::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Thursday, March 31, 2011

benarkah iman kita

Bismillah...
meratib padaMu
Kita sebagai manusia juga khalifah yang diciptakan atas muka bumi ini sentiasanya layak untuk diuji. Kerna apa? Kerna dengan ujian lah dapat mengukur sejauh manakah benarnya iman kita. Kita sebagai orang yang dimuliakan dengan Islam sangatlah beruntung. Sebabnye banyak masalah hati boleh disetelkan dengan keimanan yang mengakar teguh dalam jiwa setiap insan.

Jika apa yang kita mintak, dapat, maknanya Allah sayangkan kita. Tapi, jika apa yang kita mintak, tak dapat, maknanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia akan berikan pada waktu yang sesuai. Maksudnya Allah tetap sayangkan kita. Mungkin juga Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mintak. Lagi-lagi lah Allah sayangkan kita.

Nah, terbukti bukan. Dengan keimanan setel masalah hati + mental. Segalanya kita tahu ada sandaran. So, dari hati yang bermuram durja insyaallah akan terasa sinar kekuatan + kelapangan. Hasil daripada? Ya, KEIMANAN..

Dalam keadaan tertekan, pasangan suami isteri akan sama-sama menjadi kekuatan kepada pasangannya. Saling memberi tazkirah meningkatkan keimanan. Contoh situasi : [mcm dh ade pengalaman..haha]
---------------------------------------------------------------------------------------------------
isteri : abang, macam mane ni. kita dah berusaha sehabis baik dah ni. tapi perniagaan kita tak jugak menguntungkan.
suami : takpe. kita dah berusaha. tapi Allah jugak Maha Pemberi Rezeki. kita usaha lagi. mungkin Allah mahu tengok kita usaha lebih sikit.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
suami : saya risau la. segala macam ubat dah saya cuba. segala macam pakar dah saya jumpa. tapi nampaknya sakit saya ni tak jugak nak menunjukkan pengurangan.

isteri : takpe, kita hanya berusaha. tapi Allah jugak Maha Penyembuh. "wa huwa yashfeen". Kita kuatkan lagi usaha kita. mungkin masih ada kelompangan di mana-mana.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Kan setel. Anda setuju dengan saya ataupun tidak? Maka dengan keimanan lah dapat menjaga kewarasan akal kita. Takdela nak berlaku suicide ke ape. Sebab segalanya dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui. Bukti kebenaran iman. Tanda hidup berTuhan.

Maka, benarkah iman kita selama ini? Hayati kah kita dengan segala nama-nama Allah yang jua merupakan sifat-sifatnya? Hanya sekadar menghafalnya masih belum cukup. Adakah memberi impak kepada kita dalam kehidupan seharian..ALLAH...

Ratiblah nama TuhanMu, sepenuh hati sesyahdu irama sehingga menggetarkan jiwa serta hati yang mengalunkannya..Ya Latif..Ya Latif..tidak perlu untuk menggunakan suara yang kuat namun tak mampu untuk menyentuh hati. 

Cukuplah sekadar mencapai telinga menusuk sanubari yang selama ini terleka. Pada waktu sepertiga malam itu....

Ya ALLAH, dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Kau ampunkanlah ya Allah.

Wednesday, March 30, 2011

sentuhlah hati itu

Bismillah...
kasih sayang itu pelbagai erti
 Fudhalah bin Umar menghampiri baginda sollahu 'alaihi wasalam ketika baginda sedang bertawaf dengan niat untuk membunuh baginda . Percayalah , hati Fudhalah sudah penuh perasan yg benci dan tekad yang tinggi untuk meneruskan misinya iaitu membunuh Baginda. Namun , niat yg kotor terpadam tatkala hatinya(dada) disentuh lembut oleh tangan yang mulia Baginda sollahu 'alaihi wasalam. Setelah tangan baginda diangkat dari dadanya, ternyata perasaan Mahabbah yang tinggi mula bersarang di hati yang tadi sarat penuh kebencian.

Oh sahabat, betapa ramai diluar sana punya jiwa yang gelisah dan resah seperti Fudhalah, maka kita yang menyakini menerus tugas Baginda Sollahu 'alaihi wasalam , sentuhlah hati mereka dengan kelembutan ahklakmu, kerana mereka juga punya hati. Sentuhlah hati mereka dengan seutuh keikhlasan kerana Allah, itulah kunci seorang da'i kerana kita tidak akan pernah tahu bila saatnya Sang Pencinta itu mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati mereka. Hal yang selebihnya serahkan saja kepada Pemilik hati. Moga ketemu hidayah dariNYa. Amin ya Rabb.

Ya Allah, sentuhlah hatiku dan sahabat2 seperjuanganku dengan kebesaranMu.

Sahabat2, sentuhlah hati mereka jangan kasari... 

Anything for you

Maksud lagu yang menjadi background music untuk blog ni..=]
sacred rose..T_T
If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I’d climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire

Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you

For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
‘Cos it gives me strength enough

Don’t you
Don’t you
Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
 
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible

‘Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true

A love I never knew you see
I’d take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be

I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Lyrics: Conner Reeves
Melody: Sami Yusuf
Copyright: Awakening Worldwide Limited

*sahabat, aku bersyukur dengan kehadiranmu. sungguh aku lemah dan tak berdaya tanpamu. engkau peniup semangatku setiap kali aku hampir rebah jatuh menyungkur bumi. terima kasih buat anda yang telah menjadi sebahagian dari saya.

Monday, March 28, 2011

Sedikit tapi banyak

Bismillah...
comel..["_,]
Teringat. Terfikir. Terkesan.
Masih jauh aku rupanya.
Moga aku dapat bersamamu lagi teman.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hanya ada dua perkara yang ana selalu sebut kepada mereka. Ana nak mereka ni ingat dan aplikasi. Jadi ana akan ulang berkali-kali sampai mereka boleh bergerak sendiri. Benda apa?"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Berfikir sebelum bertindak. Bertindak mengikut arahan."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sebagai seorang pemimpin dua ni sangat penting. Sebagai orang yang dipimpin jugak tidak terkecuali. Kita mahukan pemimpin yang berfikiran jauh dan realistik untuk membawa Islam."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jika ini perangai kamu, bagaimana mahu kamu pimpin orang bawah kamu? Hanya kerana benda yang lebih murah nilainya kamu gadaikan sesuatu yang lebih tinggi nilainya. Jika begini lah yang dikatakan ukhwah maka hancurlah kamu. Kamu sanggup membiarkan kawan kamu makan racun. Hanya berkata 'jangan.jangan.jangan.' Tapi tiada tindakan. Kenapa tidak kamu ambil sahaja terus? Jangan hanya berkata-kata tapi hanya menunggu tiada tindakan. Beginilah pemimpin sekarang."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kita mahukan pemimpin yang bijak mengatur bidak catur atas pentas. Strategi. Itu penting."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Belajar dari pengalaman. Bertanya kepada mereka yang lebih senior. Tiada istilah malu dalam menuntut ilmu. Hanya pengalaman yang dapat mematangkan."

Ya ALLAH, bersyukurku atas sahabat pemberianMu.

Wednesday, March 23, 2011

kita tidak serupa

Bismillah...
Naruto tengah tensyen..kawaaii desu-nee

Pernah merasa stress yang melampau? Pernah merasa down yang menyengat? Jika ya, maka terbuktilah bahawa anda adalah seorang MANUSIA. Hehe..

Alhamdulillah, kita diciptakan Allah pelbagai. Variasi. Setiap insan tidak mempunyai kebolehan yang sama. [Kalau sama robot la gamaknye kot]. Maka dengan itu, setiap dari kita diletakkan pada posisi yang berbeza. Cukup dengan sekadar kemampuan hambaNya. Sungguh kata-kata Allah itu Maha Benar. Allah takkan memberatkan hambaNya kecuali sekadar yang hambaNya mampu [2:286].

Mungkin kadang-kadang kita tensyen. Jom kita terjah beberapa fenomena di kampus. Jeng3..muahaha..

Bayangkan anda seorang yang selalu bizi, terlibat dengan pelbagai jenis meeting segala bagai, memegang society itu dan ini, dua jawatan dalam satu masa..woaha..tiba-tiba bila anda balik ke bilik pada sebelah malam nya, penat letih selepas habis meeting yang 'dahsyat', anda mendapati rumet anda sedang melayan movie sambil begelak ketawa makan mee sedap sorang-sorang. Ataupun sedang studi dengan khusyuknya. Apakah yang anda bakal rasa agak-agaknya??

Well, bagi saya manusia biasa ni..kadang-kadang opkos hati akan terusik. JELES. Besnya dia. Takde sibuk-sibuk. Boleh fokus studi habis-habisan, skor kuiz, ada masa untuk main-main. T_T...[ajak aku main skali pulak tu]..Aku...????

So, seperti yang saya nyatakan KITA TIDAK SERUPA. Bagaimana kah? Apakata kita positifkan minda kita. Mesti ada hikmah yang tersirat. Mungkin jika dia di tempat kita, dia tak mampu nak menanggung ujian seperti mana kita. Mungkin jika dia bizi seperti kita, akademiknya akan lebih terabai dari kita. Mungkin jika dia di tempat kita, dia akan menjadi pesakit Tanjung Rambutan. Hee..

Kadang-kadang kita rasa dia tak faham tugas kita. Mungkin sebab kefahaman yang ada padanya hanyalah sekadar itu. Maka bersyukurlah kita diberi kefahaman yang lebih sedikit. Maka kitalah yang sepatutnya cuba untuk memahami dia kerana kita punya kefahaman mungkin lebih sedikit daripadanya. Masa ni lah nak aplikasi konsep SABAR. Nak sangat praktikal. Ambik hang.

Jom terbalikkan kondisi. Mungkin jika kita tak diberi tanggungjawab sebegini kita tak kan mengenal erti sabar, takkan tahu menghargai masa, takde pengalaman stress menggila. [Stress syiok woo] So, bila kita dah ada pengalaman, masa akan datang..insyaALLAH kita akan able to handle it with care.

Mungkin jugak kalau kita punya banyak masa lapang, kita akan makin lalai dari Allah. Mungkin jugak akademik kita yang disangka akan melonjak, rupanya jatuh lebih merudum dari yang sebelumnya. Insyaallah setiap yang terjadi, yang disusun dan direncanakan.. ada HIKMAHNYA..[^_^]..

Oke, macam mana pulak..dah la pegang jawatan segala macam, dan siries akademik jatuh tejunam macam graf poligon mencacak turun ke bawah..? Apakata kita positifkan minda jugak. Hehe. Muhasabah diri kita. Bagaimana kita handle masa yang kita ada. Bagaimana dengan hubungan kita denganNya. Cukupkah usaha kita? Padat kah tawakkal kita? Aplikasikah konsep tawazun yang kita belajar?

Mungkin Allah mahu menguji kita agar tidak mudah berputus asa. Mungkin Allah mahu mendengar rintihan kita memohon padaNya. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Tak begitu? Maka, ambiklah pengajaran dari setiap yang berlaku serta tanamkan azam dan tekad untuk berusaha serta bangun kembali dengan semangat yang baru. Dan Allah jugak tahu yang kita mampu untuk menghadapi ujian itu. Mungkin kita diuji pada masa sekarang, orang lain diuji pada masa yang lain. SO, teruskan berusaha dan lakukan yang terbaik walau di mana kita berada.

Kadang-kadang mungkin keluarga kita tak memahami kita. Dan tak mustahil kita akan dikondem oleh keluarga kita. Disekat segala macam. Dimarah dan sebagainya. Kita ambik yang positif. Tu tandanya keluarga kita sayangkan kita dan cuma mahu yang terbaik buat diri kita. Maka, kita berusahalah. Jadikan itu sebagai batu semangat untuk kita terus melangkah.

Teringat suatu ketika, saya pon pernah agak down. Sebab dikondem adik sendiri. Huhu. Perit kot. Tapi, alhamdulillah..seorang sahabat telah mengetuk pintu hatiku, "tu tandanya dia sayang kan kakak dia la tu". Bila pike-pike balik, take it from the positive side, well..dats rite. So i shouldnt be sad but i ought to move and do better. So, dia telah menyebarkan sinarnya pada saya, maka saya juga ingin menyebarkan sinar itu pada anda. Apapun, semuanya dari ALLAH jua...maka SENYUMlah..[^^,]


*Kepada sesape yang terasa dia pernah berkata begitu pada saya, terima kasih!!! Hee..

Ya ALLAH, ampunkan aku atas kelalaianku.

Monday, March 21, 2011

kau dan aku - saling memerlukan

Bismillah...
by : qatrunnada

Em, saje je nak share lukisan ni. Drew by my sister. She's in form 4 rite now. Well, as my comment of this pic, i would say that this pic is gorgeous. But, i would never say this to her. Oh my. Remembered how I criticized her drawing years ago. Times when i tought her drawing. She really improves these past years. And now she can beats her sister already..^_^ . Even that she has great passion on drawing, but she wants to further her studies in ICT. Haha. Just very like me indeed.

Well then, every each of us has their own ability. Given by Allah. It's only the matter on how we use it. And the most crucial part is on how we appreciate the abilities which have been given.

Kemahiran setiap orang tidak sama. Maka sebab itulah kita saling memerlukan. Lengkap melengkapi. Sebagai contoh, ada yang berkemahiran dalam bercakap di hadapan. Ada yang berkemahiran dalam bidang teknologi. Maka dua-dua adalah penting. Tak perlu untuk merasa rendah diri bagi yang hanya pandai dalam bidang teknologi dan tak perlu untuk merasa bangga diri bagi yang pandai untuk bercakap di hadapan. Kerana dua-dua posisi adalah penting tapi dari posisi yang berbeza.

[3 : 139]
Ambil contoh. Antara penceramah dan tukang buat poster. Jika tanpa tukang buat poster, maka bagaimana mahu menyebarkan mengenai ceramah. Tanpa ceramah, tak de la poster nye. Jadi kedua-dua nya adalah penting dalam menyebarkan kalimah tauhid ni. Sama-sama berganding bahu. Tukang buat poster menggunakan kemahirannya dengan menyebarkan maklumat mengenai ceramah. Penceramah menyampaikan melalui lisan kepada orang ramai. Saling bergantungan bukan. Yang dinilai adalah kesungguhan dan keikhlasan biarpun nampak kecil tugasnya.


*Teringat waktu awal-awal masuk CFS, semua orang tanye, kenape amek kos Medik?? Kenape tak amek AED?? Ade jugak yang tanye. Kenape tak amek ICT?? Well, biarlah rahsia....... [dan ade jugak yang kate, muka aku ni tak sesuai medik. budak medik sopan2. muka aku ni muka budak engine. well2..haha]

Ya ALLAH, golongkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Sunday, March 20, 2011

letak bawah tapak kaki, oke?

Bismillah...
munirah seperti di atas

merenung sendirian..
mindaku jauh menerawang..
fikiranku ligat berputar..
apakah ertinya yang sebenar..
-------------------------------------------------------------------------------------------
[program]
dia : hah, kau! kau ni susah dengar cakap orang kan?!

aku : [terkesima.hanya mampu menunduk]

dia : aku tanya jawab la..!!!!!!!!kenape la kau ni ego sangat??!

aku : [dalam hati : ya, memang aku ego. aku mengaku itu..habis macam mana?argh!]

dia : ego kau tu, kau pijak-pijak dia. pijak bawah tapak kaki kau tu! faham? dalam gerak kerja, EGO LETAK BAWAH SEKALI! pijak-pijak bawah kaki sampai lumat!

aku : saya tak faham!

dia : fikir rational. jangan ingat kita je yang betul itu ini. sampai tak ambil pandangan orang lain. tak nak mengalah. ego!! jadi, letakkan perasaan ego tak nak mengalah tu bawah sekali. pandang lebih luas, pike maslahah yang lebih besar!
---------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 1]
kamu : cube la bawak berenti main tu..

aku : ala, saya main dengan sape je..no hal pon..

kamu : ye la..tapi..

aku : yela..[dalam hati : ape yang aku buat ni tak salah pun. dengan perempuan jugak. ape kecoh]
--------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 2[
kamu : haish, dah-dah la tu main

aku : err..huhu..main dengan sape je pon..kot..
--------------------------------------------------------------------------------------
[realiti 3]
kamu : suka-suki je main macam tu. cuba pike ape perasaan orang lain?!

aku : oh..hm..[dalam hati : mungkinkah aku tersilap membuat pertimbangan selama ini?]
--------------------------------------------------------------------------------------
terkesima yang panjang..
ya, ego itu masih kuat melekat..
walaupun tidak nampak pada zahirnya..
tidak terlihat pada luarannya..
tapi pada hatinya..
secara dalamannya..
membunuh hati secara halus..

minda kembali mencerna..
mungkin apa yang diperkatakan orang..
ada betulnya..ada baiknya..
walaupun ternyata kita juga tiada salahnya..
tapi berubah kepada lebih baik..
ternyata lebih bermakna..

penangan ego..
menerima, mengikut, mencuba..
bukan bermakna menundukkan diri kepada orang lain..
tetapi mencari maslahah yang lebih tinggi nilainya..
moga ada berkatnya..
kita sebagai hamba..
perlukan momentum untuk berubah..
tanpa teguran..hancur binasalah..

Ya ALLAH, kami memohon kekuatan dariMu supaya dapat kami runtuhkan ego kami.

Wednesday, March 16, 2011

160311 - sendiri

maafkan aku
Fikiranku buntu..
Perkara itu disebut lagi..
Seperti mahu berlari..
Namun kakiku masih terantai di sini..

Hanya mampu bermonolog sendiri..
Apakah wajar tindakanku selama ini..
Terasa perit menghantui diri..
Aku sudah tidak mampu bertahan lagi..

Maafkan saya..
Atas kegelojohan saya..
Kerana kebodohan saya..
Kita terperangkap sebegini..

Monday, March 14, 2011

ulam ikan kering

Bismillah...
telioq abeh..
Subjek : kenduri kawen sepupu
Tarikh :  14 Mac 2011
Tempat : Pendang, Kedah
Menu :
  • nasi putih
  • ikan kering goreng
  • ulam (timun, buah genuak, ulam raja)
  • ikan kering masak lemak kuning
  • gulai daging
  • sambal belacan
Hehe.....sangat SEDAP!!!!
Memang betoi-betoi masakan kampung lah. Aci kerat kuku. Ni baru nama Kedah! Makan ulam ikan kering sambai belacan.

Sapa kata kenuri tak leh buat makan ulam???
Tiba-tiba teringat time nak buat AGD IMIU. Jenoh betekak pasai menu saja. Berejam tak sudah.
Buang karan gutu ja. Laih-laih tukaq pakai hat len.

Kami hat piau Kedah nak buat makan ulam..depa hat tak piau tu..[budak PERAK dll..]..bukan nak lalu..
Tak pala pa pon..
Yang pasti..SAYA BANGGA JADI ANAK KEDAH!!!

[mode : rindu budak-budak IMIU]

Sunday, March 13, 2011

kita di mana..?

ALOR SETAR, 13 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, pemuda mempunyai tanggungjawab dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat.
YB Ust Azizan

Beliau mengambil contoh golongan pemuda di Mesir yang berjaya menggerakkan kebangkitan rakyat sehingga menumbangkan Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun.

“Saya bukan nak suruh tuan-tuan tunjuk perasaan macam tu, tapi nak cerita tanggungjawab pemuda dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat,” katanya lagi.

[harakahdaily]


------------------------------------------------------------------------
Membina generasi transformasi

Oleh Mior Kamarul Shahid
mkamarul@bharian.com.my 2011/03/13
 

Remaja hari ini galas amanah mencabar bukti pewaris bangsa gemilang

PERBINCANGAN mengenai masa depan generasi sesuatu bangsa tidak akan berakhir. Setiap bangsa yang mengenal erti kedaulatan bangsanya akan bercakap mengenai masa depan generasi bangsa masing-masing. Generasi bangsa merekalah yang akan menjadi pewaris bangsa mereka kelak. Bangsa yang tidak membina generasi bangsanya akan lenyap dari muka bumi ini. Generasi yang lemah tidak akan dapat mengikut perubahan zaman dan akan ketinggalan.

Hari ini banyak bangsa di dunia cemas dengan sikap dan gelagat generasi bangsa mereka yang terumbang-ambing dan dianggap sudah hilang kemampuan untuk meneruskan perjuangan bangsa masing-masing. Jika ada pihak mula merumuskan generasi hari ini sudah hilang jati diri, keadaan akan datang menjadi lebih parah. Sudah tentu, jika generasi hari ini hilang haluan dan pedoman, ia pasti melahirkan generasi yang sesat.

[beritaharian]

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah...
luar dari kebiasaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sampai ke hari ni kita masih lagi diberi peluang bernafas olehNya.

Sebagaimana dua cebisan artikel yang saya ambil di atas. PEMUDA. Atau kata nama lain, REMAJA-SYABAB.

Slogan
Pernah dengar slogan ni? "pemuda agen pengubah", "pemuda harapan bangsa", dan macam-macam lagi.
Saya amat optimis dengan para sahabat yang dirahmati Allah, slogan-slogan tersebut sudah terlalu biasa bermain di telinga sampaikan menjadi MUAK mungkin. Tapi, kita di mana?

Sahabat
Jika diselusuri sirah Rasululluah S.A.W, baginda juga menggariskan bahawa kuasa pemuda memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan Islam itu sendiri terutamanya. Jika dilihat, sayyidina Ali ketika disuruh menggantikn tempat tidur nabi, beliau hanya berusia 12 tahun ketika itu. Ada lagi Bilal bin Rabah, Amar bin Yasir, Abu Dzar Al-Ghifari, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Haritsah, atau Ja’far bin Abi Thalib. Mereka semuanya adalah pemuda. Tapi, kita di mana?

Al-Fateh
Menggerakkan jam ke hadapan sedikit, Sultan Muhammad Al-Fateh, ketika menakluk Constantinopel, hanya berusia 21 tahun ketika itu. Dan kini, saya seusia dengan beliau ketika  beliau melakar sejarah kegemilangan Islam, masih termangu-mangu mencari hala tuju. Jika demikian, maka teramat layaklah saya tujukan soalan itu kepada diri saya sendri, SAYA DI MANA?

Pemuda
Apa yang ada pada pemuda sehinggakan Soekarno berani sungguh berkata begini: Berikan kepadaku 1000 orang tua, aku sanggup mencabut Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, maka aku sanggup menggoncangkan dunia”.

Ya, pemuda-remaja-syabab. Adalah zaman ketika mana tahap ingin tahu memuncak. Semangat yang tinggi serta mempunyai kekuatan pada tahap optimum. Jika diasah serta dilentur dengan sempurna bakal melahirkan pemimpin yang berdaya saing selaras dengan kemahuan Islam serta menjadi tonggak dalam menegakkan kalimah tauhid di muka bumi.

Mahasiswa kini menjadi lemah dengan isu-isu yang tidak penting, remeh-temeh. Menjadikan minda mahasiswa seperti terperangkap dalam tempurung besi yang kononnya maju. Jahiliah moden telah menular. Meresap masuk dalam setiap salur darah tanpa disedari.

Saya lebih menujukan kepada diri saya sendiri yang turut banyak menyumbang kepada jatuhnya imej Islam kerana faktor-faktor yang saya sendiri sebutkan. ALLAH..........ampunkan daku.

Jika ingin dicari, mahasiswa yang apabila bersembang, sembangnya membuahkan keinsafan, mendekatkan diri kepada Tuhan, membawa satu gelombang perubahan............hm.......

Kesimpulan
Sentiasalah mohon taufik dan hidayah dari Allah. Kebanyakan kita sedar mengenai hal ini. Bermakna kita ada hidayah itu. Tapi mungkin masih belum dikurniakan taufik darinya untuk melaksanakan. Ditujukan kepada diri saya terutamanya. Memerlukan sokongan dan dokongan dari sahabat seperjuangan untuk terus utuh berdiri dengan prinsip yang sama-sama kita gariskan sebagai penggerak harakah islamiyah.

Work your thought. Hanya tinggal praktikalnya sahaja. Teori, seringkali dah dikupas ber'ela-ela' ketika dalam halaqah, liqo', usrah dan sebagainya. Maka, mulakanlah dari sekarang. Tiada istilah terlambat dalam perubahan. Reschedule our timetable. Mantapkan thaqafah. Kerana tanpa thaqafah bagaimana mugkin mahu kita menyampaikan. Kita tidak akan boleh memberi jika kita tidak punyai apa untuk diberi.
 
al-baqarah : 44
"adakah kamu hanya menyuruh orang berbuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu mebaca kitab??tidakkah kamu BERAKAL?" [2:44]

Saya berkata bukan bererti saya sempurna. Saya juga dalam proses perubahan. Tarbiyah. Diuji dengan kelapangan masa amat menyakitkan. Jadi, saya harap anda semua dapat turut membantu saya ke arah perubahan.

Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk aku melaksanakan apa yang aku perkatakan.

Saturday, March 12, 2011

orang dulu..kita bila pulak..

Bismillah..
nak cincin satu!

Em, jalan-jalan ke blog Aimi, jadi teruja jugak nak share. Hahahaha..
Apa pun, sekalung tahniah buat kak Akmal (gen8-allhs) beserta suami yang telah selamat mendirikan rumah tangga minggu lepas. Alhamdulillah..=)

Jugak kepada kak Aisyah (gen8-IRK) beserta suaminya Haziq (gen8-engine). Wallawee..banin dan banat DQ..Moga ALLAH berkati.

Bersempena cuti sekolah seminggu ni, memang tak berasap la dapur rumah (sebab sekarang pakai dapur gas..mane main dah asap2) sebab kenduri kawen yang tak putus-putus. Kenduri sepupu saje dah 4...bes la jugak jadi tukang bawak hantaran. Masuk la muka dalam gambar. Biarlah tak masuk Metro pon.

Bila dah sepupu-sepapat ramai yang kawen ni, mulalah mak-pak menakan dok nyakat nya. Kamu, bila lagi..?
Hakhakhak...oke. FINE, saya kecik lagi.

Memang nampak syok kan. Tapi tanggungjawab selepas tu LAGI SYOK!!! Kalau difikirkan kemampuan..memanglah sampai bila pun rasa tak mampu. SO, buat masa sekarang ni, berusahalah ke arah mampu itu. Sampai masanya tiba..

Bagaimana usahanya??
Mantapkan diri kita dahulu. Belajar skil2 asas yang perlu. Ni, bangun pun matahari dah tepacak atas kepala (mcm teletubbies). Nak kemas rumah tu lagilah.  

Ni antara yang boleh digariskan lah. Silalah tambah sendiri ye=)
  • tingkatkan kualiti ibadah wajib
  • tambahkan ibadah sunat
  • mantapkan taklifat [mcm y sll buat..istiqamah2.huu]
  • Asas memasak. Takkan MEGI ja nak makan. [kedai banyak ape]
  • tambahkan thaqafah [bc buku byk2]
  • pertingkatkan kualiti AL-QURAN [i'adah..huhu]
  • kumpul duit [makan pasir ja la...]
Sama sahaja laki ka perempuan ka. Jadilah seorang yang competent. Tak kiralah di rumah mahupun di kampus. Reschedule ourselves. Susun semula jadual.

"Azam yang kuat mampu mengalahkan jasad yang lemah."

Ya ALLAH, berilah daku keyakinan serta kekuatan untuk melangkah hari-hari yang bakal berlalu.

Monolog 01

Bismillah...
berfikir sendirian..
Memandang luar tingkap.
Hujan renyai-renyai.
Monolog dalaman.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dia : Mana lagi penting. Pengetahuan ka pengalaman?

Aku : Em, dua-dua penting.

Dia : Antara pengetahuan dan pengalaman..Jika berpengetahuan tak semestinya berpengalaman. Tapi jika berpengalaman semestinya berpengetahuan. Setuju?

Aku : [termangu]. Ya-ya..

Dia : Nak mintak kerja nanti pengalaman adalah elemen terpenting. Dalam mana-mana society sekalipun, pengalaman jugak yang penting. Jadi, carilah pengalaman. Usah difikirkan sangat tentang balasan wang ringgit. Orang berpengalaman lebih dicari dari orang berpengetahuan..

Aku : Hm.........................................
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman..pengalaman palsu, pengalaman tulen.
Palsu-tak dapat istiqamah.
Tulen-????????

Ya ALLAH, kupohon kekuatan jasad, kesihatan fizikal.

Friday, March 11, 2011

suka vs tak suka

Bismillah...
comel!!!

Fingers on the keyboard.
Staring.
Startled.
Sigh....[not good.DO NOT folo.ish3]
----------------------------------------------------------------------------------------
September 2007 : aku tak suka budak DQ. dan xterasa langsung nak masuk DQ.
December 2007 : alhamdulillah, mendaftarkan diri sebagai pelajar persijilan DQ-UIAM.

April 2008 : aku xnak habiskan DQ. nak fly ke luar negara lepas dapat result SPM
Mei 2009 : alhamdulillah, tamat pengajianku penuh sebagai pelajar persijilan DQ-UIAM

Mei 2009 : aku xkan masuk UIA. nak fly ke lain
Jun 2009 : alhamdulillah, mendaftarkan diri sebagai pelajar UIA pj

Mac 2010 : aku xnak dan xkan keje tadika
Mei 2010 : alhamdulillah, tamat shotsem dengan bekerja di tadika
--------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang kita hidup ni, tentu dah banyak benda yang kita suka dan nak tapi tak dapat. Maka sangat benarlah, Allah tak bagi apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu. Bersyukurlah seadanya. Mohon yang terbaik.
al-baqarah : 216
 Apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka tak semestinya buruk untuk kita. Dan ALLAH lah yang maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui. [2 : 216]

Kadang-kadang apa yang kita nak tu, apa yang kita doa, Allah sengaja tak bagi pada waktu yang kita mintak. Sebab?? Sebab Dia lebih mengetahui. SO, ada masanya Dia bagi pada waktu lain yang lebih sesuai. Tup2, dapat kejutan. Benda yang kita mintak dimakbulkan. Tapi.......selepas mengharungi beberapa ujian yang menyakitkan. Kanke lagi MANIS rasanya..

Dan ada ketikanya, Dia menggantikan terus dengan nikmat lain yang lagi kita perlu tapi kita tidak tahu.

Mungkin terkadang kita diuji dengan diberi apa yang kita tak suka. bila diuji, konprem kita ni manusia besa akan rasa kecewa. Time tu, hanyalah pergantungan pada ALLAH yang menjadi sumber kekuatan.

Bila apa yang dirancang tak jadi, apa yang disusun hancur. Fenomena biasa. Lumrah dalam hidup manusia. Kalau semua bejalan macam yang disusun alhamdulillah. Tapi, sekali-sekala tak jadi seperti yang dirancang, lagi banyak hikmahnya. Kalau life xdak challenge, xbes la hidup. Betol..???

ali-imran : 54
Kita hanya mampu berusaha. Hanya ALLAH yang menentukannya. Segalanya dah dirancang oleh sebaik-baik Perancang. Maka, sentiasalah optimis dengan apa sahaja yang diberi. Sama ada suka mahupun sebaliknya. Kerana HIKMAH adalah barang yang hilang dari orang mukmin.

Ya ALLAH, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat. Seperti yang telah Engkau berikan kepada ummat yang terdahulu dari kami.

[kpd sesape y suka kpd sy,suke2 ke,bekawan ke,begurau ke,melawak ke,jalan2 ke, gadoh2 ke, bejaga-jagalah anda, krn xsmstinya sy ini baik utk anda. jadi, berdoalah moga sy ini jd y tebaik dn bantulah sy u mnjd lbh baik. konklusi : tegolah saye jika salah.]

Wednesday, March 9, 2011

Kongres Mahasiswa Nasional 12 MAC 2011

jom pergi!!!

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional (KGMN) ke-2 pada 12 Mac ini.


Menurut Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamaruddin, KGMN ke-2 bertujuan menghimpunkan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara khususnya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk membincangkan hala tuju dan pergerakan mahasiswa sepanjang tahun 2011.

Selain itu katanya yang juga pengarah KGMN, ianya juga adalah untuk pemilihan kepimpinan dan pembentukan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan juga SMM.

"Kongres ini dijangka akan menghimpunkan kira-kira seribu aktivis mahasiswa daripada hampir dua puluh kampus IPTA.

"Kongres akan turut disertai oleh perwakilan aktivis mahasiswa daripada Indonesia, Singapura dan Thailand sebagai pemerhati," kata beliau dalam satu kenyataan.

Bertemakan Mahasiswa Untuk Malaysia, KGMN ke-2 akan berlangsung di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi dari jam 8.30 pagi hingga 11 malam.

Ia akan berakhir pada sebelah malam dengan acara ‘Pentas Mahasiswa’ yang akan menampilkan beberapa orang pimpinan mahasiswa dan juga tokoh politik daripada kerajaan dan pembangkang.

Menurutnya, antara tokoh yang dijangka hadir menyampaikan pidato ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongres ini juga adalah sebagai kesinambungan kongres pertama yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Petaling Jaya.
[harakahdaily]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
*Kepada sesiapa yang berkesempatan DIGALAKKAN untuk pergi. Mewakili kami2 orang jauh yang tidak berkesempatan untuk pergi. Sila layari kongresmahasiswa untuk informasi lanjutan.

PEMUDA AGEN PENGUBAH. PEMUDA PENGGERAK BANGA. 
_ISLAM KAMI BERSAMAMU_

Tuesday, March 8, 2011

Retorik lagi..?

Bismillah...

Termenung.
Berfikir.
Buntu!!!
Oke..FINE, imbau kenangan.
Epilog seorang insan.
------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka : Eh, pukul brape nak makan ni?

Dia : Xpe la, makan la dulu. Ana bz skit nih. Nak kena habiskan dulu baca outline ni.

Mereka : Kami balik bilik dulu, nanti kami datang, kita makan. Kami tunggu awak.

Dia : Makan la dulu. Ana rase ana xsempat nih. Lepas habis baca nak terus ke dewan. Xsempat kot nak makan. Kalau tunggu takut lama pulak.

Aku : Korang kalau nak tunggu xde maknanye. Korang tolong la suapkan dia makan. Dia mana sempat. Kata ukhwah. Praktik la weyh. Senang, habis cerita. Boleh makan sama-sama. Korang tolong suapkan dia. Dia pon boleh baca outline dia sampai habis. Lepas ni dia ke dewan mana ade mase dah.

Mereka : Aah..huhu

Dia : [tersenyum...]

Aku : [akulah yang paling retorik. hanya pandai berkata-kata. itu ini segala bagai. tapi tindakan dari diriku sendiri..??arrghh!! kau FAIL la..FAIL!!!!]
---------------------------------------------------------------------------------------------

FULL STOP.
Ekor mata seiring dengan durganya hati.
Kecewa dengan diri sendiri.
Aku hanya menanti.
Masihkah tidak berubah pada tanggapanku yang lalu.
Membuang melontar jauh.
Pergilah..pergilah..

UHWAH RETORIKA..??masihkah retorik..?
Hanya aku yang bersangka..maafkan aku duhai teman..
[post aku terdahulu.d kala aku msh blm mmprcayai erti ukhwah itu]


Ya ALLAH, kurniakanlah aku kekuatan untuk aku melaksanakan apa yang aku perkatakan. Moga aku tergolong dari kalangan hambaMu yang beruntung.

praktikal vs teori

Bismillah...

cakap sorang-sorang

Hows ur day? Was it great or just normal or indifferent..? Well, evrybody has their own answer. It's us who make up our day on how it wud be. Live well or live hell, we choose -Hlovate

Tapi, setujukah anda dengan saya jika saya katakan..kita lebih banyak berteori dari praktikal? tak setuju xpe, xkene bayo pon. Jadi amat-amat beruntunglah jika saya katakan kita ni dok uia. Sebab kat UIA ni memang la sngat banyaknye presentation nye yang berbakul-bakul protokolnye. Err, ape kaitan teori-praktikal-presentation?

Alkisahnye, saya ke suatu tempat ini. Asalnye jadi peserta. Tapi suddenly, pokcik tu panggil.

"Ha, kamu, mai depan ni bersyarah kat depan. Ganti saya jadi consultant."

Maka saya dengan telajak ketaqnya pon agak-agak nak bangun tak mau. Dengan bila dok usya keliling ramai pakcik makcik dok tengok. Oke la, fine..depa pon ada mata. Rasa macam nak buat-buat pengsan ja. Mak kat sebelah dah jegil mata. Katanya mak:

"Bangun! Orang bagi peluang masa ni la nak guna. Nak tunggu apa lagi. Toksah dok buat keras situ."

Maka dengan wala' nya bangun la p depan. Goreng serba-serbi. Sengih iklan Darlie serba banyak. Dalam hati dok tanya bila nak suruh stop ni. Alhamdulillah pokcik tu pon bagi duduk balik. Pesannya pokcik,

"Kalau orang bagi peluang ambik. Masa ni la nak latih berhadapan dengan masyarakat. Cakap kat depan. Suara tu bagi lantang. Grab the challenge!"

Di kampus, terutama bagi yang berpesatuan, kita selalu akan disuruh untuk bercakap. Tak kire lah dalam meeting ke, function ke, pejumpaan ke, post-mortem ke..ape-ape je lah. Bagi yang sentiasa bercakap, alhamdulillah. Anda ada keberanian itu. Tapi bagi yang tidak, anda perlu gilapkan lagi. Semua orang mampu sebenarnya. Cuma memerlukan dorongan dan sokongan dari luar.

Latihan presentation dalam kelas sebenarnya sangat bagus. Public speaking dalam sesetengah program..hehe..walaupun kita kadang-kadang tak menyukainya..yelah..xpepasal..tapi benda-benda macam ni lah yang akan melatih kita untuk boleh bercakap depan masyarakat. Kampus adalah tempat untuk melatih dan membina sebelum kita keluar kepada masyarakat.

Teori saja tak cukup. Segala apa yang kita belajar kat kampus, praktikalnye adalah bila kita keluar nanti. Jadi, ambiklah sebanyak-banyak peluang di kampus. Sertai program-program. Tingkatkan keyakinan diri. Latih untuk bercakap. Berbincanglah dengan matang. Kerana anda amat diperlukan di luar sana. Semua dari kita punyai kebolehan serta bakat tersendiri. Kemahiran bercakap boleh diasah dan dipelajari. Change our paradigm. 

Jangan hanya berkata, "dia boleh laa. aku tak macam dia." Banyakkan cabar diri, "kalau dia boleh kenapa tidak aku?" Memang la skali cabar nak jadi apa sangat. Cabar biar lah 40 kali..erk,,maksud saya bukan hanya sekali. Insyaallah momentum nya akan berbuah jugak. [Nasihat kepada diri sendiri jugak yang agak pengecut..huhu]

Ar-Ra'd : 11

.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita yang mengubahnya [ar-ra'd : 11]
.Live well or live hell we choose [Hlovate]
.Cabarlah diri sendiri setiap hari [munirah]

Ya Allah, kurniakanlah aku secebis dari kekuatan para anbiya' untukku meneruskan perjuanganMu. Moga aku tergolong dari kalangan hambaMu yang bersyukur.

Monday, March 7, 2011

Jejak - Izzatul Islam


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

gunung tinggi menjulang
samudra luas membentang
adalah lahan peneguhan

hutan rimba
padang gersang
jadi ajang pembuktian

hujan badai
terik panas kerontang
pasti kan hiasi perjalanan
saat langkah tlah diayunkan
pantang surut ke belakang hingga sampai ke tujuan
bertahanlah dan bersiap siagalah 

Album : Untukmu Syuhada
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com  

tribute untuk acu norhani nabilah. beliau request utk diletakkan lagu ini. [DJ la pulak..] 
lagu yang sangat membawa erti. menguntai memori. namun keberkesanan tarbiyah bukanlah bergantung pada syadidnya program. hanya pada keikhlasan hati juga tawakkal serta usaha yang berterusan.


Ya Allah, kurniakanlah daku kekuatan untuk meneruskan langkah kakiku. Agar dapat aku menempuhi setiap ujian dariMu dengan redha. 

rezeki itu

Bismillah...

where will I go...?
Hari ni, satu pengalaman baru..applying for job. Tapi still mak kena teman. Haha..dok bawah ketiak mak sangat lagi. Macam mana la nanti nak drive sendiri p..alamat kena bukak gugel map laa...

Well, bukan ini yang nak diceritakan. Suatu perkongsian oleh pakcik manager yang sangat bermanfaat. "Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin"-al-hikam. Jadi, kitalah yang perlu mencari di mana dan apa hikmahnya. Dan pabila terjumpak..jeng3..apa lagi..angkut!! Jangan tunggu lama2..nanti diambil orang..hehe..share lah..moga smua mndapat manfaat.

REZEKI. Di tangan Allah. Kita? Hanya mampu berusaha..hanya Allah yang menentukannya..[lirik nasyid..].

Pokcik : Blajaq lah kita tinggi melangit tagha mana pon, kalau xdak rezeki xdak jugak. Ada menantu pakcik habeh degree..tapi takdak qeja..lani dok melangut saja. Tu, anak pakcik, ambik akauntan..tapi lani..qeja jadi ustaz..

Pokcik : Kita walaupun dah ngaji tinggi tapi jangan dok pandang rendah kat budak hat baru dajah 6. Sebab kita tak tau..kot2 budak tu nanti lagi hebat dari kita. Tang mana pon kita berada, jangan pandang rendah pada orang.
[perhatian : ayat pokcik ni tlh diolah dan d ubah suai mngikut citarasa sy.maaf jika ad tokok tmbh.sy hanya extract ap y saya dapat]

Rite, secebis ja pon..
Benarlah rezeki itu hak Allah..kita? Hanya berusaha. Syariatullah itu insyaallah seiring dengan sunnatullah. Maka berdoalah. Mohonlah padaNya.
Taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Juga mukmin itu hanya berbeza pada tingkatan taqwanya. Hanya taqwa padaNya yang dipandang.
  
Ya ALLAH, kurniakanlah aku kerendahan hati. Agar aku tak tersasar dari matlamatku padaMu.

Sunday, March 6, 2011

070311

Bismillah...

Rasa teramat plek la plak..dulu kalau nk update apa2 pakai blog banatGEN9..tk pn blog GEN9..skrg bila dh ada blog sendiri jadi blurr..haha,,klu x ka..dh begelen-gelen aku sembur..

Anyway, im not d kind that like to make posts bout myself. Prefer more to issues surround..em..anything as long as it's not bout me..but, seems like ive no idea on what to share yet, juz allow me..rambling, ranting all the way i want for these 3 or 4 posts..

Well then,
Sure do every single each of us..bila tny apa taget balik cuti..NAK BERBAKTI kat ibu bapa. Oke, fine. Jawapan standard. Answer scheme maybe. But then, are we really stand to that or it is juz an answer scheme.FULL STOP. So seek the answer for yourself. Im telling myself terutamanya.

Even though my life is quite..em..agak bz la jugak sebenarnya. Tepat 0700 dh kene keluar hantar barang-barang ke semua neseri-neseri mak. Noon plak..keluar buat benda lain. Sweet escape tak nak keje dengan mak cari keje kat tempat lain. Tak sempat nak rehat di rumah 3 hari pun. Ape pn, aku bersyukur sebab punya parents yang mcm ni..hehe..so i can learn..tentang hidup. Bayar duit sewa rumah, ambik adik dari asrama, beli barang dapur, cari duit sendiri. Bukan duduk saje. Im 21 oke..FINE. Dah nak mati dah.

Hm....masih terlalu banyak yang hendak aku lakukan. Join usrah kawasan. Join meraih undi nanti..haha..tolong mak sedare nk buat kenduri..join program anak negeri..kadang-kadang rase xmenyempat nye mase untuk diri sendiri..

Tapi aku telah berjanji..janji dengan Tuhanku bahawa seluruh hidupku hanyalah untukMu. Maka sememangnya itu adalah kewajipanku yang sememangnya tidak layak untuk aku pertikaikan. Cuba untuk membuat revolusi diri. Bukan hanya mantap berbicara tangkas bergerak kerja dalam kampus tapi LESU dan MATI dalam masyarakat. Kader dakwah yang dicetak dengan manhaj yang sempurna tidak seharusnya menjadi lembik dalam angan-angan sendiri. Jika terjadi, maka fikir-fikirkan lah di mana salahnya. Aslih nafsak wad'u ghairak. Aku mohon pengampunanMu ya Allah.

Pemuda AGEN PENGUBAH. Membawa agenda dari dalam ke luar. Menunjukkan contoh yang terbaik. [ali-imran : 110]

Ya ALLAH, kurniakanlah aku istiqamah, jauhkanlah aku dari sifat keluh kesah.

Bukan berpisah hanya berjauhan

 
Ukhwah? 

Apakah? 
Benarkah wujud sebegitu?
Argh..!!
Nilai ukhwah..
Biarlah waktu menentukannya..
Jangan hingga aku hilang percaya..

 Moga apa yang terbina tulus dari hati. Terutama buat diri yang pernah tidak mempercayai lagi. Apa itu erti persahabatan. Hanyalah Ilahi juga ikatan Aqidi yang menjadi saksi. Kekalnya ukhwah sampai ke mati. Kuantan vs. Gombak!

Saturday, March 5, 2011

060311 - don't let me be misunderstood

Blogger.create new blog.press.fill in.here it is.no further thinking.no taken aback.

People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can
always be an angel
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood 
[don't let me be misunderstood - yusuf islam]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::