Naruto tengah tensyen..kawaaii desu-nee |
Pernah merasa stress yang melampau? Pernah merasa down yang menyengat? Jika ya, maka terbuktilah bahawa anda adalah seorang MANUSIA. Hehe..
Alhamdulillah, kita diciptakan Allah pelbagai. Variasi. Setiap insan tidak mempunyai kebolehan yang sama. [Kalau sama robot la gamaknye kot]. Maka dengan itu, setiap dari kita diletakkan pada posisi yang berbeza. Cukup dengan sekadar kemampuan hambaNya. Sungguh kata-kata Allah itu Maha Benar. Allah takkan memberatkan hambaNya kecuali sekadar yang hambaNya mampu [2:286].
Mungkin kadang-kadang kita tensyen. Jom kita terjah beberapa fenomena di kampus. Jeng3..muahaha..
Bayangkan anda seorang yang selalu bizi, terlibat dengan pelbagai jenis meeting segala bagai, memegang society itu dan ini, dua jawatan dalam satu masa..woaha..tiba-tiba bila anda balik ke bilik pada sebelah malam nya, penat letih selepas habis meeting yang 'dahsyat', anda mendapati rumet anda sedang melayan movie sambil begelak ketawa makan mee sedap sorang-sorang. Ataupun sedang studi dengan khusyuknya. Apakah yang anda bakal rasa agak-agaknya??
Well, bagi saya manusia biasa ni..kadang-kadang opkos hati akan terusik. JELES. Besnya dia. Takde sibuk-sibuk. Boleh fokus studi habis-habisan, skor kuiz, ada masa untuk main-main. T_T...[ajak aku main skali pulak tu]..Aku...????
So, seperti yang saya nyatakan KITA TIDAK SERUPA. Bagaimana kah? Apakata kita positifkan minda kita. Mesti ada hikmah yang tersirat. Mungkin jika dia di tempat kita, dia tak mampu nak menanggung ujian seperti mana kita. Mungkin jika dia bizi seperti kita, akademiknya akan lebih terabai dari kita. Mungkin jika dia di tempat kita, dia akan menjadi pesakit Tanjung Rambutan. Hee..
Kadang-kadang kita rasa dia tak faham tugas kita. Mungkin sebab kefahaman yang ada padanya hanyalah sekadar itu. Maka bersyukurlah kita diberi kefahaman yang lebih sedikit. Maka kitalah yang sepatutnya cuba untuk memahami dia kerana kita punya kefahaman mungkin lebih sedikit daripadanya. Masa ni lah nak aplikasi konsep SABAR.
Jom terbalikkan kondisi. Mungkin jika kita tak diberi tanggungjawab sebegini kita tak kan mengenal erti sabar, takkan tahu menghargai masa, takde pengalaman stress menggila. [Stress syiok woo] So, bila kita dah ada pengalaman, masa akan datang..insyaALLAH kita akan able to handle it with care.
Mungkin jugak kalau kita punya banyak masa lapang, kita akan makin lalai dari Allah. Mungkin jugak akademik kita yang disangka akan melonjak, rupanya jatuh lebih merudum dari yang sebelumnya. Insyaallah setiap yang terjadi, yang disusun dan direncanakan.. ada HIKMAHNYA..[^_^]..
Oke, macam mana pulak..dah la pegang jawatan segala macam, dan siries akademik jatuh tejunam macam graf poligon mencacak turun ke bawah..? Apakata kita positifkan minda jugak. Hehe. Muhasabah diri kita. Bagaimana kita handle masa yang kita ada. Bagaimana dengan hubungan kita denganNya. Cukupkah usaha kita? Padat kah tawakkal kita? Aplikasikah konsep tawazun yang kita belajar?
Mungkin Allah mahu menguji kita agar tidak mudah berputus asa. Mungkin Allah mahu mendengar rintihan kita memohon padaNya. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Tak begitu? Maka, ambiklah pengajaran dari setiap yang berlaku serta tanamkan azam dan tekad untuk berusaha serta bangun kembali dengan semangat yang baru. Dan Allah jugak tahu yang kita mampu untuk menghadapi ujian itu. Mungkin kita diuji pada masa sekarang, orang lain diuji pada masa yang lain. SO, teruskan berusaha dan lakukan yang terbaik walau di mana kita berada.
Kadang-kadang mungkin keluarga kita tak memahami kita. Dan tak mustahil kita akan dikondem oleh keluarga kita. Disekat segala macam. Dimarah dan sebagainya. Kita ambik yang positif. Tu tandanya keluarga kita sayangkan kita dan cuma mahu yang terbaik buat diri kita. Maka, kita berusahalah. Jadikan itu sebagai batu semangat untuk kita terus melangkah.
Teringat suatu ketika, saya pon pernah agak down. Sebab dikondem adik sendiri. Huhu. Perit kot. Tapi, alhamdulillah..seorang sahabat telah mengetuk pintu hatiku, "tu tandanya dia sayang kan kakak dia la tu". Bila pike-pike balik, take it from the positive side, well..dats rite. So i shouldnt be sad but i ought to move and do better. So, dia telah menyebarkan sinarnya pada saya, maka saya juga ingin menyebarkan sinar itu pada anda. Apapun, semuanya dari ALLAH jua...maka SENYUMlah..[^^,]
*Kepada sesape yang terasa dia pernah berkata begitu pada saya, terima kasih!!! Hee..
Ya ALLAH, ampunkan aku atas kelalaianku.
5 comments:
whoa, thnx akk, ur 'ayat' very membina. hehe^^
setiap bait kata mengene diri....(mata sudah basah)...tq untuk perkongsian ni..
hanye berkongsi dari hati. pengalaman yg mematangkan diri. moga bermanfaat pd org lain..^_^
lets try our bes!!befikiran positif. memandang dr angle y berbeza. insyaallah bahagia..=]
kalau kat fb:
saya like :)
waah. saye terkena sinar. haha...
like it, tq aniqku =)
Post a Comment