::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Sunday, March 13, 2011

kita di mana..?

ALOR SETAR, 13 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, pemuda mempunyai tanggungjawab dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat.
YB Ust Azizan

Beliau mengambil contoh golongan pemuda di Mesir yang berjaya menggerakkan kebangkitan rakyat sehingga menumbangkan Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun.

“Saya bukan nak suruh tuan-tuan tunjuk perasaan macam tu, tapi nak cerita tanggungjawab pemuda dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat,” katanya lagi.

[harakahdaily]


------------------------------------------------------------------------
Membina generasi transformasi

Oleh Mior Kamarul Shahid
mkamarul@bharian.com.my 2011/03/13
 

Remaja hari ini galas amanah mencabar bukti pewaris bangsa gemilang

PERBINCANGAN mengenai masa depan generasi sesuatu bangsa tidak akan berakhir. Setiap bangsa yang mengenal erti kedaulatan bangsanya akan bercakap mengenai masa depan generasi bangsa masing-masing. Generasi bangsa merekalah yang akan menjadi pewaris bangsa mereka kelak. Bangsa yang tidak membina generasi bangsanya akan lenyap dari muka bumi ini. Generasi yang lemah tidak akan dapat mengikut perubahan zaman dan akan ketinggalan.

Hari ini banyak bangsa di dunia cemas dengan sikap dan gelagat generasi bangsa mereka yang terumbang-ambing dan dianggap sudah hilang kemampuan untuk meneruskan perjuangan bangsa masing-masing. Jika ada pihak mula merumuskan generasi hari ini sudah hilang jati diri, keadaan akan datang menjadi lebih parah. Sudah tentu, jika generasi hari ini hilang haluan dan pedoman, ia pasti melahirkan generasi yang sesat.

[beritaharian]

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah...
luar dari kebiasaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sampai ke hari ni kita masih lagi diberi peluang bernafas olehNya.

Sebagaimana dua cebisan artikel yang saya ambil di atas. PEMUDA. Atau kata nama lain, REMAJA-SYABAB.

Slogan
Pernah dengar slogan ni? "pemuda agen pengubah", "pemuda harapan bangsa", dan macam-macam lagi.
Saya amat optimis dengan para sahabat yang dirahmati Allah, slogan-slogan tersebut sudah terlalu biasa bermain di telinga sampaikan menjadi MUAK mungkin. Tapi, kita di mana?

Sahabat
Jika diselusuri sirah Rasululluah S.A.W, baginda juga menggariskan bahawa kuasa pemuda memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan Islam itu sendiri terutamanya. Jika dilihat, sayyidina Ali ketika disuruh menggantikn tempat tidur nabi, beliau hanya berusia 12 tahun ketika itu. Ada lagi Bilal bin Rabah, Amar bin Yasir, Abu Dzar Al-Ghifari, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Haritsah, atau Ja’far bin Abi Thalib. Mereka semuanya adalah pemuda. Tapi, kita di mana?

Al-Fateh
Menggerakkan jam ke hadapan sedikit, Sultan Muhammad Al-Fateh, ketika menakluk Constantinopel, hanya berusia 21 tahun ketika itu. Dan kini, saya seusia dengan beliau ketika  beliau melakar sejarah kegemilangan Islam, masih termangu-mangu mencari hala tuju. Jika demikian, maka teramat layaklah saya tujukan soalan itu kepada diri saya sendri, SAYA DI MANA?

Pemuda
Apa yang ada pada pemuda sehinggakan Soekarno berani sungguh berkata begini: Berikan kepadaku 1000 orang tua, aku sanggup mencabut Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, maka aku sanggup menggoncangkan dunia”.

Ya, pemuda-remaja-syabab. Adalah zaman ketika mana tahap ingin tahu memuncak. Semangat yang tinggi serta mempunyai kekuatan pada tahap optimum. Jika diasah serta dilentur dengan sempurna bakal melahirkan pemimpin yang berdaya saing selaras dengan kemahuan Islam serta menjadi tonggak dalam menegakkan kalimah tauhid di muka bumi.

Mahasiswa kini menjadi lemah dengan isu-isu yang tidak penting, remeh-temeh. Menjadikan minda mahasiswa seperti terperangkap dalam tempurung besi yang kononnya maju. Jahiliah moden telah menular. Meresap masuk dalam setiap salur darah tanpa disedari.

Saya lebih menujukan kepada diri saya sendiri yang turut banyak menyumbang kepada jatuhnya imej Islam kerana faktor-faktor yang saya sendiri sebutkan. ALLAH..........ampunkan daku.

Jika ingin dicari, mahasiswa yang apabila bersembang, sembangnya membuahkan keinsafan, mendekatkan diri kepada Tuhan, membawa satu gelombang perubahan............hm.......

Kesimpulan
Sentiasalah mohon taufik dan hidayah dari Allah. Kebanyakan kita sedar mengenai hal ini. Bermakna kita ada hidayah itu. Tapi mungkin masih belum dikurniakan taufik darinya untuk melaksanakan. Ditujukan kepada diri saya terutamanya. Memerlukan sokongan dan dokongan dari sahabat seperjuangan untuk terus utuh berdiri dengan prinsip yang sama-sama kita gariskan sebagai penggerak harakah islamiyah.

Work your thought. Hanya tinggal praktikalnya sahaja. Teori, seringkali dah dikupas ber'ela-ela' ketika dalam halaqah, liqo', usrah dan sebagainya. Maka, mulakanlah dari sekarang. Tiada istilah terlambat dalam perubahan. Reschedule our timetable. Mantapkan thaqafah. Kerana tanpa thaqafah bagaimana mugkin mahu kita menyampaikan. Kita tidak akan boleh memberi jika kita tidak punyai apa untuk diberi.
 
al-baqarah : 44
"adakah kamu hanya menyuruh orang berbuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu mebaca kitab??tidakkah kamu BERAKAL?" [2:44]

Saya berkata bukan bererti saya sempurna. Saya juga dalam proses perubahan. Tarbiyah. Diuji dengan kelapangan masa amat menyakitkan. Jadi, saya harap anda semua dapat turut membantu saya ke arah perubahan.

Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk aku melaksanakan apa yang aku perkatakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::