comel..["_,] |
Masih jauh aku rupanya.
Moga aku dapat bersamamu lagi teman.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hanya ada dua perkara yang ana selalu sebut kepada mereka. Ana nak mereka ni ingat dan aplikasi. Jadi ana akan ulang berkali-kali sampai mereka boleh bergerak sendiri. Benda apa?"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Berfikir sebelum bertindak. Bertindak mengikut arahan."
--------------------------------------------------------------------------------------------------"Sebagai seorang pemimpin dua ni sangat penting. Sebagai orang yang dipimpin jugak tidak terkecuali. Kita mahukan pemimpin yang berfikiran jauh dan realistik untuk membawa Islam."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jika ini perangai kamu, bagaimana mahu kamu pimpin orang bawah kamu? Hanya kerana benda yang lebih murah nilainya kamu gadaikan sesuatu yang lebih tinggi nilainya. Jika begini lah yang dikatakan ukhwah maka hancurlah kamu. Kamu sanggup membiarkan kawan kamu makan racun. Hanya berkata 'jangan.jangan.jangan.' Tapi tiada tindakan. Kenapa tidak kamu ambil sahaja terus? Jangan hanya berkata-kata tapi hanya menunggu tiada tindakan. Beginilah pemimpin sekarang."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kita mahukan pemimpin yang bijak mengatur bidak catur atas pentas. Strategi. Itu penting."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Belajar dari pengalaman. Bertanya kepada mereka yang lebih senior. Tiada istilah malu dalam menuntut ilmu. Hanya pengalaman yang dapat mematangkan."
Ya ALLAH, bersyukurku atas sahabat pemberianMu.
No comments:
Post a Comment