::status::

Cuti semester habis tahun satu
Masuk semula bulan 9 tahun dua semester satu
Target cuti : habiskan sebanyak mungkin buku

Tuesday, March 8, 2011

praktikal vs teori

Bismillah...

cakap sorang-sorang

Hows ur day? Was it great or just normal or indifferent..? Well, evrybody has their own answer. It's us who make up our day on how it wud be. Live well or live hell, we choose -Hlovate

Tapi, setujukah anda dengan saya jika saya katakan..kita lebih banyak berteori dari praktikal? tak setuju xpe, xkene bayo pon. Jadi amat-amat beruntunglah jika saya katakan kita ni dok uia. Sebab kat UIA ni memang la sngat banyaknye presentation nye yang berbakul-bakul protokolnye. Err, ape kaitan teori-praktikal-presentation?

Alkisahnye, saya ke suatu tempat ini. Asalnye jadi peserta. Tapi suddenly, pokcik tu panggil.

"Ha, kamu, mai depan ni bersyarah kat depan. Ganti saya jadi consultant."

Maka saya dengan telajak ketaqnya pon agak-agak nak bangun tak mau. Dengan bila dok usya keliling ramai pakcik makcik dok tengok. Oke la, fine..depa pon ada mata. Rasa macam nak buat-buat pengsan ja. Mak kat sebelah dah jegil mata. Katanya mak:

"Bangun! Orang bagi peluang masa ni la nak guna. Nak tunggu apa lagi. Toksah dok buat keras situ."

Maka dengan wala' nya bangun la p depan. Goreng serba-serbi. Sengih iklan Darlie serba banyak. Dalam hati dok tanya bila nak suruh stop ni. Alhamdulillah pokcik tu pon bagi duduk balik. Pesannya pokcik,

"Kalau orang bagi peluang ambik. Masa ni la nak latih berhadapan dengan masyarakat. Cakap kat depan. Suara tu bagi lantang. Grab the challenge!"

Di kampus, terutama bagi yang berpesatuan, kita selalu akan disuruh untuk bercakap. Tak kire lah dalam meeting ke, function ke, pejumpaan ke, post-mortem ke..ape-ape je lah. Bagi yang sentiasa bercakap, alhamdulillah. Anda ada keberanian itu. Tapi bagi yang tidak, anda perlu gilapkan lagi. Semua orang mampu sebenarnya. Cuma memerlukan dorongan dan sokongan dari luar.

Latihan presentation dalam kelas sebenarnya sangat bagus. Public speaking dalam sesetengah program..hehe..walaupun kita kadang-kadang tak menyukainya..yelah..xpepasal..tapi benda-benda macam ni lah yang akan melatih kita untuk boleh bercakap depan masyarakat. Kampus adalah tempat untuk melatih dan membina sebelum kita keluar kepada masyarakat.

Teori saja tak cukup. Segala apa yang kita belajar kat kampus, praktikalnye adalah bila kita keluar nanti. Jadi, ambiklah sebanyak-banyak peluang di kampus. Sertai program-program. Tingkatkan keyakinan diri. Latih untuk bercakap. Berbincanglah dengan matang. Kerana anda amat diperlukan di luar sana. Semua dari kita punyai kebolehan serta bakat tersendiri. Kemahiran bercakap boleh diasah dan dipelajari. Change our paradigm. 

Jangan hanya berkata, "dia boleh laa. aku tak macam dia." Banyakkan cabar diri, "kalau dia boleh kenapa tidak aku?" Memang la skali cabar nak jadi apa sangat. Cabar biar lah 40 kali..erk,,maksud saya bukan hanya sekali. Insyaallah momentum nya akan berbuah jugak. [Nasihat kepada diri sendiri jugak yang agak pengecut..huhu]

Ar-Ra'd : 11

.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita yang mengubahnya [ar-ra'd : 11]
.Live well or live hell we choose [Hlovate]
.Cabarlah diri sendiri setiap hari [munirah]

Ya Allah, kurniakanlah aku secebis dari kekuatan para anbiya' untukku meneruskan perjuanganMu. Moga aku tergolong dari kalangan hambaMu yang bersyukur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Rijal Dakwah::