::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Friday, March 11, 2011

suka vs tak suka

Bismillah...
comel!!!

Fingers on the keyboard.
Staring.
Startled.
Sigh....[not good.DO NOT folo.ish3]
----------------------------------------------------------------------------------------
September 2007 : aku tak suka budak DQ. dan xterasa langsung nak masuk DQ.
December 2007 : alhamdulillah, mendaftarkan diri sebagai pelajar persijilan DQ-UIAM.

April 2008 : aku xnak habiskan DQ. nak fly ke luar negara lepas dapat result SPM
Mei 2009 : alhamdulillah, tamat pengajianku penuh sebagai pelajar persijilan DQ-UIAM

Mei 2009 : aku xkan masuk UIA. nak fly ke lain
Jun 2009 : alhamdulillah, mendaftarkan diri sebagai pelajar UIA pj

Mac 2010 : aku xnak dan xkan keje tadika
Mei 2010 : alhamdulillah, tamat shotsem dengan bekerja di tadika
--------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang kita hidup ni, tentu dah banyak benda yang kita suka dan nak tapi tak dapat. Maka sangat benarlah, Allah tak bagi apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu. Bersyukurlah seadanya. Mohon yang terbaik.
al-baqarah : 216
 Apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka tak semestinya buruk untuk kita. Dan ALLAH lah yang maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui. [2 : 216]

Kadang-kadang apa yang kita nak tu, apa yang kita doa, Allah sengaja tak bagi pada waktu yang kita mintak. Sebab?? Sebab Dia lebih mengetahui. SO, ada masanya Dia bagi pada waktu lain yang lebih sesuai. Tup2, dapat kejutan. Benda yang kita mintak dimakbulkan. Tapi.......selepas mengharungi beberapa ujian yang menyakitkan. Kanke lagi MANIS rasanya..

Dan ada ketikanya, Dia menggantikan terus dengan nikmat lain yang lagi kita perlu tapi kita tidak tahu.

Mungkin terkadang kita diuji dengan diberi apa yang kita tak suka. bila diuji, konprem kita ni manusia besa akan rasa kecewa. Time tu, hanyalah pergantungan pada ALLAH yang menjadi sumber kekuatan.

Bila apa yang dirancang tak jadi, apa yang disusun hancur. Fenomena biasa. Lumrah dalam hidup manusia. Kalau semua bejalan macam yang disusun alhamdulillah. Tapi, sekali-sekala tak jadi seperti yang dirancang, lagi banyak hikmahnya. Kalau life xdak challenge, xbes la hidup. Betol..???

ali-imran : 54
Kita hanya mampu berusaha. Hanya ALLAH yang menentukannya. Segalanya dah dirancang oleh sebaik-baik Perancang. Maka, sentiasalah optimis dengan apa sahaja yang diberi. Sama ada suka mahupun sebaliknya. Kerana HIKMAH adalah barang yang hilang dari orang mukmin.

Ya ALLAH, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat. Seperti yang telah Engkau berikan kepada ummat yang terdahulu dari kami.

[kpd sesape y suka kpd sy,suke2 ke,bekawan ke,begurau ke,melawak ke,jalan2 ke, gadoh2 ke, bejaga-jagalah anda, krn xsmstinya sy ini baik utk anda. jadi, berdoalah moga sy ini jd y tebaik dn bantulah sy u mnjd lbh baik. konklusi : tegolah saye jika salah.]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::