa kepada ALLAH agar diberi nikmat sahaja. Jika kita diberi nikmat sahaja adakah kita mampu bersyukur setiap saat? Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan bahawa apabila bertambahnya rezeki, kita akan melipatgandakan kebajikan? Kita akan menambah sembahyang sunat, khidmat kepada orang ramai, menambahkan sifat pemurah dan sebagainya.

       Adakah kita mampu melakukan sedemikian? Jika tidak mampu, terimalah apa yang ALLAH timpakan kepada kita dengan SABAR dan REDHA. Jangan membangkang kerana Allah bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tidak memahami.

       Sebagai contoh, waktu anak-anak bermain di tepi jalan ketika kereta lalu-lalang, kita merasa bimbang dan memanggilnya pulang. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, "Tidak ada otak ibu ayah aku ini, sakit telinga aku dipiatnya."

      Tetapi sekiranya anak itu faham nescaya dia akan berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkannya daripada musibah. Mana yang lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tetapi anak tersebut tidak memahami didikan ibu bapanya, lalu dia menjadi marah. Padahal dia cuma dijentik dan dipiat telinga.

      Begitu juga jika Allah tidak memberikan kesusahan dan ujian kepada kita, apakah yang akan berlaku? Oleh itu, Allah menguji kita dengan kesusahan untuk melepaskan kita daripada penderitaan yang besar di akhirat. Tetapi, jika kita faham seperti fahamnya anak terhadap tindakan ibubapa, sudah tentu kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

al-baqarah : 155-157
Sungguh, untuk bersabar atas setiap ujian itu bukan mudah. Mari sama-sama kita menuju ke daerah SABAR.

P/S : Bersabarlah dalam persahabatan kerana di hujungnya terdapat manisnya ukhwah yang didasari iman. Sahabat hanya pinjaman. Buat bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::