::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Monday, August 1, 2011

live - life

Bismillah...
sy suka kucing sangat-sangat.huhu
Saya pernah membicarakan bab ini sebelum ini. Tapi secara ringkas. Kali ni nak berkongsi serba sedikit yang saya dapat dari talaqqi dengan Ustaz Haji Mutalib Maarof dari pondok Lanai waktu KOKUM di INSANIAH hari tu. Again, in points only =]

  • fitrah manusia mencari siapa pencipta
  • beza kita dengan orang agama lain : percayakan Allah dan mengesakan Allah
  • orang agama lain percayakan Allah tapi mensyirikkanNya
  • diturunkan al-Quran untuk mengenal Allah dan alam sebagai alamat
  • segala yang ada pada tubuh badan kita tak dak sapa yang boleh buat kecuali Allah
  • ikan di laut Allah bela bertan-tan boleh tapi manusia nak bela ikan sekoq pon belum tentu mampu
  • muka kita ada satu ni ja dalam dunia ni. bayangkan betapa bernilainya kita. kan kalau benda ada satu ja maksudnya sangat bernilai + spesel
  • tengok balik surah at-tin
Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? [95 : 1-8]
  • semua ada rezki masing-masing
  • sebab apa nak kenai Tuhan? sebab nak ucap terima kasih [bersyukur]
  • quran : petunjuk bagi manusia
  • untuk bersyukur : timbulnya hukum feqah
  • asas untuk beribadat : nak bersyukur kepada Allah
  • syahadah : tuntutan mesti kena buat
  • kita sentiasa dok dalam rahmat Allah tapi kenapa masih ada sujud syukur?
    • bersyukur : terima kasih kerana menjadikan kita sebagai khalifah : ibadah biasa
    • jiwa yang bersyukur : sujud syukur : kerana peroleh nikmat yang mendadak
  • fitrah asas kepada syahadah : aqidah
  • tujuan berkahwin : melahirkan anak-anak yang sujud kepada Allah : menyambung bersyukur kepada Allah
  • Allah ajar semua perkara [ISLAM]
  • apa sahaja ibadah yang menggunakan anggota ketuanya ialah SOLAT
  • ibadah yang meninggalkan ketuanya ialah PUASA
  • ibadah yang jenis guna harta  ketuanya ialah ZAKAT
  • aqidah? syahadah?
    • kepercayaan, pegangan dalam hati
    • yakin - kena ada yakin
  • Jika orang Islam faham betul-betul apa yang ada dlaam ibadah : mengajar untuk berjaya : akan menjadi umat yang terbaik
  • Kena tentukan / spesifikkan apa yang nak buat : ta'yin
    • nak jadi doktor - doktor apa? doktor jantung - ta'yin
    • bila dah spesifik baru boleh tumpu. kalau sekadar niat tak jadi apa pon
    • ibadah mengajar kita untuk MENENTUKAN secara spesifik - niat ibadah kena spesifik
  • Ibadah mesti tertib tapi kita tak kembangkan dalam kehidupan
  • kena yakin dengan Allah 100%
  • YAKIN modal untuk berjaya
  • Islam itu yakin
  • Walaupun ada duit beratus ribu tapi tak dak yakin tetap tak boleh buat
  • Nak bawak qeta [kereta] pon kena yakin
  • Bagaimana mengharapkan kejayaan di akhirat kalau tiada yakin???
Wallahu'alam~
Moga secebis pesanan ini dapat kita ambik ihtimam [perhatian] dan cuba untuk aplikasi dalam kehidupan walaupun sedikit. Bersama menuju ke daerah yang baru.

Allahummarzuqnal istiqamah ya Allah~

4 comments:

norhani said...

niq, apa maksud ni?
"ibadah yang meninggalkan ketuanya ialah PUASA"
ketua pa? kureng fhm..hehe

nice explanations using points, suruh pembaca buat ayat dan faham sendiri dalam otak...hihi. bg otak jalan...tp kekadang loading sket :D

btw, syahdu dgq lagu bckground :)

munirah.zulkifli said...

bismillah...

hehe..self explanatory kan..

"ibadah yang meninggalkan ketuanya ialah PUASA"

maksudnya..kan puasa ibadah yang meninggalkan.tinggalkan makan.tinggalkan maksiat.so puasa menjadi ketua kepada segala ibadah yang meninggalkan.kalau tym puasa,kita akan tinggal segala bnda buruk dan tak baik.tinggalkan bnda yang tak elok kan ibadah namanya..ibdh meninggalkan..dapat acu??

^_^

sedap selawat tu..syahdu..huhu

norhani said...

owh... i c i c.. tenkiu :D

sbbnya tadi kan, acu baca nada macam ni

"ibadah yang meninggalkan ketuanya, ialah PUASA"

sepatutnya gaya baca macam ni la kan..

"ibadah yang meninggalkan, ketuanya ialah PUASA"

haha..lucu rasa

munirah.zulkifli said...

hehe.....my mistake kot..xletak any punctuation..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::