::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Wednesday, May 4, 2011

Sabar

Bismillah...
bersama menuju ke daerah SABAR
Lama menyepi..
.ingin mencari ruang diri..
.ingin mempunyai waktu untuk diri sendiri..
SUDAH. ITU HANYA ALASAN.
.kerana apa?
.kerana tanggungjawab dai'e itu tidak pernah berhenti..
________________________________________________________________________

al-baqarah : 153
Ya, sabar..
Sabar itu bagaimanakah..?
Sabar itu bisa diukurkah..?
Sekadar apakah sabar itu perlu..?
Adakah aku seorang yang sabar..?
_______________________________________________________________________

       Menjaga hubungan hati dengan ALLAH ternyata adalah sangat penting. Dan bukan semudah memetik jari. Sekiranya ujian yang Allah timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan Allah. Setuju? Gambarkan bagaimana? Sudah tentu Allah murka.

       Katakanlah kita berdoa kepada ALLAH agar diberi nikmat sahaja. Jika kita diberi nikmat sahaja adakah kita mampu bersyukur setiap saat? Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan bahawa apabila bertambahnya rezeki, kita akan melipatgandakan kebajikan? Kita akan menambah sembahyang sunat, khidmat kepada orang ramai, menambahkan sifat pemurah dan sebagainya.

       Adakah kita mampu melakukan sedemikian? Jika tidak mampu, terimalah apa yang ALLAH timpakan kepada kita dengan SABAR dan REDHA. Jangan membangkang kerana Allah bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tidak memahami.

       Sebagai contoh, waktu anak-anak bermain di tepi jalan ketika kereta lalu-lalang, kita merasa bimbang dan memanggilnya pulang. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, "Tidak ada otak ibu ayah aku ini, sakit telinga aku dipiatnya."

      Tetapi sekiranya anak itu faham nescaya dia akan berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkannya daripada musibah. Mana yang lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tetapi anak tersebut tidak memahami didikan ibu bapanya, lalu dia menjadi marah. Padahal dia cuma dijentik dan dipiat telinga.

      Begitu juga jika Allah tidak memberikan kesusahan dan ujian kepada kita, apakah yang akan berlaku? Oleh itu, Allah menguji kita dengan kesusahan untuk melepaskan kita daripada penderitaan yang besar di akhirat. Tetapi, jika kita faham seperti fahamnya anak terhadap tindakan ibubapa, sudah tentu kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

al-baqarah : 155-157
Sungguh, untuk bersabar atas setiap ujian itu bukan mudah. Mari sama-sama kita menuju ke daerah SABAR.

P/S : Bersabarlah dalam persahabatan kerana di hujungnya terdapat manisnya ukhwah yang didasari iman. Sahabat hanya pinjaman. Buat bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan.

2 comments:

Aimi Hannani said...

Teringat..sabar itu ada tiga, sabar ketika ditimpa ujian, sabar ketika melaksanakan ibadat, dan sabar daripada melakukan maksiat.

Dan malaikat mengucapkan salam kepada penghuni syurga atas kesabaran mereka.. "Selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu. Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu."" (Ar-Ra'du:24)

Mari bertandang ke daerah sabar~ (^-^)

munirah.zulkifli said...

thumbs up aimi!!!
betoi apa hat hampa kata..
well..sgt besarlah pahala sabar itu..

[sabarkan aku tika aku ditelan amarah~]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::